Wednesday, 8 May 2013

GEMPAR - APA DI TANGGA RUMAH??????

Pada satu pagi di hujung th1950an (?) sebelum subuh berlaku satu insiden menggemparkan seluruh kpgku. Pagi itu sudah jadi rutin harian arwah datuk keluar melalui pintu depan utk mandi & berwudhuk di perigi di luar rumah. Arwah membawa lampu pelita utk menerangi jlnnya. Semasa hendak menuruni tangga itu arwah datuk terserempak dgn sesuatu yg luarbiasa. Dlm kesamaran suasana subuh itu arwah sempat mengecam sesuatu yg pd mulanya dianggapnya kucing? tetapi selepas diamati lagi rupanya melingkar "sijalar" yg agak besar & pjg. Nyaris arwah memijaknya. Jika itu berlaku kemungkinan arwah diapa-apakan oleh haiwan berbisa itu. Apa lagi arwah pun naik semula ke rumah memaklumkan kpd kami semua tentang penemuannya itu.


Kami pun gempar & bingkas bangun drp tidur & mula memikirkan tindakan utk melindungi keselamatan diri. Kami dilarang membuka pintu & tingkap serta tidak dibenarkan keluar rumah. Arwah datuk mengambil wudhuk di dapur sajalah hr itu rasanya. Nasib baik hari itu cuti sekolah. Di luar rumah pula sibuklah beberapa orang berusaha menangkap & menghalau si jalar tetapi tidak berhasil. Yg seingat saya sijalar mati dibunuh di muncung senapang patah (siapa punya tak tahu) & bangkainya didamparkan di laman rumah (Khidmat Bomba Penyelamat belum terkenal waktu itu). Masih jelas terbayang pjgnya kira2 10 - 12 kaki & apabila di bedah perutnya tiada apa2 yg pelik yg dijumpai. Jenis reptilia itu pun saya tak ingat. Sawa agaknya?????? Dr mana dtgnya tak pasti. Mungkin dr hutan hujung kawasan kebun getah di belakang & tepi rumah. Maklumlah kpgku belum maju lagi...



Org dewasa kpgku mulalah sibuk bersiap utk menanam bangkainya tetapi ada pula suara menyarankan supaya dijual(?) / diserah kpd seorang taukeh di bandar. Kami yg kecil2 terutamanya tertanya-tanya mengapa perlu berbuat demikian? Bangkai sijalar itu kemudian telah diangkut keluar oleh taukeh tersebut. Entah ke mana tak tahu! Utk apa pun tak tahu! Tetapi yg kami dengar drp perbualan org2 dewasa mungkin kulitnya diambil utk dibuat beg tangan wanita (sekarang byk beg tangan wanita yg berjenama diperbuat drp kulitnya) & ada yg beranggapan dagingnya dimakan. Eei jijiknya!!! Geli geleman apabila mengingatnya.



Sekali itulah shj peristiwa hari ini dlm sejarah itu berlaku. Alhamdulillah insiden tidak berulang lagi.Tapi yg pasti kehadirannya meninggalkan kesan fobia di hati saya sehingga melihat gambarnya pun rasa seram, geli & kaget. (Dlm facebook 2 kali rakan fb post gambar reptilia ini yg unik warnanya. Saya terperanjat & mengelak drp merenungnya lama2. Begitu juga kalau menonton rancangan dokumentari & sinetron di TV ).



Dalam pengalaman hidup saya setelah bekerja, kira-kira 3 kali terserempak dgn sijalar melintasi jln di depan semasa saya memandu kenderaan. Oleh kerana tidak sempat mengelak ada yg tergelek dek tayar kereta yg dipandu spti pengalaman ketika memandu di Jengka. Dari jauh saya ingatkan lingkaran hitam di tengah jalan itu tali pinggang tetapi apabila hampir padanya rupanya seekor ular hitam kecil. Apa lagi kaki secara otomatik diangkat sedikit kerana takut dibelitnya (lucu sungguh kerana menganggap kereta tidak berlantai ). Sekali lagi semasa memandu di Seri Damai terserempak dgn ular kecil hitam kehijauan. Alhamdulillah saya selamat memandu kereta dlm kecemasan sedemikian......Doa jelah supaya tidak terserempak dgn reptilia ini di masa2 depan....

(Tak tahu pula ayat Al-Quran yg boleh dibaca utk mengelakkan reptilia berbisa spt itu)


Pengajaran drp insiden ini ialah berhati-hati berjln dlm  gelap & bersedia utk memberhentikan @ mengelakkan kenderaan melanggar apa saja yg meragukan di tengah jalan semasa memandu...........



Nota : Maaf tiada foto utk ditunjuk kerana fobia dgn gambarnya pun spti cerita di atas ye .......

4 comments:

  1. Saya juga sangat takut dengan haiwan, sijalar. Kakak kata setan jelmaan. Waktu kami tinggal di rumah kedai dahulu, ada juga si jalar masuk ke dalam rumah dan lilitkan diri di bahagian tempat pegang tangga. Sijalar ditangkap dengan menggunakan buluh.

    ReplyDelete
  2. Eh.. sama pula pengalaman kita ya. Byk rahsia terbuka dah ni...

    ReplyDelete
  3. Ya..ya...ya....Biarlah Rahsia spti senikata lagu Dato' Siti Nurhaliza. Ok.

    ReplyDelete