Thursday, 2 May 2013

RUMAH KAMPUNGKU ZAMAN DULU

Masa saya kecil2 dahulu negara baru shj mencapai kemerdekaan. Oleh kerana ayah saya telah meninggal dunia masa saya masih bayi lagi, saya, kakak & ibu tinggal bersama datuk & nenek di rumah datuk. Pada masa yg sama keluarga arwah ibu saudara yg ke-4 seramai 6 org juga mendiami rumah berkenaan. Ibu saudara yg bongsu mengikut suami bekerja sbg tentera ( SC ) di Clementi Estet Singapura. Apabila pulang bercuti dia bertiga sekeluarga meramaikan lagi penghuni rumah datuk. Di kiri kanan rumah datuk 2 org bapa saudara tlh membina rumah utk kediaman keluarga mereka pula. Rumah arwah bapa saudara yg pertama yg terletak di sebelah kiri didiami oleh 5 org keluarganya sementara rumah arwah bapa saudara yg ke-2 yg terletak di sebelah kanan didiami oleh 10 org.keluarganya. Suasana kehidupan masa itu agak riuh kerana kebanykan kami saudara sepupu masih kanak-kanak lagi dan lebih kurang sebaya dgn lebih kurang 2 org lahir dlm tahun yg sama. Oleh kerana rumah kami terletak di luar bandar seperti kpg2 di negeri2 pantai timur Semenanjung Malaysia yg lain rumah kami belum mendapat bekalan elektrik, air paip, siaran televisyen & kemudahan asas serta kelengkapan rumah yg moden. Pada waktu malam rumah kami diterangi oleh lampu pelita minyak tanah ( yg mampu, memiliki lampu gasoline ). Untuk urusan memasak & mandi manda kami menggunakan air perigi. Tandas pun belum sempurna kerana diperbuat drp kayu & dibina di atas sungai. . Kami mendapat maklumat drp siaran radio milik arwah ibu saudara ke-2. Pada dasarnya kehidupan keluarga besar kami terdiri drp 3 generasi iaitu datuk & nenek - ibu bapa - cucu-cucu, sangat sederhana dgn punca pendapatan datuk & bapa2 saudara drp usaha mereka menoreh getah, bersawah, bekerja di kilang bata, memandu teksi & mengusahakan kedai makan dgn jumlah pendapatan tidak menentu.



Nota : Tiada foto zaman kanak-kanak di penghujung tahun 1950an. Foto2 yg dipaparkan adalah foto2 lama th 1970an, apabila telah memiliki kamera selepas mulai bekerja.





Gambar tahun 1976 : Rumah tpt kelahiran & kediamanku yg telah mengalami ubahsuaian beranda dan tangga,






Cerita ini akan disambung lagi. Sabarlah menunggu ...........Ok.......


3 comments:

  1. Utk pengetahuan yg sudi membaca, rumah kpg itu sudah dirobohkan utk memberi laluan kpd pembinaan jalan raya 4 lorong di Jln Gambang Kuantan. Sebahagian kayu dinding, tiang, papan lantai yg masih elok tlh digunakan semula utk membina rumah lain di tapak baru di tanah yg sama. Kami yg masih hidup amat bersyukur kpd Allah swt kerana dpt melihat kemajuan tpt tinggal asal kami hingga kini & seterusnya.. Alhamdulillah........ Insya'Allah... Amin....

    ReplyDelete
  2. ooooooooooooooh.......panjangnya story cuja.....nak buat tesis ke? Tarik nafas panjang saya baca. Terima kasih kerana perkongsian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuja. Komen di atas diberi sebelum post di modify, diringkaskan. Lega. Please continue. Maaf cuja. Macam cikgu pula saya.

      Delete