Ini cerita ttg kelas SMC1 ( Special Malay Class 1 setaraf dgn djh / th 4 sek rendah sekarang ). Murid2 kelas ini semuanya dipilih dr sekolah2 rendah sekitar Kuantan melalui ujian penilaian di djh 3 & akan belajar menggunakan pengantar Bahasa Inggeris sepjg 3 th sehingga tamat sek rendah sbg persediaan utk ke ting 1 Sek. Menengah aliran Inggeris.
Cerita ini berkisar pd kerenah kami semua shj. Kami semua diletakkan di kelas terbuka di tingkat bawah SK Sultan Abdullah berhampiran dgn pintu masuk sekolah. Kelas itu memang mudah dilihat dari luar sbb hampir dgn jalanraya ( Jln Wong Ah Jang ). Kelas itu tanpa dinding & tingkap hanya disempadani oleh pagar separuh tiang ( buat drp kayu klu tak silap ) berlantai simen & dibekalkan dgn kerusi meja serta papan hitam/hijau spti juga kelas2 masa kini. Kelas itu masih wujud lagi sekarang tetapi tlh lengkap berdinding & bertingkap ( dibuat drp kayu ) seperti rumah-rumah kampung zaman dulu tidak seperti kelas normal yg bertingkap cermin / nako panjang di kedua belah dindingnya. Struktur asal bangunan kelas 2 tingkat itu masih kekal seperti dulu dgn tiang simen besar & berbentuk bulat. Tak pasti tingkat atas masih berlantai kayu @ bersimen sbb saya pernah juga belajar di tingkat atas pada kelas tahun seterusnya. Semasa bertugas di Maktab Perguruan dulu tak ditugaskan menyelia guru pelatih di situ.
Oleh kerana kami semua berlatar belakangkan pendidikan Melayu jadi susah jugalah hendak memahami semua mata pelajaran dlm Bahasa Inggeris terutama di peringkat awal. English communication kami pun ala-ala " Malish ".(Melayu+English). *Mrs Wong guru B. Inggeris sekolah terakhir saya sebelum bersara menggunapakai istilah ini*. Tahap English kami tu tak sampailah seperti program TV popular " Oh My English ".Bagi saya amat sukar belajar ketika itu sbb tak ada rujukan maklumlah yg pertama dari kalangan keluarga bersekolah Inggeris. Rakan sebaya dari kawasan sama belajar dlm satu kelas tetapi tinggal jauh dari rumah. ( Nab kawan sekampung tentu nostalgia kalau mengingat kisah lama kan ? ) Pd masa itu sukar juga hendak berkunjung utk berbincang hal pelajaran... perlu berjln kaki/berbasikal sbb klu naik bas kena menunggu agak lama. Lagi pun budak kecil ( perempuan pula tu! ) pd masa tu tak dibenarkan berjalan bersendirian.
Cerita seterusnya yg hendak disampaikan di sini ialah cerita kami di kelas SMC1 di bilik darjah " open air " tu. Angin sejuk & panas silih berganti mengalir ke dalam kelas menyebabkan suasana sejuk masa musim hujan & panas waktu kemarau. Tak pasti kipas angin siling ada @ tidak. Waktu hujan kesejukan udara ( tak perlu hawa dingin ) menyebabkan kami kerap membuang air kecil. Maka berebut-rebutlah ke tandas terutama waktu rehat. Oleh kerana tandas perempuan ( bilik air ) waktu itu tidak byk utk menampung semua murid, berebutlah masing2 hendak masuk dahulu. Oleh kerana giliran menunggu agak lama ada yg tak sempat masuk tandas sehingga terpaksan membuang air di luar / tepi tandas maklum budak kecil hilang rasa malu dek kegawatan " natural call " itu.
Satu lagi kisah kenakalan kanak-kanak yg masih terkenang ialah kes tarik kerusi. Sementara menunggu cikgu masuk kelas rakan lelaki biasanya sempat mengusik rakan perempuan dgn menarik kerusi ke belakang ketika rakan berdiri tanpa disedari rakan berkenaan. Apabila duduk tanpa menoleh ke belakang sudah pastilah jatuh ke lantai. Bayangkan sakitnya punggung semasa jatuh tersebut. Ini pengalaman yg tak terlupakan. ( Masa mengajar di salah sebuah SM dulu pun kerap melihat murid perempuan mengalami peristiwa sebegini, seperti kerenah umum bagi semua pelajar turun temurun ya ). Saya sendiri masih ingat rakan yg berbuat demikian. Biarlah rahsia namanya ya. Di manalah agaknya rakan itu sekarang. Entah..... Tapi th lepas saya dihubungi oleh seorang rakan sekelas perempuan dari Beserah yg menjemput ke majlis perkahwinan anaknya. ( Terima kasih Nab kerana memberi no.hp saya utk dihubunginya ) Terkejut juga selepas hampir 50 th dihubungi oleh rakan sekolah rendah. Maaf ya Pn Ramlah puas mengingat barulah tertera dlm fikiran anda kawan seSMC dulu. Klu baca blog ini hubungilah saya ya.......
Setakat ini sajalah yg mampu diluahkan. Apabila direnung kembali ke belakang kisah2 seperti ini mengusik kenangan terindah dlm sanubari & menyebabkan kita tersenyum simpul sendirian....He...he....he.....
Terima kasih Cuja berkongsi pengalaman yang menjadi kenangan. Tentu budak-budak di rumah tu serta saudara mara terkekeh-kekeh membaca kisah cuja masa silam. Banyak story rupanya! hee hee....
ReplyDeleteMereka tak baca pun sbb busy dgn urusan belajar. Tak mahu kacaulah.
ReplyDelete