Sunday, 21 April 2013

KENANGAN JAMBATAN BARU



Foto yang dirakam semula dari Galeri Bangunan UTC Kuantan pada 22 April 2013
( Yang di hadapan ialah Sungai Kuantan menghala ke Laut Cina Selatan ( kanan )
Jambatan pertama merentangi Sg Kuantan kini iaitu yg sebelah kiri menghala bandar Kuantan sebaris dgn perumahan Medan Warisan depan supermart  Giant, mula dibina sekitar tahun 1960an semasa saya berulang-alik dari rumah ke sekolah & sebaliknya. Semasa berbasikal & menyeberangi feri spti dlm blog lalu sewaktu balik sekolah ( sepanjang 5 tahun persekolahan 1963 - 1967 ) boleh nampak pekerja2 melaksanakan tugas masing2 memasang, menyimen, menggerudi, menanam tiang ke dasar sungai dll, Pd peringkat awal pembinaan kerja-kerja membina tapak agak bising dgn bunyi hentakan besi menghentak tiang ke dasar sungai serta persekitaran yg berhabuk. Apabila jambatan hampir siap tidaklah begitu memekakkan telinga kerana pekerja2 hanya melakukan kerja2 menyimen, mengecat, membubuh tar dsbnya, Pengalaman semasa jambatan hampir siap inilah yg hendak disampaikan ....

Satu tengahari semasa balik dari sekolah seperti biasa saya bersendirian mengayuh basikal. Hati berbelah bagi antara hendak menaiki feri @ jambatan merentangi Sg Kuantan sbb pada masa itu dikhabarkan jambatan sudah boleh dilalui ( belum digazetkan ) kerana telah siap berlantai walaupun pagar jambatan blm sempurna dipasang. Saya mengambil keputusan menyeberang menggunakan jambatan baru ini kerana tidak suka dgn kerenah susah payah menaiki feri yg sudah lama berbudi kpd saya & lain2 pengguna.itu. Rujuk cerita Feri ! Oh Feri ! ya.Oh ya lupa nak catit satu lagi pengalaman yg kurang enak semasa menaiki feri ialah enjin feri mengeluarkan bau minyak yg kurang menyelesakan hidung sehingga terpaksa tutup hidung sepanjang feri bergerak.

Balik kpd cerita jambatan tadi, saya pun bertekad mengheret basikal berjalan kaki atas jambatan baru itu. Saya tak berani pula mengayuh basikal atas jambatan yg blm siap sepenuhnya itu bimbang tersasar @ menjunam ke bawah sungai. Pagar jambatan belum dipasang. Lagi pun byk serpehan kayu, besi, batu dll terdampar atas jambatan & menyukarkan berbasikal atasnya. Agak lama juga masa diambil utk berjalan kaki itu. Kalau lumba dgn feri memang feri sampai dulu ke seberang. Tapi pd hari itu seingat saya masa saya sampai feri blm boleh bergerak kerana menunggu penumpang2 lain. Ini salah satu sbb mengapa saya ambil keputusan menaiki jambatan baru itu. Saya hampir sampai ke seberang sana baru feri bergerak ke seberang Gambang. Sbg remaja yg berdarah panas semangat saya berkobar-kobar hendak menguji kemampuan diri & inilah kemuncak cerita saya dgn jambatan baru itu.

Dari hujung seberang Kuantan nampaknya jambatan itu sudah siap berlantai. Tapi sebenarnya saya tertipu dek perasaan ingin sgt segera sampai ke rumah & tak mahu lama menunggu feri bergerak. Bila saya sampai ke hujung sebelah Gambang saya dapati jambatan itu masih berlubang blm dipasang lantai. Agak luas jugalah sbb boleh nampak air sungai di bawahnya. Rasa nak patah balik ke belakang sbb saya gayat melihat air sungai dari tpt tinggi. Berhenti sejenak berfikir apa perlu dibuat. Sempat juga melaungkan " mak! mak! mak! " ketika masa kritikal itu & menoleh ke arah orang2 atas feri seolah-olah mahu meminta tolong daripada mereka. Mustahil mereka dpt menolong ketika itu kerana jarak mereka dgn saya agak jauh, lagi pun feri sdg bergerak menuju arah sama dgn saya & berada di pertengahan sungai. Sudah tentu memakan masa utk mereka membantu saya. Jadi saya terpaksa putuskan utk meneruskan perjalanan.

Ada sesuatu yg mendorong saya utk meneruskan perjalanan itu iaitu pekikan suara seseorang dari atas feri yg sdg bergerak menyuruh saya meneruskan dgn mengucapkan " go! go! go! ". Orang itu seolah-olah tahu saya hampir berputus asa hendak berpatah balik ke belakang menaiki feri semula. Jadi saya heret lagi basikal itu melalui ruang berlantai dgn kiri kanan jalan boleh kelihatan air sungai di bawahnya. Satu kejayaan & perasaaan lega yg tidak terhingga apabila saya selamat sampai ke seberang sana. Sebelum meneruskan perjalanan sempat saya menoleh ke belakang kpd mereka di atas feri. Sesuatu yg tidak boleh dilupakan ialah masih terngiang-ngiang di telinga saya sorakan gembira mereka melihat saya berjaya melepasi ujian tersebut. Apa yg boleh saya buat hanya senyum & melambaikan tangan kpd mereka tanda ucap terima kasih & kesyukuran berjaya dgn dorongan mereka. Itulah pengalaman pertama & terakhir saya menaiki jambatan belum siap & saya bertekad tidak akan mengulangi perbuatan itu lagi. Selepas itu saya teruskan perjalanan sehingga selamat sampai ke rumah. Rasanya tidak mahu cerita hal ini kpd keluarga sbb takut dimarahi/dileteri. Tapi akhirnya bercerita juga kpd mereka.

Pengajaran yg saya perolehi daripada pengalaman di atas ialah jgn cuba2 perkara yg blm diketahui sepenuhnya, jgn terus percaya dgn cakap2 orang yg belum pasti kesahihannya & jgn mengambil risiko menaiki jambatan baru blm siap atau rasmi digunakan.Tapi satu semangat yg saya dapat drp peristiwa itu ialah kita perlu meneruskan sesuatu perjuangan sehingga selesai walau sesusah mana sekalipun sendirian. Seperkara lagi bantuan daripada seseorang kadang2 dtg dlm keadaan yg tidak kita jangka seperti cerita saya tadi. Alhamdulillah Allah masih sayangkan saya sehingga selamat menempuh dugaan berkenaan sehingga boleh menulis di blog ini ya

No comments:

Post a Comment