Thursday, 18 April 2013

KENANGAN KACANG BOTOL...

Tahukah rasa ingin tahu yg membuak-buak boleh membawa padah? Masa kanak-kanak dulu ( blm bersekolah lagi rasanya) saya mengalami peristiwa ini. Di belakang rumah ada tanaman kacang botol. Naluri ingin tahu membuatkan saya mematahkan sayur tu & mengeluarkan bijinya. Deria bau saya melonjak utk menghidu biji kacang botol tu utk tahu baunya. Hidu punya hidu tersedut biji kacang tu yg tak berapa besar ke dlm hidung ( kiri klu tak silap/maklum cerita ini dah setengah abad berlalu). Mulalah panik sbb masa tu sdg bermain bersendirian. Walau bagaimana pun berusaha jugalah utk mengeluarkan biji kacang tu dgn menghembus hidung beberapa kali. Malangnya biji tu dah masuk ke dlm tak mahu keluar. Akhirnya naik ke rumah mengadu pd emak dgn suara yg berubah sengau tapi masih tak mengaku ada apa2 berlaku. Org tua macam mana kita sembunyi pun mereka tahu drp suara sengau saya tadi sesuatu dah berlaku pd hidung. Maka disuluhlah hidung utk cuba mengeluarkan biji tu. Gempar jugalah. Oleh kerana tidak berjaya mengeluarkan biji kacang tu lalu dipanggil bapa saudara (telah kembali ke rahmatullah tahun 1989) yg memang selalunya jadi "doktor" keluarga utk urusan kecemasan kecil spti itu. Tak boleh juga. Lalu dibawalah saya ke hospital Kuantan ( kini HTAA) utk menjalani pemeriksaan.

Maka bermulah operasi mengeluarkan biji kacang botol. Siapa tak takut..gerun juga lihat peralatan doktor maklumlah masa tu blm ada pendedahan spti sekarang ttg kerjaya doktor. Hembus hidung lagi tapi tak keluar juga. Kena baringlah atas meja operasi... diteropong pula oleh lampu suluh besar.....guna pula besi pencungkil (agaknya /tak jelas sgt dek ketakutan)  utk korek keluar biji kacang botol yg terlekat dlm hidung. Padahal klu fikir-fikir balik sekarang mungkin boleh juga keluar melalui tekak sbb saluran nasal bersambung ke tekak. Sempat meronta dan menangis jugalah takut sakit. Sebenarnya operasinya sekejap tapi gempaqnya lama. Dek meronta-ronta kena pegang kaki tangan oleh kakitangan hospital & bapa saudara yg membawa. Sempat juga melaung " ayah... ayah...ayah " padahal ayah dah meninggal dunia masa saya bayi lagi. Itulah penangan biji kacang botol. Bila biji tu keluar dari hidung saya pun tak sedar kerana sibuk menangis. Sedar2 suara pun dah tak sengau & hidung rasa lega. Selepas selesai baliklah ke rumah. Bapa saudara pun melaporkan peristiwa itu kpd famili yg menunggu & debaran serta penantian mereka pun berakhir. Saya seperti layaknya seorang kanak2 tak merasa spti mengalami apa2 insiden terus dgn aktiviti bermain spti sediakala seolah-olah ingin melupakannya. Tapi bawah sub conscious mindnya rupanya masih bersisa kenangan itu......

Pengajaran daripada peristiwa ingin tahu itu seperti membuat suatu ujikaji yg memerlukan ilmu pengetahuan & kemahiran diri selengkapnya sebelum ujian dilaksanakan. Orang dewasa mesti sentiasa berwaspada dgn apa saja yg kanak2 lakukan utk mempastikan keselamatan mereka. Seperkara lagi seseorang manusia itu akan ingat sesuatu perkara walaupun dah lama berlalu (dgn izin Allh swt ).....

2 comments:

  1. Ada kanak-kanak tersedut biji saga...

    ReplyDelete
  2. Itulah sentiasa kena berwaspada dgn apa yg kanak2 main ya spya sej tak berulang...

    ReplyDelete