Sunday, 21 April 2013

PENGSEN???

Masa saya bersekolah di darjah 1 di SK Batu 8 Kuantan ( kini SK Fakeh Abd Samad Kuantan ) berlaku suatu kejadian yg tak akan terhakis dari kenangan seolah-olah spti baru berlaku.

Kisahnya berkaitan dgn acara Sukan Sekolah. Sbg kanak-kanak yg baru memulai alam persekolahan sudah tentulah saya ( kita semua begitu kan! ) amat teruja utk menyertai acara berkenaan yg walaupun dikelolakan dalam skala kecil di sekolah luar bandar ketika itu tetapi amat terasa gahnya. Apa tidaknya penyertaan kita ditonton oleh bukan sahaja para guru, tetamu jemputan, rakan2 tetapi yg lebih utama ibu bapa / keluarga kita masing-masing. Setiap kanak-kanak akan berusaha utk menonjolkan kemampuan diri bagi menjuarai acara sukan berkenaan,

Sebenarnya kebetulan sebelum acara sukan berkenaan berlangsung saya demam. Beberapa hari jugalah tidak dapat hadir ke sekolah. Tentang latihan sukan tak ingat pula ada atau tidak ketika itu sbb murid waktu itu tidak ramai jadi boleh dikatakan semuanya layak menyertai acara. Saya dipilih menyertai acara larian ( 50 -100 meter agaknya sbb sbg kanak-kanak tidaklah begitu prihatin dgn perkara spti ini ). Ibu saya telah menanyakan saya sama ada akan turut serta @ tidak & menasihati jika blm sembuh eloklah tidak turut serta & akan memaklumkan kpd guru tentang hal itu. Sbg murid baru bersekolah pd masa itu pd dasarnya semuanya tidak akan mahu ketinggalan dlm apa saja acara sekolah, bimbang dimarahi guru, kurang prestasi dsbnya. Jadi saya dgn bersemangat menyatakan ingin turut serta walaupun baru 1-2 hari sembuh daripada demam dgn alasan sudah sembuh.

Jadi pd hari sukan sekolah berkenaan saya pun hadir & bersiap sedia menyertai acara sukan larian berkenaan bertanding bersama-sama rakan-rakan lain di padang sekolah di bahagian belakang sekolah berkenaan ( mungkin bukan padang sekolah yg sama sekarang sbb sekolah pun tlh byk mengalami pembinaan bangunan baru ). Oleh kerana badan masih lemah akibat demam saya tidak dapat menghabiskan larian sehingga garisan penamat. Sebaliknya saya jatuh & tidak sedar seketika ( tak ingat berapa lama ) di pertengahan larian. Pengsan rupanya.... sbb bila nama dipanggil saya tidak menyahut, sedar2 di kelilingi ibu dan lain2 orang. Entah siapa tak ingat pun, mungkin guru2, rakan2 & penonton lain. Malu rasanya sbb berlari sikit pun jatuh tak sedar diri. Tapi nak buat bagaimana lagi dah suratan tak boleh berlari. Akhirnya saya berpuashati dgn menerima rawatan urutan kaki tangan, kepala & dikipas sajalah.Inilah akibatnya kerana ghairah nak turut serta acara fizikal seperti ini walaupun masih belum sihat sepenuhnya.

Peristiwa ini menjadi pengajaran ketika bertugas sbg pendidik & sentiasa menasihati para pelajar yg kurang sihat menarik diri drp menyertai acara sukan bimbang berlaku kejadian lebih teruk daripada peristiwa yg saya alami itu.

2 comments:

  1. Banyak lagi kenangan cuja nak kongsi sama kita. Terima kasih cuja...dapatlah nanti waris baca kenangan cuja yang disayangi.

    ReplyDelete
  2. Insya'Allah akan berusaha bercerita sebaik mungkin...

    ReplyDelete