Selepas menghadiri majlis perkahwinan saudara di Bangkinang, pada sebelah petang 18.8.2013, Wahyu dan keluarganya membawa kami bersiar-siar melihat persekitaran Bangkinang. Pertama yang dilawati ialah kompleks perkantoran dan pemerintahan Kabupaten Kampar yang baru, kemudian sungai lipur tempat perkelahan dan dalam perjalanan balik menuju rumah di kelurahan Pulau, kami singgah di jambatan gantung merah dan bergambar di semua tempat tersebut.
Pintu Gerbang Kompleks Perkantoran Kabupaten Kampar |
Bergambar di hadapan papan tanda pejabat Kawasan Pemerintahan Kabupaten Kampar |
Di depan Dewan Perwakilan Rakyat ( DPRD ) |
Gambaran keseluruhan bangunan DPRD dari jarak jauh |
Info bermaklumat terpampang di foyer Kantor Bupati Kampar.. |
Struktur bumbung Kantor Bupati Kampar |
Kolam di depan Kantor Bupati Kampar |
Satu lagi bangunan kantor ( Bahagian Perancangan Ekonomi Daerah ) |
Pintu gerbang Kompleks Perkantoran dilihat dari dalam |
Pintu gerbang Kompleks Perkantoran Kabupaten Kampar yang berstrukturkan rumah lentik Minangkabau dilihat dari dalam |
Keadaan Sungai Kampar dari atas jambatan Pulau pasir mulai terbentuk di tengah sungai deperti juga Sg Pahang..... |
Pemandangan rumah di celah-celah rimbunan pokok di tepi Sungai Kampar. Gambar dirakam dari atas jambatan |
Bergambar di atas jambantan gantung merah merentasi sungai...... |
Gambar beramai berhampiran Jambatan Merah |
Dalam perjalanan balik kami sempat juga singgah di Restoren makan roti canai dan kerepek ubi. Hampir Maghrib jugalah baru kami semua sampai ke rumah. Malam itu kami sibuk mengemas beg dan bersiap-siap untuk balik ke Pekanbaru keesokannya.
Wah, beruntungnya orang ada saudaramara di luar negara...boleh tukar angin sambil melancong.
ReplyDeleteSemenjak dulu esp.1970an dah tahu ada saudara rapat di sana tetapi tak berkesempatan menziarah sbb konfrontasi M'sia-I'sia. Lagi pun susah nak cari masa lapang kerana bertugas mengajar masa tu. Lepas th 2000 / bersara baru ada kelapangan. Mujur diizin Allah sempat juga bertemu ibu saudara dgn anak lelakinya yang kedua2nya telah berpulang ke rahmatullah...Al Fatehah...Ya lps ni akan berkunjung lagi. Insya'Allah...
ReplyDelete