Dengan menaiki sebuah kenderaan yang dipandu oleh Arif pada 17.8.2013 kami bertujuh bertolak kira-kira 7 pagi ke Bukit Tinggi yang terkenal dengan jalanrayanya yang berliku @ berkelok 99, dengan 9 kelok yang paling tajam sehingga terasa terbuai di dalam kenderaan. Kami melalui jalan lama tersebut walaupun sudah ada jalan baru yang kebetulan belum boleh digunakan hari itu sedangkan ada hari-hari tertentu dikhabarkan boleh dilalui. Nampaknya Allah swt belum mengizinkan kami berkenderaan di jalan itu. Kawasan itu memang tinggi berbukit-bukit dan pada tempat-tempat tertentu bergaung agak dalam. Di kiri kanan jalan tumbuh hutan yang menghijau menyegarkan mata memandang dan udaranya amat nyaman sekali. Kawasan ini mengimbau kembali kenangan semasa berkenderaan di kawasan Bukit Tinggi Pahang ke Kuala Lumpur awal tahun 1970an - 1980an, sebelum terbinanya lebuhraya LDP Karak - Kuala Lumpur sekarang.
Deretan kereta dipandu perlahan di kelok seperti " U " |
Nun jauh di belakang jalan baru. Bangsal pekerja kontrak binaan jalan masih kelihatan.... |
Penunggang motorsikal sedang membelok ( corner baring ? )... |
Jalan baru merentasi jalan lama di bawahnya....... Sebuah kenderaan sedang bergerak..... |
Pemandangan hutan tepi jalan dari arah jalan lama..... Di kejauhan sana kelihatan lori sedang berjalan. |
Bergambar di belakang kenderaan semasa berehat sejenak di jalan berliku itu ... |
Pemandangan lebuhraya... Seorang penunggang motorsikal sedang berehat melepaskan penat. Sebuah kereta sedang bergerak di lorong kanan. Jalanraya di kelok ini tidaklah sesak..... |
Lagi pemandangan jalan di kelok 9 menghala Bukit Tinggi. Kelihatan bumbung bangunan berbentuk rumah lentik .. |
Sebelum sampai ke kota Bukit Tinggi, kami melalui kampung-kampung yang kebanyakan bangunan / rumah masih mengekalkan ciri-ciri rumah adat Minangkabau. Antara kampung-kampung yang tercatat di kiri kanan jalan ialah Baso, Batu Hampar, Batu Sangkar (?), Pagar Ruyung dll. Terkenang lalu menghayati senikata lagu " Ayam Den Lopeh dendangan penyanyi indonesia tahun 70an yang terkenal iaitu Ernie Johan @ Titik Puspa kalau tak silap ". Sebenarnya selepas beberapa kilometer dari Bukit Tinggi ( tak ingat dah! ) kita boleh sampai ke Kota Padang kota pusat orang-orang Minangkabau yang terkenal dan banyak dikunjungi oleh rakyat Malaysia yang ghairah membeli belah di sana. Dimaklumkan untuk ke sana kita perlu melalui jalan berkelok 44 pula dan danau Meninjau yang popular itu. Jika ingin ke sana seeloknya bermalamlah kerana perjalanan yang agak memenatkan juga. Oleh kerana perjalanan ke sana agak mencabar juga, rasanya elok menaiki pesawat saja. Ha! ha! ha!
Di jalanraya dua lorong yang berliku-liku itu beberapa kali kami terserempak dengan motorsikal ditunggangi oleh pelajar-pelajar sekolah / institusi ( lelaki dan perempuan dari kampung-kampung berdekatan ) yang menyertai acara perarakan sambutan Hari Ulangtahun Kemerdekaan Negara itu yang kebetulan diraikan pada tarikh tersebut iaitu 17.8. 2013.
Sesampai di Bukit Tinggi, kami dibelanja makan tengahari oleh Dora & Arif di Restoran Sederhana. Terima kasih kepada cucu-cucu tersayang berkenaan. Semua menu masakan dihidangkan untuk kita pilih beberapa menu sahaja yang selera dimakan bersama dengan nasi putih. Satu yang menarik setiap pelanggan dibekalkan dengan mangkuk basuh tangan berasingan.
Papan menu makanan...... |
Papan menu minuman....Maaf foto tak jelas...... |
Selepas menjamu selera di Restoran Sederhana itu, kami ke bazar membeli belah telekung dan tudung ( banyak helai jugalah.. hi..hi...hi ..). Kemudian kami ke Pasar Menara Jam Godang, untuk membeli belah lagi. Ada telekung, tudung, busana Muslimah, hiasan rumah seperti alas meja, alas kusyen, sampul kotak tisu dan kain pasang dll yang dijual di sana. Keluar jugalah Rupiah dan RM ( ada pekedai yang boleh menerima RM semasa jual beli serta menukarkan wang RM ke Rupiah pun ). Terima kasih kepada Idar, Dora, Arif dan Wawan yang setia mengiringi kami bertiga ( saya, kak Nah dan Nor, sepupu ) dan membantu mengangkat barangan shopping. Oleh kerana hari itu Indonesia merayakan sambutan Hari Kemerdekaannya, maka kedai- kedai dan taman-taman rekreasi dipenuhi oleh para pelancong dan orang-orang tempatan yang usai menyertai dan menyaksikan perbarisan sambutan di padang bandarannya. Bertuah, sempat juga melihat sedikit episod sambutan sebelum berakhir dan menyaksikan orang ramai berpusu-pusu balik selepas menyertai dan menyaksikan sambutan ulangtahun kemerdekaan tersebut, dalam perjalanan kami mencari restoran makan. Terkenang juga sambutan di tempat kita yang pernah disaksikan dan disertai sendiri sekali sekala je.......Ha! ha!
Pasar Besar Di Menara Jam Gadang... |
Pengunjung di sekitar kawasan Menara Jam Gadang..... |
Kelihatan gerai-gerai menjual pelbagai produk di luar pasar seperti T-shirt, cenderahati, mainan kanak-kanak dll.... |
Bentuk kemuncak Menara Jam Gadang .... Menara nampak senget oleh kerana kesilapan teknik fotografinya.... |
Petang itu, selepas puashati membeli belah dan melihat sekitar kota Bukit Tinggi, kami bertolak balik ke Bangkinang kira-kira 5.30 petang melalui jalan yang sama dengan memakan masa perjalanan lebih dua jam. Dalam perjalanan balik kami singgah di Stesen Minyak Pertamina untuk isi minyak dan sempat bersolat jamak qasar Asar-Zohor di ruang solatnya. Untuk pengetahuan tidak ada R & R di perjalanan Bangkinang ke Bukit Tinggi seperti di lebuhraya negara kita. Yang ada restoran-restoran di tepi jalan kampung-kampung tersebut tadi. Sebelum sampai ke rumah kami singgah menjamu selera di Restoran Sate Ayam Kampung di Bandar Kuok, untuk makan sate ayam bersama nasi himpit berkuah kacang warna kuning seperi gulai lomak cili api Minangkabau yang terkenal di situ. Kami tiba di rumah lebih kurang jam 10 malam dengan rasa puashati dan bersyukur selamat melalui perjalanan yang berliku-liku itu. Oleh kerana penat, kami terus berehat tidur. Selamat malam.....Alhamdulillah........
\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\
Kami sebut 'Jam Gadang' mercu tanda Bukit Tinggi. Nampaknya jalanraya kelok 9 ada nilai tambah berbanding tahun 70an dahulu. Ado piti, sadap babalanjo.
ReplyDeleteIyo ado piti sonang babalanjo doket Jam Gadang tu. Nak pai ke sano tu bacinto sikit sbb ado jln indak rato di kelok 9, sakit badan dibuetnyo. Seperkara lagi dialek Kampar banyak bunyi "o" di akhir perkataannya berbanding dialek Minang banyak bunyi "a". Entahlah apa hal pun mereka serumpun.
ReplyDelete