Pada ptg 4.10.2013 lalu, saya dan Kak Nah mengunjungi ekspo berkenaan untuk meninjau buku-buku dan lain-lain produk yang dijual. Mana tahu mungkin ada yang menarik untuk diperolehi sebagai tambahan kepada koleksi buku di rumah.
Kami tertarik untuk mengunjungi ekspo tersebut selepas melihat baner mengiklankan tentangnya sepanjang jalan ke bandar Kuantan dan melihat sendiri kewujudannya semasa membeli keperluan di kedai-kedai di kompleks berkenaan pada 1 Oktober 2013 tetapi tidak berkesempatan untuk melawatinya kerana kesuntukan waktu. Kami teruja semula ke sana selepas melayari blog Sekilau1.blogspot.com yang menulis posting tentangnya. Terima kasih.
Ikutilah paparan foto berikut yang saya rakamkan sewaktu di sana.
Pintu gerbang ekspo..... |
Al-Quran Muslimah ( Berbeg ) RM60.00 senaskhah, yang turut dibeli oleh Kak Nah untuk cucunya |
Pemandangan di pentas ekspo.... |
Seorang petugas sedang memberikan taklimat tentang Al-Quran Digital .... |
Antara banner yang bermaklumat.... |
Lagi galeri jualan |
Akhir kalam " Bacalah buku :sebagai peluasan khazanah ilmu dan cintailah ia yang boleh memandu kita ke jalan yang benar ". Jadikanlah sirah Rasullullah saw sebagai panduan untuk kita menanam semangat cintakan budaya membaca, terutama semasa Baginda diminta oleh Malaikat Jibril untuk membaca Al-Quran... Iqra'.......
Kalau Cuja tak baca (belum berkesempatan), berilah saya baca. Hi Hi.....Buku resepi i hari 1 resepi sangat memberi ilham kalau tak ada idea nak masak apa . Bagus juga bagi mereka yang tak berapa pandai masak! Selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha!
ReplyDeleteAda kesempatan ke? Boleh aje asal jgn sampai bawa balik ke M'ka...hi...hi...hi..
ReplyDeleteItu sebab saya beli buku 1 hari 1 resepi tu utk membantu memasak dgn betul. Sebenarnya 4 tajuk buku lain tu jika dirangkaikan boleh jadi babak drama & doa sempena HR Qurban ni. Selamat Hari Raya Aidiladha....