Alangkah indahnya hidup anak-anak zaman sekarang! Alhamdulillah! Dengan izin Allah swt jua, mereka dapat menikmati kesenangan dan kebahagiaan hidup semenjak kecil lagi. Begitulah yang dialami oleh anak sepupu bernama Zara Adina, anak ketiga daripada 3 orang adik beradik. Kelahirannya memang dinantikan oleh seluruh kaum keluarganya memandangkan kelahirannya berjarak hampir 10 tahun dengan abang keduanya. Pada 7.9.2013 ( Sabtu ) yang lalu, majlis cukur jambul, kesyukuran dan doa selamat kelahirannya telah diadakan di rumahnya di Gombak Mutiara Kuala Lumpur. Majlis diadakan memang meriah dengan kedatangan bukan sahaja kaum keluarga sebelah ibu dari Kedah dan Kuala Lumpur dan sebelah bapa dari Pahang, tetapi juga diraikan oleh para jiran tetangga serta rakan-rakan adik beradik dan keluarganya.
Dipaparkan persediaan majlis yang lengkap dengan astaka pelamin buaian gabungan warna " biru - pink - putih " yang dihias dengan tabir warna biru, kuntuman bunga mawar putih menghias lelangit pelamin, buaian putih, tirai putih, dua jambak bunga telur pink di kiri kanan pelaminannya, dua kuntum bunga ros putih besar pengikat tirai dan bakul bunga gantung pelbagai warna.
|
Astaka Pelamin Buaiannya |
|
Buaiannya.... |
Bagi para tetamu pula disediakan beg cenderahati berisikan bunga telur berhiaskan boneka " bear " kecil dan kotak kek seperti berikut :
Sebelum acara bermula Kak Nah dan saya sempat bergambar dengan Zara
|
Zara bersama ibu tercinta |
Seperti amalan kebanyakan majlis seperti ini, kumpulan marhaban dijemput untuk memeriahkan majlis dengan dendangan lagu-lagu nasyid memuji kebesaran & keagungan Allah swt dan memuliakan Rasullullah serta nasihat untuk sikecil dan keluarganya. Majlis marhaban membuat persembahan mulai jam 10 pagi diikuti dengan majlis doa selamat, cukur jambul dan memberkati sikecil oleh kaum keluarga dan ahli kumpulan marhaban.
|
Antara ahli kumpulan marhaban yang hadir bergambar sebelum acara bermula |
|
Ketua kumpulan marhaban ( memegang mikrofon ) memulakan acara..... |
|
Kumpulan marhaban sedang
membuat persembahan...... |
|
Ketua kumpulan marhaban ( memegang mikrofon )
sedang mempersembahkan nyanyiannya... |
|
Ibu Zara ( Liza ) semasa majlis berlangsung..... |
|
Zara semasa permulaan acara |
|
Bermarhaban berpandukan teks ditetapkan |
|
Ahli kumpulan sedang bermarhaban |
|
Zara didukung ibu semasa
upacara memotong rambut |
|
Zara tidak meragam...... |
|
Diberi rasa manisan dll... |
|
Ayah sedang menyuapkan air zam-zam ke mulut Zara |
|
Ketua kumpulan marhaban menutup acara |
|
Bergambar beramai selepas selesai acara marhaban |
Bagi meraikan tetamu, terutama kanak-kanak disediakan sudut menjamu selera kek bersalut coklat cair, agar-agar, gula-gula warna warni seperti dalam foto berikut.
Selepas majlis bercukur dan sesi fotografinya selesai, yang diraikan seperti kebanyakan kanak-kanak seusianya sudah tentu kepenatan dan kehausan lalu terus dimasukkan dalam buaian berbaring sambil leka dengan mainan bonekanya. Satu yang menggembirakan semua semasa marhaban berlangsung Zara tidak meragam sebaliknya nyenyak tidur dibuai oleh dendangan nyanyian yang merdu....
Semasa marhaban berlangsung, pihak katering jamuan sibuk menyiapkan meja dan hidangan jamuan di porch dan khemah yang dipasang di depan rumah bagi meraikan para tetamu jemputan mulai jam 12 tengahari, seperti berikut :
|
Hidangan bufet |
|
Mejua di khemah jamuan |
Selepas majlis selesai ahli keluarga yang hadir sempat merakamkan gambar kenangan bersama satu sama lain terutama dengan si kecil yang diraikan......
|
Datuk, nenek & uwoh Zara |
|
Antara kaum keluarga sebelah pihak ibu Zara |
|
Zara bersama keluarga sebelah bapanya |
|
Zara di ribaan ayah sambil menghisap susu botol |
|
Zara dengan kakaknya..... |
|
Zara kepenatan lena tidur di buaian usai acara.... |
|
Kaum keluarga sebelah ibu di meja makan...
sedang menunggu untuk menjamu selera.... |
|
Antara hidangan jamuan... aiskrim, bubur, kuih muih, buah-buahan.
Ibu saudara Zara sedang mengambil makanan...... |
|
Ibu saudara dan sepupu sedang menyenduk bubur |
|
Tetamu di meja bufet sedang menyenduk makanan....
nasi, lauk pauk, sayuran, sate, mee dll... |
Alhamdulillah, dengan izin Allah swt majlis berjalan dengan lancar dan sempurna seperti dihajatkan oleh ibu bapa dan kaum keluarga sekelian. Semoga Zara membesar menjadi anak yang baik, solehah dan berjasa kepada kedua ibu bapa, kaum keluarga, agama, bangsa dan negara. Semoga semua kami dipanjangkan usia untuk dapat melihat perkembangannya menjadi seorang insan yang berjaya hidup seimbang dunia dan juga akhirat. Amiiin......
Ameen. Terima kasih cuja..Selamat datang kepada Zara Adina. Hebatnya majlis sambutan. Semoga menjadi anak yang solehah,, berjasa kepada ibubapa. Agaknya orang dewasa pun tertarik dengan sudut kanak-kanak tu tak , lebih-lebih lagi "chocolate fountain"
ReplyDeleteTk atas doanya. Harapan semua begitulah. Alhamdulillah! Dgn izin Allah swt hajat ibubapanya hendak membahagiakan & meraikan kelahiran Zara tercapai jua. Tentang sudut kanak2 tu jgn kata kanak2 je suka, org dewasa/warga emas pun tertarik. Saya suka tengok gubahannya yg artistik tu. Ada byk lagi foto menarik yg tak terdownload tadi... nanti akan upgred posting ni.......
ReplyDeleteCuja.
DeleteBuat posting baru.
Insya'Allah.. cerita lain pulalah kan.....
ReplyDelete