Friday, 18 October 2013

UMRAH

Sempena dengan Bulan Dzulhijjah dan musim menunaikan Haji, rukun Islam yang kelima, terimbas kembali waktu-waktu mengerjakan umrah seperti gambaran-gambaran yang dirakamkan berikut :

Umrah 2008.....

Pada tahun berkenaan kami ( saya dan kakak ) mengerjakan umrah menggunakan khidmat CS Holidays & Salam Al-Harmain  dengan wakil pemasaran Kuantan Al Faza Enterprise, Tanah Putih Kuantan.

Kak Nah  semasa di dalam bas dari Jeddah ke Madinah ....

Bergambar bersama sebahagian jemaah wanita di ladang kurma....

Berfoto di Jabal Rahmah.......

Menunggu waktu solat di Masjid..............


Berfoto di lobi hotel sebelum berangkat balik 
ke Jeddah bersama lain-lain jemaah umrah....

Di Lapangan Terbang Doha semasa transit dari Jeddah
dengan Qatar Airlines
Umrah 2011

Pada 10 - 24.3.2011 kami ( saya dan kakak ) dengan kira-kira 40 orang jemaah lain menunaikan umrah dengan Pakej Umrah Restoren Nasi Arab Al-Jawahir Sg Isap Jaya, Batu 4 Jalan Gambang, Kuantan. Pada 11.3.2011, kami menaiki pesawat Garuda dari Kuala Lumpur ke Jakarta dan seterusnya ke Jeddah. Setelah selesai segala urusan lapangan terbang kami menaiki bas ke Madinah. Di sana pada 12.3.2011, bermulalah ibadat solat berjemaah di Masjid Nabawi, ziarah Maqam Rasullullah dan Sahabat-sahabat Baginda di Raudhah dan Perkuburan Baqi'. Keesokannya kami dibawa menziarahi tempat-tempat bersejarah di Madinah seperti Masjid Quba', Masjid Qiblatain, Bukit Uhud, Kilang Mencetak Al-Quran dll. 

Pada 14.3.2011 kami bertolak ke Mekah dengan bas. Di sana bermulalah ibadat umrah dengan tawaf rukun, saie' dan bertahalul. Pada 15.3.2011 sehingga 22.3.2011, kami menziarahi tempat-tempat bersejarah seperti Gua Hira', Gua Thuur, Manasik Haji seperti Padang Arafah, Muzdalifah, Mina dan 3 Jamrah. Jemaah dibawa juga ke Miqat Ja'ranah, Hudaibiyah, Tanaim bagi memasang niat umrah bagi yang berkemampuan  mengerjakannya seterusnya.

Pada 22.3.2011, selepas mengerjakan Tawaf Wida' kami bertolak dengan bas ke Jeddah untuk penerbangan balik melalui Jakarta dan seterusnya balik ke Kuala Lumpur Malaysia. Kami tiba di KLIA pada 23.3.2011 dan tiba di Kuantan kira-kira jam 6 pagi pada 24.3.2011.

Seterusnya layarilah foto-foto yang dipamerkan berikut ini.

Foto 14.3.2011 di depan Hotel Wasseel Al-Reem
Madinah sebelum berangkat ke Mekah

Kak Nah dan kawannya Ri di Jabal Rahmah
pada 16.3.2011
Uztazah Jawahir, ketua rombongan, sedang memberi
 taklimat semasa perjalanan dengan bas ke 
Padang Arafah pada 16.3.2011

Aktiviti berselawat pimpinan Uztazah Jawahir telah
 dilaksanakan pada 18.3.2011 di salah sebuah
bilik jemaah umrah di hotel di Mekah....


Uzt Jawahir juga memimpin rombongan jemaah umrahnya
membaca Surah Yasin Dan Doa Yasin pada 18.3.2011,
sebagai salah satu pengisian masa terluang sebelum 

solat berjemaah di Masjidil Haram Mekah...

Gambar di depan Pintu King Abd Aziz Masjidil Haram
pada 21.3.2011
Umrah 2013

Kami berlima iaitu saya, Kak Nah, Nor (sepupu), Cikgu Safiah dan kawannya Mariam menunaikan Umrah pada 28 Mac 2013 hingga 9 April 2013 dengan menggunakan khidmat TH Travels & Services Sdn Bhd Kota Baru Kelantan. 

Kami menaiki pesawat Mas Catar yang terbang ke Jeddah dari Kuala Lumpur pada 28.3.2013. Dari situ kami dibawa dengan bas ke Mekah dan bermulalah tawaf, sa'ei dan tahalul umrah pimpinan Mutawwif. Hari-hari berikutnya diisi dengan solat berjemaah ( termasuk Solat Jumaat ) dan ceramah ibadah seperti " Penilaian Semula Ibadah Umrah ", " Kelebihan Mekah " dan " Penyucian Jiwa " pada sebelah petang hari-hari tiada aktiviti lawatan lain. Di samping itu seperti biasa jemaah dibawa melawat Jabal Nur, Padang Arafah, Jabal Rahmah, Muzdalifah, Mina, Masjid Ja'ranah Miqat Umrah ke-2 pada 30.3.2013. Selain daripada itu kami melawat ladang unta, dan Masjid Hudaibiyah Miqat Umrah 3 pada 1.4.2013. 

Pada 4.42013 kami berangkat dengan bas ke Madinah selepas menunaikan Tawaf Wada'.  Di sana bermulalah acara ziarah dalam Masjid Nabawi pada 5.4.2013 dan solat Jumaat . Ziarah luar pula diadakan pada 7.4.2013 ke Masjid Quba', Qiblatain, Jabal Uhud, Medan Peperangan Khandak dan Pasar Kurma. Pada 8.4.2013 kami melakukan tawaf selamat tinggal dan bertolak dengan bas ke lapangan terbang Madinah untuk bertolak balik ke Kuala Lumpur dengan penerbangan Mas Catar juga.  Kami tiba di KLIA pada pagi 9.4.2013. Kami berehat di lapangan terbang tersebut sementara menunggu penerbangan petang balik ke Kuantan. 

Berikut ialah paparan beberapa gambar yang diambil pada 29.3.2013


Pelbagai aktiviti sebelum bersolat Jemaah di Masjidil Haram Mekah :
Antaranya membaca Al-Quran, membaca risalah, berdoa, solat sunat,
berbual, muhasabah diri ...


Santai seketika bermesra bersama jemaah daripada negara lain

Sedang menunggu waktu solat dan sempat posing bergambar...

Gadis sunti comel dari negara........yang dirakam gambarnya

Posing berdua sementara jemaah lain ada yang berzikir dan solat sunat.

Berfoto berempat di dewan solat Masjidil Haram tingkat satu
Gambar-gambar yang dipaparkan di bawah diambil pada 30.3.2013, semasa menunggu bas untuk acara lawatan luar sekitar Mekah seperti dinyatakan di atas.



Hotel Al Shohada tempat penginapan kami di Mekah

Kubah di Masjid Nabawi Madinah bercorak geometri
yang sungguh indah boleh dibuka dan ditutup
secara automatik.......

Ruang terbuka di Raudhah Masjid Nabawi Madinah

Merakamkan gambar kapal terbang MAS dari balai berlepas
 sementara menunggu penerbangan balik ke Kuantan..

Seperti lain-lain jemaah umrah kami mengucapkan syukur ke hadrat Illahi kerana telah mengizinkan kami menunaikan umrah sehingga selamat pergi dan balik. Kami berdoa semoga dosa-dosa kami diampunkan Allah swt dan umrah kami diterima dan mendapat umrah mabrur. Insya'Allah...  Amin....

Demikianlah pemaparan pengalaman umrah sekadar perkongsian untuk kita renung bersama ketika kita masing-masing mengerjakan ibadat berkenaan bagi yang telah berkesempatan  dan berkemampuan menunaikannya. Bagi yang belum diizin Allah untuk mengerjakan Haji mahu pun Umrah, diharap pemaparan ini dapat membantu menaikkan semangat untuk membuat persediaan sewajarnya apabila sampai waktu untuk ke sana ..... Insya'Allah.....Selamat Hari Raya Aidiladha 1434 Hijrah.......









No comments:

Post a Comment