Satu pagi pada 12.10.2013, saya teruja untuk merakamkan foto-foto kucing yang masih menghuni di rumah kami. Ada 7 ekor semuanya iaitu 3 ekor kucing dewasa dan 4 ekor anak kucing. Lihatlah gelagat mereka semasa dan selepas makan sebagai panduan memahami tingkahlaku haiwan yang kerap mempengaruhi kita untuk berfikir dan merenung kejadian makhluk Allah di alam maya ini.
Geymuk menunggu makanannya dihidangkan.di window sill. Ibu kucing makan sambil anak-anaknya menyusu. Seekor kucing lagi sabar memerhati gelagat mereka dan menunggu giliran untuk makan. |
Siibu minum air sementara anak-anak berebut-rebut untuk menyusu seperti terlihat dalam gambar di atas dan di bawah. Seekor kucing lagi ( jantan ) sedang makan. |
Ibu kucing menyusukan anak-anaknya |
Seekor anak kucing sedang minum air sementara Geymuk masih sabar memerhati dari atas window sill gelagat kucing-kucing lain |
Dua ekor kucing sedang makan biskut Whiskas ( mungkin suami isteri ? ) |
Masih makan dan minum........ |
Membersihkan bulu masing-masing selepas makan |
Geymuk dan aksinya di sisi pinggan biskut........... |
Dua gambar terakhir menunjukkan aksi kucing-kucing sedang berjemur dan membersihkan diri ( menjilat muka, kaki , bulu dengan lidah ) selepas makan |
Demikian sajalah ceritanya.......
Sebenarnya bilangan kucing di rumah ini telah bertambah dengan kedatangan seekor anak kucing berbulu kuning kecoklatan. Tetapi malangnya bilangannya kekal 7 akibat seekor anak kucing berbulu putih yang sakit telah meninggal dunia untuk selamanya........
Cuja, teringat saya lagu 'Aksi Kucing' nyanyian arwah Dato' Ahmad Daud. Tapi kucing dalam lagu tu 'miang -miang si kucing'. Kucing di rumah cuja nampak cool n steady je!
ReplyDeleteTk atas pujian tu. Mmng kucing2 tu tak nakal pun - sentiasa ada di sekitar rumah. Tapi satu hal - mereka sangka kita nak beri mereka makan setiap kali keluar rumah - blm begitu berdisiplin lagi tu. Walaupun begitu mereka menghiburkan jugalah. Mmng masa tentukan tajuk tu teringat ttg satu lagu tapi tak ingat senikatanya gitu...
ReplyDelete