HARI 3 ( 26.10.2013, Sabtu )
Gambar diambil pada 10.22 pagi selepas mengunjungi International Medical Department Of The Beijing Tibetan Hospital seperti bangunan di bawah.
Di sini kami diberi rawatan herbal foot massage percuma oleh pelatih hospital berkenaan dan disarankan memberi sumbangan ikhlas selepas menerima khidmat berkenaan. Kemudian didiagnos penyakit masing-masing serta rawatannya oleh Doktor Tibet dengan disarankan membeli senarai ubatan herba yang boleh mencecah ratusan USD, ribuan Yuan @ RM. Bagi yang mampu membelilah dan yang bijaksana menolak dengan berhemah. Yang sebaiknya berwaspada.
Selepas itu kami dibawa melawat Stadium Bird's Nest seperti kelihatan dalam gambar-gambar yang diambil mulai 11.03 ini.
Gambar diambil 11.06 menampakkan bayang-bayang menunjukkan matahari mulai mengeluarkan cahaya terang
Gambar diambil pada 11.19 menunjukkan bayang-bayang yang agak panjang
Gambar diambil 11.20 pagi. Masih terasa sejuknya musim autumn terutama apabila berada di kawasan terbuka seperti ini
Tourist Guide Hani @ Tung Tan Lee yang memegang bendera menundukkan mata menghadap matahari mulai menegak. Selepas itu kami dibawa ke kedai berhampiran stadium yang menjual barangan seperti beg pakaian, alas meja, alas kusyen, cermin hiasan, pelbagai cenderahati seperti rantai kunci, magnet peti sejuk dll. Rombongan berada di sana agak lama kerana masih sibuk membeli belah kelengkapan untuk dibawa pulang.
Selepas makan tengahari kami dibawa ke kedai yang menjual produk buatan daripada bambu ( buluh ) yang sesuai digunakan untuk keperluan diri, kenderaan, peralatan dapur dan rumah seperti lap tangan, alat mencuci cermin dan kenderaan, kertas lap dapur, tuala dsbnya. Gambar di sebelah menunjukkan personel kedai sedang memberi taklimat dan demonstrasi penggunaan produk jam 14.52 petang di bilik taklimat kedai tersebut. Hj Zul
Timbalan Pengerusi Koperasi Guru Melayu Pahang Timur Berhad dipilih menjadi model mencuba produknya.
Di dinding di belakang personel yang sedang memberi taklimatnya bergantungan produk hasilan campuran bahan bambu berkenaan. Selepas mendengar taklimat dan demonstrasi penggunaan produknya, seperti di lain-lain kedai sebelum ini kami pun meninjau ruang pameran produk dan membeli apa yang patut sebagai kenangan untuk dibawa pulang dan membuktikan kebenaran kata-katanya. Oleh kerana kebanyakan anggota rombongan sudah kehabisan bekalan Yuan, produk dibeli dibayar menggunakan Ringgit Malaysia.
Sebenarnya sepanjang perjalanan kami tidak menjumpai pun " Money Changer ". Ada masa terpaksa menggunakan jasa baik Hani untuk mendapatkan tukaran Yuan seperti berlaku pada hari sebelumnya.
Selepas membeli belah di kedai tersebut kami bergerak ke supermarket untuk meninjau jualan di sana pula. Sayang tidak mengambil gambar pun kerana kamera hampir lemah baterinya. Kemudian kami makan malam dan balik ke hotel. Di bilik hotel kami menunaikan Solat Jamak Ta'khir Isya' Maghrib berpandukan arak kiblat yang tersedia oleh pihak berkenaan, kerana lebih selesa selepas seharian berjalan. Kemudian kami mengemas beg masing-masing sebab keesokan pagi kami akan terus check out dan meneruskan lawatan sebelum terbang pulang pada malamnya. Selamat malam....
Thank you, Cuja. Very detailed write-up.
ReplyDeleteTq. For future's reference sake......Insya'Allah....
ReplyDelete