Foto ini menggambarkan aktiviti dalam bas ketika perjalanan menuju Lapangan Terbang Beijing pada 27.10.2013 selepas selesai makan malam dan solat jamak di Restoren Padang pada 20.09. Kelihatan Hani memberikan ucapan dan menyanyi bersama anggota rombongan sebagai hiburan mengisi masa terluang. Antara persembahan nyanyiannya ialah lagu " Rasa Sayang Hei, Geylang Si Paku Geylang, lagu China "
Uztaz Tan Ibrahim dengan aktiviti nyanyian nasyid, pantun, doa dan ucapan balas ditujukan kepada tour guide.
Ini pula keadaan semasa menunggu pemeriksaan bagasi di Lapangan Terbang Beijing mulai jam 20.58 selepas semua bagasi ditimbang dahulu bagi mempastikan tidak melebihi had berat 20 kg seorang. Jika terjadi demikian, kenalah menumpang kumpulan bagasi yang rendah timbangannya. Alhamdulillah semua bagasi anggota rombongan kami melepasi pemeriksaan mulai 1.00 pagi. Begitu juga dengan pemeriksaan Imigresen walaupun ada anggota yang diminta membuka tudung labuh, jaket dipakai, mengeluarkan payung dibawa dan sebagainya semasa pemeriksaan.
Dengan penerbangan Air Asia D7 317, kami terbang pulang jam 2.30 pagi pada 28.10.2013 dan tiba di LCCT Sepang lebih kurang jam 8.30 am. Alhamdulillah.
Selepas itu dengan bas East Coast Holidays kami bertolak balik ke Kuantan mulai jam 9.00 pagi. Dalam perjalanan balik kami singgah di R & R Temerloh untuk solat dan makan tengahari yang dibiayai oleh Puan Pengerusi Koperasi selaku ketua rombongan. Terima kasih. Kami tiba di rumah lebih kurang 4 petang dengan selamatnya. Alhamdulillah............Home Sweet Home......Yeh........
Lepas ni cerita part n gambar shopping. Macam dah 'beranak' bagasi je!
ReplyDeleteMana tak.. keluarlah beg kecil yg diletak dlm bagasi masa dtg dulu..beranak kecil je...
ReplyDeleteoh menjadi kebiasaan orang malaysia ke sana.. beg akan beranak pinak :D
ReplyDeletePertama kali ke sana nak juga ada tanda kenangan dari negara tersebut ya tak?.....Entah bila pula dpt berkunjung lagi.......
ReplyDelete
ReplyDeleteAssalamualaikum Tuan/Puan.
Saya mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini, semoga kebaikan hati Tuan/Puan untuk memberi izin iklan ini, menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya amiin….
Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :
KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency
Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.
Contact person : Amsyahril
Mobile : +6285263007445 ( WhatsApp )
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.