Saya bersyukur ke hadrat Allah swt kerana telah mengizinkan saya dan Kak Nah menyertai rombongan lawatan pelancongan kelolaan Koperasi Guru-Guru Melayu Pahang Timur Berhad yang diketuai oleh Hjh Rubiah bt Hj Sidin mulai 23 hingga 28 Oktober 2013 yang lalu. Kami berdua dengan 27 anggota lain termasuk sahabat karib Hjh Abidah dan Hjh Safiah mengikuti pakej pelancongan Al Quds Travel Sdn Bhd bertema " Beijing Muslim Tour 5D4N "
Rombongan kami bertolak dari pejabat koperasi di Jalan Darat Makbar Kuantan dengan bas
jam 9 pagi hari Rabu dan sampai di LCCT lebih kurang jam 3 petang. Selepas urusan pemeriksaan bagasi dan Imigresen mulai jam 4 petang kami terbang ke Beijing jam 7 malam dengan penerbangan Air Asia D7 316 dan tiba di Peking keesokan harinya jam 1.30 pagi.
Sebelum bertolak ke LCCT semasa menyemak hand luggage Kak Nah menyedari bahawa dia telah tertinggal jaket di rumah. Nasib baik masih sempat menelefon anaknya untuk menghantar jaket tersebut ke perhentian bas depan SEMSAS untuk dikutip semasa bas melalui jalan berkenaan. Terima kasih kepada pemandu bas yang bersedia bertolak ansur untuk mengikut laluan berkenaan. Jika tidak terpaksalah membeli jaket baru dan jika tidak sesuai kesejukanlah. Alhamdulillah Allah mengizinkan dan mempermudahkan semua urusan. Pengajarannya kita sentiasa mesti beringat dan membuat persiapan rapi sebelum berangkat ke mana sahaja. Sebenarnya ini kejadian pertama dan kebetulan berlaku ke atasnya. Insiden seperti tersebut kalau boleh memanglah kita hendak mengelakkan dan menjauhinya.
Antara anggota rombongan sewaktu tiba di LCCT Sepang dengan bagasi masing-masing |
Kedua beg tidak melebihi had berat ditentukan pihak agen pelancongan. Waspada mengelakkan denda. |
Bagasi kami berdua di atas troli. 1 beg & 1 hand luggage pemberian travelling agent. |
No comments:
Post a Comment