Apabila membaca blog blogger lain timbul inspirasi untuk menulis dengan lebih baik Sebenarnya kadang-kadang terasa juga idea untuk mencoretkan sesuatu kenangan itu melimpah ruah keluarnya kerana banyak posting yang ingin dikongsikan segera dengan semua rakan blogger. Oleh kerana kekangan waktu terpaksalah bersabar untuk menerbitkan posting berkenaan. Akibatnya ada posting yang tidak mengikut urutan tarikh berlakunya sebaliknya imbasan kembali atau disisipkan selepas beberapa posting. Namun apakan daya, itulah implikasi daripada " kenanganku "..........
Hari ini saya ingin membawa kenangan rakan blogger sekelian ke Legoland Johor Baru semula, bagi mengkesinambungkan cerita posting " Legoland menggamit pengunjung " yang telah diterbitkan pada 8.9.2013 lalu. Lihat sajalah apa yang ada melalui rakaman lensa kamera saya yang sempat diabadikan...
Bergambar kenangan bersama famili di bangku yang disediakan............. |
Seorang budak lelaki sedang memerhati sesuatu.. Di atas jejambat orang ramai sedang melihat sesuatu juga..... Apa ya?????Maaf tak ingat pula !!!!! |
Sudut aktiviti lasak dan mencabar ketahanan fizikal dan emosi dipaparkan di bawah .........
Dua gambar di atas menunjukkan railing roller coaster yang berpintal-pintal seperti tali. Ada coaster sedang bergerak...... |
Pergerakan roller coaster yang anak saudara & anak-anaknya naiki, yang tidak kurang mencabar daripada dua gambar yang di atas.... |
Bergambar di depan bangunan roller coaster pertama dinaiki |
Sementara menunggu anak cucu bermain roller coaster, kami berfoto dan berehat di bangku di sediakan.... |
Roller coaster sedang bergerak laju .....
Sudut kreatif lego dipamerkan berikutnya............
|
Di hadapan zirafah daripada kepingan lego |
Di depan lego dinosaur........ |
Gubahan lego yang menarik.... |
Antara gubahan kreatif .... |
Antara sudut yang menarik juga |
Boneka " anak perempuan dan ayah "berpakaian Melayu tradisional daripada kepingan lego........ |
Gubahan alat muzik daripada kepingan lego yang menawan.... |
Gubahan burung-burung dengan warna yang menarik seperti burung sebenar.......... |
Tertarik untuk melawat dan mencuba permainan lasak yang dirakamkan itu atau sekadar jalan-jalan sekeliling melihat gubahan lego yang menarik dan unik?Ada lagi tempat- rempat klasik yang boleh dilawati tetapi tidak dapat dijelaskan dengan terang tanpa foto yang tidak terakam pun...
.Lawatilah tempat - tempat menarik di negara kita... Sambil mengembara kita " explore dan discover " keindahan dan keunikannya. Tahun Melawat Malaysia satu program yang baik untuk kita menerapkan semangat " Cintailah Negara Kita Malaysia ".
Sekian untuk kali ini. Jumpa lagi.......
Komen anda selepas membaca posting ini amat dihargai. Terima kasih daun keladi, kalau sudi bacalah lagi......
Wah promosi nampak.Saya belum ke sana. Nak juga lihat kepakaran dan kreativiti hasil gubahan logo. Terima kasih kerana perkongsian.
ReplyDeleteTpt menarik mmg patut dipromosikan ..kan!..kan! Kita sekadar " sight seeing " jelah..klu mampu elok cuba permainan yg tak begitu mencabar spti permainan air....
ReplyDeleteKata nak melihat pusat pelancongan tempatan pula. Bila lagi?
Ada rezeki sampai juga.
Delete