Saturday, 23 February 2013

KENANGANKU

Mukaddimah :
Saya & Hjh Noralenna semasa di satu persidangan pengurusan sekolah


Sebenarnya sukar juga hendak mula menulis sebab banyak kenangan yang terlintas di fikiran terutama yang berkaitan dengan pengalaman hidup, pendidikan, kerjaya, pergaulan, pandangan dsbnya. Walau bagaimana pun saya akan berusaha untuk melakarkan dan menukilkan sesuatu. Diharap sesiapa yang membaca tulisan ini akan memberi respon yang positif dalam bentuk komen-komen bagi memperbaiki tulisan ini.

Dorongan untuk menulis di blog ini datang daripada kawan baik Hjh Noralena Abas ( pernah sebagai rakan sekerja ) yang giat menulis di blog Sekilau1@blogspot.com. Saya teruja juga untuk menulis selepas membaca tulisan di blognya yang menarik perhatian dan mencetuskan idea untuk menulis bagi berkongsi pengalaman dan kenangan dengan rakan-rakan blogger yang lain. Insya'Allah. Beliau berjanji akan membantu saya menulis blog apabila berkunjung ke rumah saya sekembalinya ke Kuantan nanti. Diharap tulisan ini akan menjadi peninggalan sejarah & kenangan abadi bagi anak cucu nanti.

Sebenarnya kerap juga kami berhubungan melalui telefon (sms) dan sekarang selepas ada akaun e-mail dan selepas ini melalui blog ini pula (diharapkan). Beliau bukan sekadar kawan saya saja tetapi juga kawan kakak dan ahli keluarga  (kami anggap beliau sebagai saudara angkat). Kebetulan balu sepupu saya, Faridah Khazi adalah staf masa beliau jadi Pengetua di SMK Tg Afzan dulu yg juga rapat dengan beliau.Dengan menyebut nama-nama mereka ini sudah tergambarlah mereka di sekitar saya kan! Ramai lagi nama rakan-rakan/saudara mara yang mungkin akan disebut dalam cerita kenangan saya di blog ini. Terlebih dahulu minta maaf jika mengganggu tetapi anggap sajalah ia sebagai hiburan minda.

Faridah di kanan sekali semasa lawatan ke Makmal
Al-Quran Masjid Sultan Ahmad 1 Kuantan
 
Faridah semasa majlis pertunangan
puteri sulongnya yg dikasihi
Faridah semasa aktiviti memasak bubur di
Masjid Sultan Ahmad 1 Kuantan















Oklah setakat ini sajalah yang boleh saya tulis dahulu. Jika dapat ilham lain nanti saya akan tulis lagi. Insya'Allah.....