Monday 23 September 2013

TERBANG KITA PULANG......

Pada 20.8.2013 percutian kami di negara seberang berakhir. Kami pun berangkat ke Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Sharif Kassim Pekanbaru untuk penerbangan balik dengan dihantar oleh Kak Nurkaya dan keluarganya menaiki 2 buah kenderaan dipandu oleh Wahyu dan Arif. Terima kasih diucapkan kepada mereka. Kami menaiki penerbangan Air Asia AK1343 jam 11.05 am ( waktu Indonesia ) dan selamat sampai ke LCCT  jam 12.55 th ( waktu Malaysia ). 

Bagasi siap di safe wrap bersedia untuk check in...

Semasa penerbangan pergi beg atas sekali
dalam bagasi. Dalam perjalanan balik ia  hand 
luggage sebab timbangan bagasi melebihi had

Suasana di ruang check in bagasi di LTASSK

Kaunter check in bagasi....
Petugas membantu memasukkan bagasi


Gambaran di ruang menunggu
 balai berlepas LTASSK
Penerbangan balik juga amat kami syukuri kerana lancar tanpa apa-apa masalah. Alhamdulillah! Terima kasih kepada semua petugas berkenaan yang telah memberikan khidmat terbaik. Selepas mendarat dan selesai segala urusan Kastam dan Imigresen, kami bersiap menunaikan solat jamak - qasar Zohor Asar dan makan tengahari. Kemudian dengan menggunakan khidmat teksi lapangan terbang kami ke Stesen Bas Jalan Pekeliling untuk menaiki bas Bulan Restu balik ke Kuantan pada jam 6.30 petang dan selamat sampai ke rumah kira-kira jam 10 malam. Alhamdulillah!!!

Sekian buat kali ini. Jumpa lagi dengan lain-lain cerita. Insya'Allah!!!!!

SEKOLAH DASAR DI KELURAHAN PULAU.....

Sebelum bertolak ke Pekanbaru pada 19.8.2013, kami berkesempatan menyaksikan upacara perhimpunan pagi di sekolah yang terletak di tepi kawasan rumah Kak Nurkaya. Pagi itu merupakan hari pertama sesi persekolahan  yang bermula pada pertengahan tahun. Kompleks sekolah yang setingkat dan tidak berpagar ini menempatkan bilangan pelajar  yang sedikit dari sekitar kampung, seramai lebih kurang 100 - 150 orang. Sekolah pun terletak berhampiran rumah-rumah kampung dan masjid. Satu yang unik di Kelurahan Pulau terdapat banyak sekolah kecil yang berhampiran bagi menampung anak-anak masyarakat setempat.. 

Upacara pelajar menaikkan bendera.
Berdiri di depan kepala sekolah ( guru besar )

Perhimpunan pelajar. Yang berselempang ketua  pelajar.
Pakaian seragam pelajar baju putih,
seluar coklat (L), skirt coklat labuh (P)
dan semuanya bertopi merah putih
Di sekolah itu dipamerkan  papan maklumat yang menarik perhatian yang menimbulkan nostalgia semasa bertugas di sekolah dahulu.


Papan Info Rukun Islam dan Rukun Iman
di dinding sekolah

Blok bangunan kelas

Kelihatan barisan guru-guru sedang berdiri bersama pelajar. 
DI belakang kelihatan sebahagian ibu bapa pelajar 
                    sedang menunggu urusan pendaftaran anak-anak                      

Papan maklumat yang menarik perhatian

Papan Prasetia Pelajar ( Ikrar Pelajar )

Kata-kata  untuk renungan semua......
Itu sajalah secebis gambaran sekolah di Kelurahan Pulau yang sempat diperhatikan oleh seorang awam seperti saya. Ia bukanlah gambaran keseluruhan sekolah di situ. Di ruangan ini jika guru besarnya @ mana-mana gurunya @ saudara mara di sana melayari blog ini, saya ingin merakamkan ucapan berbanyak terima kasih kerana sudi menjelaskan tentang persekolahan di sana dan meminta izin gambar-gambar sekolah disiarkan untuk tatapan sesiapa saja pembaca blog sekelian. Terima kasih...

MENGUNJUNGI SANAK SAUDARA DI NEGARA SEBERANG.......

Bersantai bersama keluarga Kak Nurkaya pada 14.8.2013 malam sambil menikmati juadah Hari Raya Aidilfitri seperti kelihatan dalam gambar-gambar berikut, Di rumah inilah kami menginap selama 5 malam semasa berkunjung ke negara seberang itu.



Berikut ialah gambaran sambutan Hari Raya Aidilfitri di Masjid Al Falah Bangkinang pada pagi15.8.2013. Foto-foto yang dipaparkan ialah sambungan cerita posting pada 14.9.2013 bertajuk Beraya Di Kacamatan Bangkinang...

Hidangan Keluarga Kak Nurkaya
Susunatur hidangan jamuan di dalam masjid

Mimbar Masjid Al-Falah dan jamnya...

Banner sambutan Hari Raya Aidilfitri di Masjid Al-Falah 


Berikut ialah gambar-gambar suasana sambutan Hari  Raya di rumah Kak Nurkaya di Bangkinang pada petang 15.8.2013, yang juga berkaitan dengan posting Beraya Di Kacamatan Bangkinang. 


Berfoto bersama saudara mara 
Pada 16.8.2013, kami dijemput mengunjungi rumah Juni anak saudara di Pekan Bangkinang dan mengambil peluang bergambar kenangan di sudut-sudut tertentu dalam rumahnya seperti berikut :






Selepas itu ada beberapa lagi rumah saudara mara yang dikunjungi tetapi oleh sebab sesuatu hal yang tidak dapat dielakkan, tidak terakam gambarnya. Kami ke rumah abang Samah pada petang 16.8.2013 di pekan Kuok dan sebelah malam dijamu makan oleh abang sepupu Mat Som di kelurahan Pulau. Oleh kerana keesokannya kami bercadang ke Bt Tinggi kami tidak lama beramah mesra dengan mereka. Selepas tiba di rumah Kak Nurkaya kami terus berehat dan bangun awal keesokan pagi untuk bertolak ke Bukit Tinggi, seperti penceritaan post terdahulu yang terbit pada 15.9.2013.

Seperti adatnya orang kita apabila balik ada saja buah tangan yang diberikan oleh saudara-saudara di sana. Jadi pada 18.8.2013 malam sebelum berangkat ke Pekanbaru pada keesokannya sibuklah kami membungkus pemberian mereka untuk dibawa pulang ke Malaysia. Lihat sajalah episod pembungkusan hadiah berupa lada yang bersaiz panjang, ikan salai dan keropok binjai yang memang terkenal di Sumatera dll.

Membungkus lada merah....

Kotak yang siap diikat oleh Edy 
 yang sedang membungkus lada pula 

Juni dan suaminya Edy

Bergambar selepas selesai tugas membungkus pemberian

Berfoto depan bungkusan hadiah keluarga

Rizal & Wawan, cucu saudara. Wawan
turut serta membeli belah ke Bukit Tinggi
Pada 11.00 pagi19.8.2013, kami bertolak ke Pekan Baru dengan kenderaan Edy dan Arif dan bermalam di rumah Wahyu, sebelum terbang pulang ke Malaysia pada 20.8.2013.

Hidangan makan tengahari di rumah Wahyu.
Malamnya dijamu makan oleh mertua Rezky,
seorang lagi anak saudara di Pekan Baru.


Berikut ialah beberapa gambaran di beberapa sudut rumah Wahyu.




Berfoto bersama Wahyu kanan dan isterinya Yenny di kiri 

Yenny sedang menguruskan anak-anak
 ke sekolah pada pagi 20.8.2013.
Sepasang kembar bersekolah dasar sementara
 yang berbaju biru lembut bersekolah tadika

Menghantar anak ke sekolah dengan motor.
Satu pemandangan yang biasa juga dilihat
di kawasan kampung & Felda di negara kita

Foto Wahyu berpakaian rasmi kerjayanya...

Foto ibu Yenny ( duduk ) ibu mertua Wahyu
 dan pembantu rumah mereka

Salah satu pusat membeli belah pakaian dan
kelengkapan rumah di Bandaraya Pekanbaru
yang sempat dikunjungi pada petang 19.8.2013.
Seperti biasa terbeli juga sesuatu cenderahati kenangan...











Sunday 22 September 2013

TARIKAN LAIN KE HCMC

Saya paparkan prasarana Hotel Thanh Thu untuk makluman dan pilihan rakan-rakan yang melawat ke sana secara persendirian, jika berkenan. Gambar dirakam pada 24. 6. 2013

Bath Tub di bilik mandi

TV yang tidak ditonton kerana tiada subtitle dan
kesuntukan waktu 

Lampu dinding dan lukisan menghiasi
dinding bilik hotel yang dipasang wall paper
Hiasan lukisan dan kerusi di lobi hotel

Sedang berehat di lobi hotel

Lampu Siling di Lobi Hotel

Kaunter hotel

Petugas wanita Hotel Thanh Tu
berpakaian tradisional Vietnam di 
samping petugas lelaki berpakaian
 seragam hitam putih

Kak Nah bersama 2 petugas hotel ( kiri ) yang 
berpakaian tradisional Vietnam dan moden
dan Pn Hawa jurupandu ( kanan ) pada 25.6.2013

Bergambar bersama Pn Hawa (duduk)
yang juga anak angkat Kak Saba
(berdiri di sebelahnya )

Pemandangan pasar malam di jalanraya
 depan hotel dan jalan depan Pasar Ben Thanh
dihujung belakang sana pada 24.6.2013

Seperkara lagi di barisan kedai belakang barisan meja jualan itulah terletaknya restoran Islam seperti Basiroh dan Kedai Rakyat 1 Malaysia. Kedai - kedai sepanjang jalan ini ada menjual pakaian Muslimah seperti Kedai Hjh Basiroh dll.
Dalam perjalanan melawat Handicapped Handicrafts Center dan Cu Chi Underground Complex pada 26 Jun 2013, dapat diperhatikan beberapa prasarana yang menarik pandangan  seperti berikut, yang dirakam dengan kamera semasa bas sedang bergerak.

Usahaniaga di tepi jalanraya

Tanaman hiasan di pembahagi jalan 
Jualan / dobi pakaian di tepi jalan ?

Kerbau pembajak sawah sedang meragut rumput.
Di belakang deretan tanaman sayur......
Pengairan sawah.......

Sawah padi,,,,,

Stesen minyak " Saigon Petrol "
Kebun getah bersih dan teratur
Sekian sahajalah penceritaan dan pemaparan saya mengenai lawatan ke Ho Chi Minh City pada 24 hingga 27 Jun 2013 yang lalu. Satu lawatan yang berkesan dan menggembirakan walaupun agak memenatkan. Alhamdulillah ! Selamat pengembaraan sambil membeli belah buat pertama kali di sana......