Monday 23 September 2013

SEKOLAH DASAR DI KELURAHAN PULAU.....

Sebelum bertolak ke Pekanbaru pada 19.8.2013, kami berkesempatan menyaksikan upacara perhimpunan pagi di sekolah yang terletak di tepi kawasan rumah Kak Nurkaya. Pagi itu merupakan hari pertama sesi persekolahan  yang bermula pada pertengahan tahun. Kompleks sekolah yang setingkat dan tidak berpagar ini menempatkan bilangan pelajar  yang sedikit dari sekitar kampung, seramai lebih kurang 100 - 150 orang. Sekolah pun terletak berhampiran rumah-rumah kampung dan masjid. Satu yang unik di Kelurahan Pulau terdapat banyak sekolah kecil yang berhampiran bagi menampung anak-anak masyarakat setempat.. 

Upacara pelajar menaikkan bendera.
Berdiri di depan kepala sekolah ( guru besar )

Perhimpunan pelajar. Yang berselempang ketua  pelajar.
Pakaian seragam pelajar baju putih,
seluar coklat (L), skirt coklat labuh (P)
dan semuanya bertopi merah putih
Di sekolah itu dipamerkan  papan maklumat yang menarik perhatian yang menimbulkan nostalgia semasa bertugas di sekolah dahulu.


Papan Info Rukun Islam dan Rukun Iman
di dinding sekolah

Blok bangunan kelas

Kelihatan barisan guru-guru sedang berdiri bersama pelajar. 
DI belakang kelihatan sebahagian ibu bapa pelajar 
                    sedang menunggu urusan pendaftaran anak-anak                      

Papan maklumat yang menarik perhatian

Papan Prasetia Pelajar ( Ikrar Pelajar )

Kata-kata  untuk renungan semua......
Itu sajalah secebis gambaran sekolah di Kelurahan Pulau yang sempat diperhatikan oleh seorang awam seperti saya. Ia bukanlah gambaran keseluruhan sekolah di situ. Di ruangan ini jika guru besarnya @ mana-mana gurunya @ saudara mara di sana melayari blog ini, saya ingin merakamkan ucapan berbanyak terima kasih kerana sudi menjelaskan tentang persekolahan di sana dan meminta izin gambar-gambar sekolah disiarkan untuk tatapan sesiapa saja pembaca blog sekelian. Terima kasih...

3 comments:

  1. Interesting.Bokeh buat kajian bandingan antara SD di sana dengan SR di sini. Kalau ketua sekolah dipanggil 'kepala sekolah' apa pula panggilan ketua bagi kumpulan 'bapak-bapak'? Cuba jawab, cuja!

    ReplyDelete
  2. Ya ide yg menarik tetapi memerlukan byk penyediaan kertaskerja dan surat menyurat. Maklum merentas sempadan negara. Kadang2 terasa macam sekolah2 tertentu di negara kita je dek prasarana serupa. Kena jumpa " Bapak Pengarah Kantor Pendidikannyalah " dll. Anggap betullah jawatannya tu ya sbb x berkesempatan bertanya pada anak2 saudara tu yg majoriti masih bertugas sbg Ibu / Bapak Guru. Pesara guru pun ada sepasang....

    ReplyDelete
  3. Di sana guru bersara disebut guru pensyion.....

    ReplyDelete