Wednesday 18 September 2013

SAMBUT MENANTU DI BANGKINANG......

Pada hari Ahad 18 Ogos 2013, kami menerima jempunan untuk menghadiri majlis sambutan perkahwinan anak lelaki Tini ( anak saudara ) & Amri yang berasal dari Bangkinang. Kedua mereka telah berhijrah ke Malaysia dan menjadi warganegara Malaysia yang sekarang menetap di Gombak, Selangor.

Saya ingin kongsikan gambaran episod majlis berkenaan seperti berikut. 

Saya mulakan dengan pelamin tempat persandingan pengantin yang bercirikan tradisi masyarakat Melayu Sumatera dengan tabir bergantungan di dinding dan rambu-rambu ( Kelingkan? ) menghiasi pelamin, satu ciri khusus masyarakat di sana. 

Tabir di dinding pelamin...

Tabir sepanjang dinding ruang pelamin pengantin
Kelihatan kumpulan lelaki sedang bermarhaban.....

Kumpulan marhaban sedang berzanji dan
berdoa selamat di hadapan pelamin pengantin baru

Foto di bawah menjelaskan corak pakaian pasangan pengantin baru. Yang lelaki berpakaian Melayu dan bertanjak kuning. Sementara pengantin perempuan juga berpakaian serba kuning dihias indah dengan juraian manik-manik, sulaman, hiasan dada dan mahkota perlambangan khusus masyarakat di sana .

Pengantin baru di pelamin.

Hiasan kiri kanan pelamin

Bahagian atas pelamin dihias dengan gantungan 
gubahan diperbuat daripada kristal dan kain bertekad

Di pintu masuk balai jamuan disediakan kotak hadiah wang sumbangan ikhlas tetamu jemputan berbentuk rumah lentik Minang berwarna-warni dan di atas meja penyambut tetamu diletakkan buku catatan ucap selamat daripada para tetamu yang hadir seperti berikut :


Tabung sumbangan ikhlas .......

Buku catatan hadirin....
Balai jamuan pun dihias indah mengikut citarasa keluarga pengantin:


Hiasan lelangit balai jamuan daripada simpulan kain.....

Pemandangan di balai jamuan yang dikepung dengan tabir kain.
Kelihatan berdiri Ar dan duduk kanan Idar
bersama Kak Nah....

Berfoto bersama Iin dan suami berlatarbelakangkan 
ruang pelamin pengantin baru
Jamuan makanan pula dihidangkan secara bufet mengandungi pelbagai aneka masakan sama seperti majlis perkahwinan masyarakat Melayu Malaysia. Ada nasi putih, nasi minyak, masakan ayam, gulai ikan, keropok binjai, bakso, sate ayam kampung, minuman air sirap, cendol, kuih muih  dll ( antara yang diingat! ), untuk pilihan tetamu undangan.
Meja hidangan makanan secara bufet......

Susunan gelas plastik air minuman ( mineral ) di atas meja.
Satu alternatif selain minuman air sirap & air jeruk ( oren ).
Satu kelainan dari majlis-majlis perkahwinan biasa dihadiri....

Tetamu sedang menyenduk makanan di meja bufet...

Antara tetamu jemputan yang hadir sedang menjamu selera

Saudara mara sedang berehat selepas menikmati
hidangan sambil  menyaksikan majlis persandingan
pengantin baru...

Selain daripada marhaban di awal upacara persandingan, mempelai dan keluarga serta tetamu dihiburkan dengan nyanyian dendangan kaum keluarga, saudara mara, sahabat handai dan tetamu undangan, yang mengalunkan lagu-lagu yang popular di sana, bertemakan kehidupan berkeluarga dsbnya.


 Nyanyian Wahyu & isteri di pentas dibina khas
bagi meraikan kedua mempelai & tetamu
Di luar balai jamuan, terdapat papan tanda ucap selamat Pengantin Baru tempahan keluarga pengantin tetapi biasanya sumbangan saudara mara, rakan karib dan lain-lain tetamu yang dihias dengan kertas berbunga pelbagai warna, seperti di bawah.

Kakak berfoto di sisi Papan Tanda
 Ucap Selamat Pengantin Baru......
Sebenarnya dengan ini sudah dua kali saya menghadiri majlis perkahwinan di negara seberang itu. Yang pertama dulu majlis perkahwinan cucu perempuan Kak Nurkaya di Kelurahan Pulau, Bangkinang ( Di majlis itu kedua-dua pihak masih mengamalkan berbalas-balas pantun semasa pengantin lelaki hadir untuk upacara persandingan di rumah pengantin perempuan). Kedua-dua majlis memang membuka minda tentang adat budaya Melayu negara berkenaan yang menjadi kenangan terindah. Ia juga mencetus ide untuk merenungi persamaan adat resam dan budaya perkahwinan masyarakat Melayu dari negara serumpun Indonesia-Malaysia itu. 

Kami berfoto bersama pengantin baru
" Selamat Pengantin Baru semoga berbahagia dan berkekalan sepanjang hayat "

Amiin! Ya Rabal Alamin!


4 comments:

  1. Ameen. Hebat majlis perkahwinannya. Warna warni dan meriah.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  3. Iye perbelanjaan pun besar juga. Alhamdulillah! Seperkara lagi papan ucap selamat tu dihias dengan kuntuman bunga hidup / bunga tahi ayam contohnya yg dipotong pendek2 ....kata Kak Nah. Silap.. saya kata kertas bunga.....ok..

    ReplyDelete
  4. Satu komen lagi saya delete sbb serupa. Ok

    ReplyDelete