Monday 23 September 2013

TERBANG KITA PULANG......

Pada 20.8.2013 percutian kami di negara seberang berakhir. Kami pun berangkat ke Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Sharif Kassim Pekanbaru untuk penerbangan balik dengan dihantar oleh Kak Nurkaya dan keluarganya menaiki 2 buah kenderaan dipandu oleh Wahyu dan Arif. Terima kasih diucapkan kepada mereka. Kami menaiki penerbangan Air Asia AK1343 jam 11.05 am ( waktu Indonesia ) dan selamat sampai ke LCCT  jam 12.55 th ( waktu Malaysia ). 

Bagasi siap di safe wrap bersedia untuk check in...

Semasa penerbangan pergi beg atas sekali
dalam bagasi. Dalam perjalanan balik ia  hand 
luggage sebab timbangan bagasi melebihi had

Suasana di ruang check in bagasi di LTASSK

Kaunter check in bagasi....
Petugas membantu memasukkan bagasi


Gambaran di ruang menunggu
 balai berlepas LTASSK
Penerbangan balik juga amat kami syukuri kerana lancar tanpa apa-apa masalah. Alhamdulillah! Terima kasih kepada semua petugas berkenaan yang telah memberikan khidmat terbaik. Selepas mendarat dan selesai segala urusan Kastam dan Imigresen, kami bersiap menunaikan solat jamak - qasar Zohor Asar dan makan tengahari. Kemudian dengan menggunakan khidmat teksi lapangan terbang kami ke Stesen Bas Jalan Pekeliling untuk menaiki bas Bulan Restu balik ke Kuantan pada jam 6.30 petang dan selamat sampai ke rumah kira-kira jam 10 malam. Alhamdulillah!!!

Sekian buat kali ini. Jumpa lagi dengan lain-lain cerita. Insya'Allah!!!!!

2 comments:

  1. Jauh perjalanaan dengan bermacam-macam kenderaan!

    ReplyDelete
  2. Begitulah apabila mengembara jauh dari tempat kita, kenalah menaiki pelbagai kenderaan...Jauh perjalanan luas pemandangan.dan pengalaman......

    ReplyDelete