Monday 23 September 2013

MENGUNJUNGI SANAK SAUDARA DI NEGARA SEBERANG.......

Bersantai bersama keluarga Kak Nurkaya pada 14.8.2013 malam sambil menikmati juadah Hari Raya Aidilfitri seperti kelihatan dalam gambar-gambar berikut, Di rumah inilah kami menginap selama 5 malam semasa berkunjung ke negara seberang itu.



Berikut ialah gambaran sambutan Hari Raya Aidilfitri di Masjid Al Falah Bangkinang pada pagi15.8.2013. Foto-foto yang dipaparkan ialah sambungan cerita posting pada 14.9.2013 bertajuk Beraya Di Kacamatan Bangkinang...

Hidangan Keluarga Kak Nurkaya
Susunatur hidangan jamuan di dalam masjid

Mimbar Masjid Al-Falah dan jamnya...

Banner sambutan Hari Raya Aidilfitri di Masjid Al-Falah 


Berikut ialah gambar-gambar suasana sambutan Hari  Raya di rumah Kak Nurkaya di Bangkinang pada petang 15.8.2013, yang juga berkaitan dengan posting Beraya Di Kacamatan Bangkinang. 


Berfoto bersama saudara mara 
Pada 16.8.2013, kami dijemput mengunjungi rumah Juni anak saudara di Pekan Bangkinang dan mengambil peluang bergambar kenangan di sudut-sudut tertentu dalam rumahnya seperti berikut :






Selepas itu ada beberapa lagi rumah saudara mara yang dikunjungi tetapi oleh sebab sesuatu hal yang tidak dapat dielakkan, tidak terakam gambarnya. Kami ke rumah abang Samah pada petang 16.8.2013 di pekan Kuok dan sebelah malam dijamu makan oleh abang sepupu Mat Som di kelurahan Pulau. Oleh kerana keesokannya kami bercadang ke Bt Tinggi kami tidak lama beramah mesra dengan mereka. Selepas tiba di rumah Kak Nurkaya kami terus berehat dan bangun awal keesokan pagi untuk bertolak ke Bukit Tinggi, seperti penceritaan post terdahulu yang terbit pada 15.9.2013.

Seperti adatnya orang kita apabila balik ada saja buah tangan yang diberikan oleh saudara-saudara di sana. Jadi pada 18.8.2013 malam sebelum berangkat ke Pekanbaru pada keesokannya sibuklah kami membungkus pemberian mereka untuk dibawa pulang ke Malaysia. Lihat sajalah episod pembungkusan hadiah berupa lada yang bersaiz panjang, ikan salai dan keropok binjai yang memang terkenal di Sumatera dll.

Membungkus lada merah....

Kotak yang siap diikat oleh Edy 
 yang sedang membungkus lada pula 

Juni dan suaminya Edy

Bergambar selepas selesai tugas membungkus pemberian

Berfoto depan bungkusan hadiah keluarga

Rizal & Wawan, cucu saudara. Wawan
turut serta membeli belah ke Bukit Tinggi
Pada 11.00 pagi19.8.2013, kami bertolak ke Pekan Baru dengan kenderaan Edy dan Arif dan bermalam di rumah Wahyu, sebelum terbang pulang ke Malaysia pada 20.8.2013.

Hidangan makan tengahari di rumah Wahyu.
Malamnya dijamu makan oleh mertua Rezky,
seorang lagi anak saudara di Pekan Baru.


Berikut ialah beberapa gambaran di beberapa sudut rumah Wahyu.




Berfoto bersama Wahyu kanan dan isterinya Yenny di kiri 

Yenny sedang menguruskan anak-anak
 ke sekolah pada pagi 20.8.2013.
Sepasang kembar bersekolah dasar sementara
 yang berbaju biru lembut bersekolah tadika

Menghantar anak ke sekolah dengan motor.
Satu pemandangan yang biasa juga dilihat
di kawasan kampung & Felda di negara kita

Foto Wahyu berpakaian rasmi kerjayanya...

Foto ibu Yenny ( duduk ) ibu mertua Wahyu
 dan pembantu rumah mereka

Salah satu pusat membeli belah pakaian dan
kelengkapan rumah di Bandaraya Pekanbaru
yang sempat dikunjungi pada petang 19.8.2013.
Seperti biasa terbeli juga sesuatu cenderahati kenangan...











3 comments:

  1. Cuja. Mereka ada tidak internet? Kalau ada, elok benar mereka layari blog cuja. Banyak pengkisahan menarik you n Nah di sana.

    ReplyDelete
  2. Yg di Pekanbaru tu ada bagi alamat facebook tapi belum jumpa. Alamat blog pun ada I bagi. Harap mereka layarilah. Tentu ada internet kan!

    ReplyDelete
  3. Hjh Nora! Sms cucu di Pekanbaru hari ni, dia kata dah layari blog saya esp. kenangan masa di sana. Tak pasti di Bodi Pulau boleh access internet, klu ada senanglah bila ke sana lagi nanti......

    ReplyDelete