Sunday 19 May 2013

SEHARI DI BRUNEI DARUSSALAM.....12.10.2010.


Pada 10 Oktober 2010 saya & kakak berkesempatan menyertai rombongan lawatan ke Brunei Darussalam & Sarawak anjuran Persatuan Bekas Pendidik Daerah Kuantan. Kami bertolak jam 10 malam dengan bas dari Kuantan ke LCCT Kuala Lumpur bagi menaiki kapalterbang Air Asia pada 11.10.2010 jam 7.30 pagi ke bandar Miri Sarawak. Di bandar ini kami menginap di Imperial Hotel kerana lebih hampir dengan negara Brunei yang dikunjungi keesokan harinya pada 12 Oktober 2010. Kami dibawa ke sana menaiki mini bas & van di awal pagi dan sampai semula ke Miri pada waktu malam. Pada 13 Oktober 2010 kami menaiki pesawat ke Kuching dan meneruskan lawatan di sana. Kami terbang balik ke Semenanjung Malaysia pada 14 Oktober 2010 dan tiba jam 11 malam. Malam itu juga dengan menaiki bas kami bertolak balik ke Kuantan dan sampai pada subuh pagi 15.10.2010.

Berikut ialah paparan beberapa gambaran semasa lawatan ke negara Brunei Darussalam itu.


Gambar di Imperial Hotel sebelum bertolak ke Brunei :
Dalam foto saya, kak Nah, Cikgu Safiah & Cikgu Siti. Esah.


Jentera Penggerudi Minyak Di Darat
Gambar membelakang cahaya agak gelap
Pemandangan luar hotel dari dalam
Gambaran di antara tempat menarik di lobi hotel.....
Bergambar kenangan dengan ahli rombongan.
Antaranya Datin Sinariah & suami ( 3 dari kiri )
 Kak Siti Esah ( kanan sekali ),
En Abdullah bekas rakan sekerja, ( 4 dari kanan ) ,
En. Edi  ECH Travel ( 2 dari kiri )
Air pancut di depan hotel
Foto beramai di depan hotel....
     
Ukiran menarik meja kaunter.di luar hotel

Foto-foto nombor  4 - 14 adalah gambaran beberapa tempat menarik di salah sebuah hotel terkemuka di Brunei 

Pemandangan jalanraya di tengah bandar Brunei yang
bersih dan tenteram

Gambar bahtera di National Museum & Royal Regalia Brunei

Bangunan Museum dari pandangan luar

Gambaran di rumah Melayu Brunei milik
kawan Pn Hjh Ramlah Mohamad
( Pn Ramlah di barisan depan bertudung oren.
Kawannya berbaju & bertudung  biru ) 

Berikut ialah gambaran semasa lawatan dengan bot ke Kampung Air Brunei dengan paparan foto pemandangan rumah-rumah di kampung berkenaan dan bangunan di tebingnya.

Pemandangan Kpg Air dari Jeti Boat Ride
Saya & kakak sebelum menaiki bot
Saya & kakak atas bot berpakaian jaket keselamatan
Gambar  sekolah ( kalau tak silap )
Bangunan di seberang Kpg Air.
Masjid Kpg Air.
Bangunan di daratan dilihat dari atas bot.
Bangunan di Kpg Air


Masjid Berkubahkan Emas

Gambar Pintu Masuk Ke Istana Raja Brunei " Nurul Iman "
Lawatan sehari ini meninggalkan kenangan yang terindah dan sukar untuk dilupakan.




Friday 17 May 2013

KENANGAN DI JAKARTA - KOTA BANDUNG APRIL 2012........

Jadual lawatan :

28 April 2012 ( Sabtu ) 9.50 am : Dengan menaiki pesawat Air Asia QZ7691, kami berlapan orang berlepas ke Jakarta. Di sana kami menginap di Hotel Gran Alia. 
29 April 2012 ( Ahad ) :  Kami bertolak ke Bandung dengan menaiki van dan menginap di Hotel Cemerlang selama 2 malam. 
1 Mei 2012 ( Selasa ) 2.50 pm : Kami berangkat pulang ke Kuala Lumpur dengan pesawat Air Asia AK1385. Kami tiba lebih kurang 6.00 pm.

Tujuan lawatan : " Shopping sambil jalan - jalan "

Di Jakarta kami berkesempatan melawat tempat-tempat berikut  
  • Tanah Abang
  • ITC Mangga Dua
  • Lawatan sepintas lalu ke MONAS 
Di Bandung pula kami berpeluang ke tempat-tempat berikut ::
  • Tangkuban Perahu
  • Rumah Mode
  • Pasar Baru
  • Batik Center Heritage
  • Summit Factory Outlet
Anggota rombongan : Saya, kakak, Kak Saba & 5 ahli keluarga Gi ( Fauziah ) -  ketua rombongan.

Selepas setahun baru kini saya berpeluang untuk merakamkan kenangan lawatan berkenaan seperti gambaran dalam beberapa foto berikut. Sebelum ini foto-foto tersebut hanya tersimpan dalam album gambar, komputer dan pen drive dengan harapan suatu ketika nanti ia dapat digunakan seperti ini untuk kenangan bersama rakan dan keluarga di masa depan. 

Berikut pemandangan di bilik Hotel.Grand Alia.Jakarta


                                     Jam di lobi hotel.yang boleh dilihat dari 4 penjuru


                                       
Bergambar bersama ketua rombongan Fauziah / Gi ( kanan )

Masa makan....Kak Saba & Kak Nah..

Saya di depan kaunter hotel

Kak Nah di luar hotel
Antara tempat membeli belah yang sempat dirakam........


                               Di bawah ialah pemandangan bahagian dalam Hotel 
                               Cemerlang Bandung. Salah satu yang menarik ialah kain 
                               berbentuk gincu bergantungan dari siling ..........................

                               


Dewan makan hotel yang bersih tersusun 
                                                             
Tangga hotel menuju ke bilik penginapan....
  Pemandangan depan kaunter hotel...

Beberapa pemandangan di Gunung Tangkuban Perahu.................

Di bawah foto-foto aktiviti riadhah di Tangkuban Perahu
Seorang ahli rombongan berani menunggang kuda. Syabas !!!!!

Posing je .... jadilah.....

Gagal dipujuk untuk menunggang kudanya.....

Tak berani nak tunggang kuda ni  weh.........
                                                        Urusniaga di Tangkuban Perahu  
                                     Antara yang menarik perhatian ialah beg daripada 
                                 kulit arnab, shawl, beg telekung, lukisan., hiasan rumah dll
                                 Asyik membeli belah sehingga terlupa nak rakam gambar.



Pemandangan ladang tepi jalan Bandung....

Suasana sarapan pagi di dewan makan 

Kak Nah posing di tepi tangga ke bilik penginapan

Antara sudut menarik : cermin di sisi tangga

Bersedia berangkat  ke Jakarta untuk balik ke KL .......

Posing di lobi hotel
Bergambar dengan pemandu pelancong / van ( kiri )

Depan papan tanda Hotel Cemerlang.

Nota : Sesiapa yang pernah mengunjungi tempat-tempat di atas, sudilah hendaknya memberi
komen membina jika terjumpa sebarang ralat. Maaf atas kesilapan tidak disengajakan jika ada.
Maklumlah sudah setahun berlalu. Terima kasih.