Wednesday 8 May 2013

INSIDEN DI MUSIM BUAH

Spti yg diceritakan dlm post terdahulu sekitar rumah kpgku ditanam pelbagai jenis buah2an. Ada rambutan, langsat, manggis, durian belanda, jambu batu/air/mawar, kelapa, pisang, betik, ciku, durian; pinang dll (2 - 3 pokok bagi setiap jenis.... usaha sampingan saja). Semasa kecil dahulu kami dpt makan buah percuma hasil kerajinan datuk & nenek serta ibu bapa berbudi kpd tanah. Kamilah yg menikmati hasil tuaian semaian mereka......seronoknya.....



Yg hendak dikongsikan di sini ialah beberapa insiden yg mencemaskan, melucukan & menggembirakan berkaitan dgn musim buahan itu.

  1. Sbg kanak2 remaja terutama saudara lelaki yg agak berani kerapkali di hambat/dikejar oleh arwah Pak Ngah sekeliling rumah hingga ke kebun getah belakang rumah, kerana kedegilannya menjolok buah rambutan muda. Apabila ditangkap apa lagi kena rotanlah. Kami yang masih kecil yg mengikutnya terlepas dr hukuman.  (Beliau juga pernah dihukum oleh arwah Pak Ngah kerana membuat bising menggolekkan tong minyak tar yg diisi dgn sisa2 batu jalan yg ditinggalkan selepas menurap jln depan rumah).
  2. Abang sepupu yg terlebih aktif & teruja sgt utk makan buah langsat di depan rumahnya tlh memanjat pokok berkenaan tanpa izin ibu bapanya. Malangnya semasa memanjat kakinya tersepit di celah2 batang langsat yg berapit dua sehingga tidak dpt dikeluarkan. Gempar seketika. Saudara mara & jiran tetangga pun berkumpul utk mencari jln mengatasi masalah itu. Keputusan diambil utk menebang batang langsat berkenaan. Maka tumbanglah batang berkenaan dgn buahnya yg lebat di dahan. Kaki tersepit dpt dibebaskan & kami semua puas memakan byk buah langsat. Inilah yg dikatakan dlm malang/musibah ada hikmah di sebaliknya. Pd masa yg sama kami mendpt ilmu menyelamat yg kerap dilakukan oleh kakitangan Bomba & Penyelamat spti dilalui oleh abang ipar yg bertugas sbg Bomba Penyelamat, selepas berkahwin dgn kakak pd th 1967.
  3. Saya mendapt pengalaman menjual buah rambutan di pondok tepi jalan depan rumah semasa cuti sekolah & membantu arwah datuk mengikat buah yg akan dijual & mengira hasil jualan yg diperolehi. Apabila ada pelanggan yg sudi singgah membeli buah alangkah gembiranya. Masa itu pengguna yg melintasi jalan depan rumah tidak seramai sekarang, sekali sekala saja ada kenderaan lalu. Arwah datuk pernah mengusahakan alternatif lain dgn meletakkan buah2an spti rambutan & langsat utk dijual di kedai taukeh "Sulai" di batu 6. Pd th1960an itu sebenarnya belum ramai org kpgku yg menjadi peniaga runcit (kalau ada pun tidak byk produk jualannya) sebab tugas ini memerlukan kesabaran / ketabahan menunggu pelanggan serta melalui pahit maungnya. Ini salah satu sebab yg merangsang saya utk tidak memilih profesyen ini sbg kerjaya masa depan kerana tidak mahu menanggung risikonya...............Eh...eh...eh...
  4. Apabila buah durian mulai masak pagi2 hari berebut-rebutlah kami yg mulai remaja mengutip buahnya yg gugur pd waktu malam, sehingga ada kalanya bermasam muka sesama saudara kerana tersalah kutip buah dr bukan kawasannya. Memang menggelikan hati juga apabila dikenang2 perkara ini selepas kami dewasa. Apalah salahnya buah2 yg dikutip itu dikumpulkan & dikongsi bersama sementelahan pula ia ditanam oleh arwah datuk di kebunnya yg belum milik mana2 anak pun.........Entahlah.......kanak-kanaklah katakan.....belum mengerti hal sebegini....

Maaflah ya belum jumpa foto berkaitan dgn post ini....agak pjg juga tulisan ini. .....teruskan tabah membacanya ya.......terima kasih.

2 comments:

  1. Ha, ha, ha...saya ketawa membaca cerita awak kali ini. Terima kasih, saya terhibur, cuja!

    ReplyDelete
  2. Tkasih. Syukur u terhibur. Hrp yg lain pun begitu. Bacalah up-datenya. Cikgu kan tugasnya mengedit esei pelajarnya supaya ok......

    ReplyDelete