Tuesday 7 May 2013

RUMAH KAMPUNGKU.........

Sejarah mula rumah kayu ini dibina secara tepat tidak diketahui.Tetapi secara lisan telah ada semenjak th1920an lagi. Sekitar th1970an, rumah lamaku masih berwajah lama. Dinding luar masih berwarna minyak kehitaman. Ia masih dikelilingi oleh pokok buah-buahan spti rambutan, kelapa, betik, pisang, jambu dll. Di halaman rumah yg tanahnya berdebu, adik-adik sepupu yg masih kecil riang ria bermain bola sepak & kejar mengejar. Masa saya kecil2 dahulu selepas negara merdeka di sinilah juga tpt saya saudara2 sepupu dgn lain2 rakan bermain lompat katak, tali skipping daripada untaian gelung getah yg dijalinkan menjadi tali, hola hoop, cungkil kayu, membina rumah pasir yg tanahnya dibasahkan air, gasing, layang-layang  dsbnya. Di sekitar laman & belakang rumah inilah tpt kami bermain sembunyi2 & pondok2 sambil memasak olok2 & main anak patung diperbuat drp perca kain & batang pisang. (Blm ada mainan kanak2 spti sekarang). Di sisi tangga rumah pula ialah kereta pertamaku Toyota Corolla biru yg dibeli pada akhir tahun 1974 selepas memegang jawatan sebagai guru SMK Alor Akar Kuantan. Selepas bekerja jugalah dinding dalaman rumah berubah wajah kpd warna " beige" ( pasir pantai )
Sekitar hujung th 1980an, rumah lama yg ku tinggalkan pd th1985 utk mendiami rumah sendiriku yg pertama yg kubeli dgn duit pinjaman kerajaan di bandar Kuantan, berubah wajah selepas ditambah ruang bahagian tengah bawah rumah oleh adik sepupu lelakiku bekas anggota TLDM & keluarganya. Dapur yg terlindung oleh pokok jambu di tepi rumah, yg lantainya tlh diturunkan ke bawah & bersimen pada hujung th1970an, tlh dipisahkan menjadi rumah yg berasingan & disewakan kpd pihak luar. Yg kelihatan dlm gambar ini hanyalah atap zink anjung dapur itu shj. Sebenarnya atap rumah ini sehingga 1990an tlh beberapa kali ditukar baru. Dgn itu rumah yg dulunya sebuah rumah bertiang kayu menjadi 2 buah rumah berlainan & sebahagiannya menjadi rumah 2 tingkat.


Lanskap rumah lamaku dari pandangan sisi kanan dikelilingi oleh pokok bunga-bungaan. Tiada lagi pokok buah-buahan kerana tlh ditebang utk memberi laluan kpd pembinaan rumah-rumah, ibu saudara ke-5 yg kembali ke kpg selepas tamat tugas suaminya di Singapura sekitar th 

1970an & kemudiannya 3 rumah sepupu2 yg telah berumahtangga. Lain-lain sepupu setelah bekerja & berumahtangga berpindah juga membina rumah masing2 di tpt lain pula. Halaman rumah pula mulai menghijau ditumbuhi rumput. Suasana sekitar rumah juga tlh berubah. Yg sama hanya riuh rendah suara hiruk pikuk generasi cicit2 yg masih kecil dgn gelagat masing2. Sementara itu di jalanraya pula kenderaan pelbagai jenis bertali arus melalui jalan 2 lorong depan rumah & amat membingitkan suasana. Sementara yg dewasa seorang demi seorang mulai pulang ke rahmatullah. Akhirnya rumah lamaku & rumah2 ibubapa saudaraku yg dibina berhampiran kawasan yg sama sebanyak buah dirobohkan / dibuka utk memberi laluan kpd pembinaan jalanraya 4 lorong sepjg Jalan Gambang Kuantan pd sekitar th1992.Sebenarnya sebahagian tanah kpg kami ini pernah diambil pertama kalinya oleh kerajaan pada th1959 utk pembesaran jalanraya sehingga tumbanglah pokok2 langsat, rambai, manggis, rambutan, kelapa, pinang yg ditanam di tepinya. (Semuanya dibayar pampasan)  Itulah nasib rumah yg dibina hampir dgn jalanraya utama. Sebahagian bangunan rumah2 asal itu yg masih elok spti kayu lantai, dinding, tiang digunakan semula utk membina rumah2 lain yg dihuni oleh saudara2 yg masih ada & penyewa2 di bahagian belakang tapak rumah asal & masih wujud hingga sekarang.....



Nota : Saudara2 yg pernah mendiami rumah lamaku semasa hayat mereka (masa kecil / sebelum berumahtangga / awal kehidupan berkeluarga) 
 & tlh berpulang ke rahmatullah... Al-Fatehah buat mereka & semoga Allah mencucuri rahmat ke atas 
roh mereka & ditptkan di kalangan org yg beriman & beramal soleh ...... Amiiin.......



1973 : Arwah datuk ( usia 85 th)

1977 : Arwah nenek ( usia 72 th )
1979 : Arwah adik sepupu lelaki " Aleh " ( usia 27 th )
1989 :Arwah Pak Jaya / suami ibu saudara ke-4 (usia 58 th)
1991: Arwah Pak Ngah / bapa saudara pertama (usia 71 th)
1992 : Arwah ibu saudara / isteri Pak Ngah ( usia 70 th )
1996 : Arwah ibu saudara ke-4 / Mak Cu ( usia 62 th )
2001 : Arwah Pak Udo / bapa saudara ke-2 ( usia 79 th )
2003 : Arwah abang sepupu " Amir " ( usia 61 th )
2008 :Arwah bapa saudara/suami ibu saudara ke-5 "Makcik" ( usia 75 th ) 


2011 : Arwah abang sepupu " Ope" ( usia 70 th )

2012 : Arwah adik sepupu lelaki  " Ayin " ( usia 48 th )


Kami generasi ibu2 & cucu2 yg masih ada amat bersyukur ke hadrat Illahi kerana dipjgkan umur & dianugerahkan kesihatan oleh Allah swt utk dpt 
melihat kemajuan kampung halaman kami setakat 
ini & seterusnya diharapkan. Insya'Allah.............Amiiin...........

3 comments:

  1. Ramai ye saudara mara cuja. Al Fatihah bagi yang telah pergi....

    ReplyDelete
  2. Ramai sbb kami tinggal setempat di 3 rumah berasingan di tanah arwah datuk seluas 4 ekar semenjak awal th 1950an lagi. Selepas itu bertambah utk penempatan kaum keluarga yg berumahtangga........

    ReplyDelete
  3. rumah ini still ada tak? ke dah roboh? dimana tempatnya rumah ini?

    ReplyDelete