Showing posts with label keluarga. Show all posts
Showing posts with label keluarga. Show all posts

Thursday, 3 October 2013

MAJLIS KESYUKURAN CUKUR JAMBUL.........

Alangkah indahnya hidup anak-anak zaman sekarang! Alhamdulillah! Dengan izin Allah swt jua, mereka dapat menikmati kesenangan dan kebahagiaan hidup semenjak kecil lagi. Begitulah yang dialami oleh anak sepupu bernama Zara Adina, anak ketiga daripada 3 orang adik beradik. Kelahirannya memang dinantikan oleh seluruh kaum keluarganya memandangkan kelahirannya berjarak hampir 10 tahun dengan abang keduanya. Pada 7.9.2013 ( Sabtu ) yang lalu, majlis cukur jambul, kesyukuran  dan doa selamat kelahirannya telah diadakan di rumahnya di Gombak Mutiara Kuala Lumpur. Majlis diadakan memang meriah dengan kedatangan bukan sahaja kaum keluarga sebelah ibu dari Kedah dan Kuala Lumpur dan sebelah bapa dari Pahang, tetapi juga diraikan oleh para jiran tetangga serta rakan-rakan adik beradik dan keluarganya.

Dipaparkan persediaan majlis yang lengkap dengan astaka pelamin buaian gabungan warna  " biru - pink - putih " yang dihias dengan tabir warna biru, kuntuman bunga mawar putih menghias lelangit pelamin, buaian putih, tirai putih, dua jambak bunga telur pink di kiri kanan pelaminannya, dua kuntum bunga ros putih besar pengikat tirai dan bakul bunga gantung pelbagai warna.
Astaka Pelamin Buaiannya

Buaiannya....


Bagi para tetamu pula disediakan beg cenderahati berisikan bunga telur berhiaskan boneka " bear " kecil dan kotak kek seperti berikut : 


Sebelum acara bermula Kak Nah dan saya sempat bergambar dengan Zara



Zara bersama ibu tercinta


Seperti amalan kebanyakan majlis seperti ini, kumpulan marhaban dijemput untuk memeriahkan majlis dengan dendangan lagu-lagu nasyid memuji kebesaran & keagungan Allah swt dan memuliakan Rasullullah serta nasihat untuk sikecil dan keluarganya. Majlis marhaban membuat persembahan mulai jam 10 pagi diikuti dengan majlis doa selamat, cukur jambul dan memberkati sikecil oleh kaum keluarga dan ahli kumpulan marhaban.

Antara ahli kumpulan marhaban yang hadir
 bergambar sebelum acara bermula

Ketua kumpulan marhaban ( memegang mikrofon )
memulakan acara.....

Kumpulan marhaban sedang 
membuat persembahan......

Ketua kumpulan marhaban ( memegang mikrofon )
sedang mempersembahkan nyanyiannya...

Ibu Zara ( Liza ) semasa majlis berlangsung.....

Zara semasa permulaan acara

Bermarhaban berpandukan teks ditetapkan

Ahli kumpulan sedang bermarhaban

Zara didukung ibu semasa
 upacara memotong rambut

Zara tidak meragam......

Diberi rasa manisan dll...
Ayah sedang menyuapkan air
zam-zam  ke mulut Zara
Ketua kumpulan marhaban menutup acara

Bergambar beramai selepas selesai acara marhaban
Bagi meraikan tetamu, terutama kanak-kanak disediakan sudut menjamu selera kek bersalut coklat cair, agar-agar, gula-gula warna warni seperti dalam foto berikut.






Selepas majlis bercukur dan sesi fotografinya selesai, yang diraikan seperti kebanyakan kanak-kanak seusianya sudah tentu kepenatan dan kehausan lalu terus dimasukkan dalam buaian berbaring sambil leka dengan mainan bonekanya. Satu yang menggembirakan semua semasa marhaban berlangsung Zara tidak meragam sebaliknya nyenyak tidur dibuai oleh dendangan nyanyian yang merdu....



Semasa marhaban berlangsung, pihak katering jamuan sibuk menyiapkan meja dan hidangan jamuan di porch dan khemah yang dipasang di depan rumah bagi meraikan para tetamu jemputan mulai jam 12 tengahari, seperti berikut :



Hidangan bufet
Mejua di khemah jamuan
Selepas majlis selesai ahli keluarga yang hadir sempat merakamkan gambar kenangan bersama  satu sama lain terutama dengan si kecil yang diraikan...... 
Datuk, nenek & uwoh Zara
     
Antara kaum keluarga sebelah pihak ibu Zara


Zara bersama keluarga sebelah bapanya


Zara di ribaan ayah sambil
menghisap susu botol
Zara dengan kakaknya.....

Zara kepenatan lena tidur di buaian usai acara....

Kaum keluarga sebelah ibu di meja makan...
sedang menunggu untuk menjamu selera....

Antara hidangan jamuan... aiskrim, bubur, kuih muih, buah-buahan.
Ibu saudara Zara sedang mengambil  makanan......

Ibu saudara dan sepupu sedang
menyenduk bubur

Tetamu di meja bufet sedang menyenduk makanan....
nasi, lauk pauk, sayuran, sate, mee dll...
Alhamdulillah, dengan izin Allah swt majlis berjalan dengan lancar dan sempurna seperti dihajatkan oleh ibu bapa dan kaum keluarga sekelian. Semoga Zara membesar menjadi anak yang baik, solehah dan berjasa kepada kedua ibu bapa, kaum keluarga, agama, bangsa dan negara. Semoga semua kami dipanjangkan usia untuk dapat melihat perkembangannya menjadi seorang insan yang berjaya hidup seimbang dunia dan juga akhirat. Amiiin......





Tuesday, 7 May 2013

RUMAH KAMPUNGKU.........

Sejarah mula rumah kayu ini dibina secara tepat tidak diketahui.Tetapi secara lisan telah ada semenjak th1920an lagi. Sekitar th1970an, rumah lamaku masih berwajah lama. Dinding luar masih berwarna minyak kehitaman. Ia masih dikelilingi oleh pokok buah-buahan spti rambutan, kelapa, betik, pisang, jambu dll. Di halaman rumah yg tanahnya berdebu, adik-adik sepupu yg masih kecil riang ria bermain bola sepak & kejar mengejar. Masa saya kecil2 dahulu selepas negara merdeka di sinilah juga tpt saya & saudara2 sepupu dgn lain2 rakan bermain lompat katak, tali skipping daripada untaian gelung getah yg dijalinkan menjadi tali, hola hoop, cungkil kayu, membina rumah pasir yg tanahnya dibasahkan air, gasing, layang-layang  dsbnya. Di sekitar laman & belakang rumah inilah tpt kami bermain sembunyi2 & pondok2 sambil memasak olok2 & main anak patung diperbuat drp perca kain & batang pisang. (Blm ada mainan kanak2 spti sekarang). Di sisi tangga rumah pula ialah kereta pertamaku Toyota Corolla biru yg dibeli pada akhir tahun 1974 selepas memegang jawatan sebagai guru SMK Alor Akar Kuantan. Selepas bekerja jugalah dinding dalaman rumah berubah wajah kpd warna " beige" ( pasir pantai )
Sekitar hujung th 1980an, rumah lama yg ku tinggalkan pd th1985 utk mendiami rumah sendiriku yg pertama yg kubeli dgn duit pinjaman kerajaan di bandar Kuantan, berubah wajah selepas ditambah ruang bahagian tengah bawah rumah oleh adik sepupu lelakiku bekas anggota TLDM & keluarganya. Dapur yg terlindung oleh pokok jambu di tepi rumah, yg lantainya tlh diturunkan ke bawah & bersimen pada hujung th1970an, tlh dipisahkan menjadi rumah yg berasingan & disewakan kpd pihak luar. Yg kelihatan dlm gambar ini hanyalah atap zink anjung dapur itu shj. Sebenarnya atap rumah ini sehingga 1990an tlh beberapa kali ditukar baru. Dgn itu rumah yg dulunya sebuah rumah bertiang kayu menjadi 2 buah rumah berlainan & sebahagiannya menjadi rumah 2 tingkat.


Lanskap rumah lamaku dari pandangan sisi kanan dikelilingi oleh pokok bunga-bungaan. Tiada lagi pokok buah-buahan kerana tlh ditebang utk memberi laluan kpd pembinaan rumah-rumah, ibu saudara ke-5 yg kembali ke kpg selepas tamat tugas suaminya di Singapura sekitar th 

1970an & kemudiannya 3 rumah sepupu2 yg telah berumahtangga. Lain-lain sepupu setelah bekerja & berumahtangga berpindah juga membina rumah masing2 di tpt lain pula. Halaman rumah pula mulai menghijau ditumbuhi rumput. Suasana sekitar rumah juga tlh berubah. Yg sama hanya riuh rendah suara hiruk pikuk generasi cicit2 yg masih kecil dgn gelagat masing2. Sementara itu di jalanraya pula kenderaan pelbagai jenis bertali arus melalui jalan 2 lorong depan rumah & amat membingitkan suasana. Sementara yg dewasa seorang demi seorang mulai pulang ke rahmatullah. Akhirnya rumah lamaku & rumah2 ibubapa saudaraku yg dibina berhampiran kawasan yg sama sebanyak 5 buah dirobohkan / dibuka utk memberi laluan kpd pembinaan jalanraya 4 lorong sepjg Jalan Gambang Kuantan pd sekitar th1992.Sebenarnya sebahagian tanah kpg kami ini pernah diambil pertama kalinya oleh kerajaan pada th1959 utk pembesaran jalanraya sehingga tumbanglah pokok2 langsat, rambai, manggis, rambutan, kelapa, pinang yg ditanam di tepinya. (Semuanya dibayar pampasan)  Itulah nasib rumah yg dibina hampir dgn jalanraya utama. Sebahagian bangunan rumah2 asal itu yg masih elok spti kayu lantai, dinding, tiang digunakan semula utk membina rumah2 lain yg dihuni oleh saudara2 yg masih ada & penyewa2 di bahagian belakang tapak rumah asal & masih wujud hingga sekarang.....



Nota : Saudara2 yg pernah mendiami rumah lamaku semasa hayat mereka (masa kecil / sebelum berumahtangga / awal kehidupan berkeluarga) 
 & tlh berpulang ke rahmatullah... Al-Fatehah buat mereka & semoga Allah mencucuri rahmat ke atas 
roh mereka & ditptkan di kalangan org yg beriman & beramal soleh ...... Amiiin.......



1973 : Arwah datuk ( usia 85 th)

1977 : Arwah nenek ( usia 72 th )
1979 : Arwah adik sepupu lelaki " Aleh " ( usia 27 th )
1989 :Arwah Pak Jaya / suami ibu saudara ke-4 (usia 58 th)
1991: Arwah Pak Ngah / bapa saudara pertama (usia 71 th)
1992 : Arwah ibu saudara / isteri Pak Ngah ( usia 70 th )
1996 : Arwah ibu saudara ke-4 / Mak Cu ( usia 62 th )
2001 : Arwah Pak Udo / bapa saudara ke-2 ( usia 79 th )
2003 : Arwah abang sepupu " Amir " ( usia 61 th )
2008 :Arwah bapa saudara/suami ibu saudara ke-5 "Makcik" ( usia 75 th ) 


2011 : Arwah abang sepupu " Ope" ( usia 70 th )

2012 : Arwah adik sepupu lelaki  " Ayin " ( usia 48 th )


Kami generasi ibu2 & cucu2 yg masih ada amat bersyukur ke hadrat Illahi kerana dipjgkan umur & dianugerahkan kesihatan oleh Allah swt utk dpt 
melihat kemajuan kampung halaman kami setakat 
ini & seterusnya diharapkan. Insya'Allah.............Amiiin...........

Thursday, 2 May 2013

RUMAH KAMPUNGKU ZAMAN DULU

Masa saya kecil2 dahulu negara baru shj mencapai kemerdekaan. Oleh kerana ayah saya telah meninggal dunia masa saya masih bayi lagi, saya, kakak & ibu tinggal bersama datuk & nenek di rumah datuk. Pada masa yg sama keluarga arwah ibu saudara yg ke-4 seramai 6 org juga mendiami rumah berkenaan. Ibu saudara yg bongsu mengikut suami bekerja sbg tentera ( SC ) di Clementi Estet Singapura. Apabila pulang bercuti dia bertiga sekeluarga meramaikan lagi penghuni rumah datuk. Di kiri kanan rumah datuk 2 org bapa saudara tlh membina rumah utk kediaman keluarga mereka pula. Rumah arwah bapa saudara yg pertama yg terletak di sebelah kiri didiami oleh 5 org keluarganya sementara rumah arwah bapa saudara yg ke-2 yg terletak di sebelah kanan didiami oleh 10 org.keluarganya. Suasana kehidupan masa itu agak riuh kerana kebanykan kami saudara sepupu masih kanak-kanak lagi dan lebih kurang sebaya dgn lebih kurang 2 org lahir dlm tahun yg sama. Oleh kerana rumah kami terletak di luar bandar seperti kpg2 di negeri2 pantai timur Semenanjung Malaysia yg lain rumah kami belum mendapat bekalan elektrik, air paip, siaran televisyen & kemudahan asas serta kelengkapan rumah yg moden. Pada waktu malam rumah kami diterangi oleh lampu pelita minyak tanah ( yg mampu, memiliki lampu gasoline ). Untuk urusan memasak & mandi manda kami menggunakan air perigi. Tandas pun belum sempurna kerana diperbuat drp kayu & dibina di atas sungai. . Kami mendapat maklumat drp siaran radio milik arwah ibu saudara ke-2. Pada dasarnya kehidupan keluarga besar kami terdiri drp 3 generasi iaitu datuk & nenek - ibu bapa - cucu-cucu, sangat sederhana dgn punca pendapatan datuk & bapa2 saudara drp usaha mereka menoreh getah, bersawah, bekerja di kilang bata, memandu teksi & mengusahakan kedai makan dgn jumlah pendapatan tidak menentu.



Nota : Tiada foto zaman kanak-kanak di penghujung tahun 1950an. Foto2 yg dipaparkan adalah foto2 lama th 1970an, apabila telah memiliki kamera selepas mulai bekerja.





Gambar tahun 1976 : Rumah tpt kelahiran & kediamanku yg telah mengalami ubahsuaian beranda dan tangga,






Cerita ini akan disambung lagi. Sabarlah menunggu ...........Ok.......