Wednesday 4 September 2013

ICE SKATING....

Sudah sebulan tidak menulis disebabkan cuti Hari Raya Aidilfitri dan kesibukan sambutan perayaan berkenaan di rumah dan juga di kampung arwah ayah di Bangkinang - Pekanbaru Indonesia yang kami kunjungi pada 14 hingga 20 Ogos 2013 lalu. Terasa amat teringin untuk mencoretkan sesuatu kenangan indah tidak terlupakan dan membaca blog tulisan rakan-rakan bloggers yang lain. Apabila ada saja kesempatan saya akan buka dan baca blog tertentu dan komen seadanya terutama blog Sekilau1. Terfikir juga untuk menulis sambutan Hari Raya di seberang sana tetapi belum lengkap bahannya, jadi bersabar sajalah.

Bingung juga apa yang hendak ditulis. Lalu saya "browse" album foto yang ada dan terjumpa gambar-gambar percutian di Damansara Kuala Lumpur pada 13.12.2012. Saya putuskan untuk menulis mengenai ini sebagai perkongsian dan kenangan masa depan sambil berusaha menyudahkan rancangan pengkisahan kenangan aktiviti tahun lalu itu.

Seperti biasa percutian kami sekeluarga adalah peluang untuk cucu-cucu bertiga melalui pengalaman dan pendidikan informal kegiatan yang dilakukan. Kali ini mereka diberi peluang menunjukkan kemahiran dan kebolehan berskating di Arena Ice Skating Hotel Royale Bintang Damansara, Kuala Lumpur. Tujuannya ialah untuk memberi pendedahan dan kemahiran merasai pengalaman berskating di platform rekaan manusia yang inovatif. Hendak merasa pengalaman luncur skating dengan skating board / sledge di bukit salji nampaknya tak akan terwujud dalam jangka masa terdekat ini. Di jangka masa panjang pun entahlah, bertahun-tahun baru boleh direalisasikan rasanya. Kemungkinan kewujudan peluang itu memang ada dengan izin Allah swt. Insya'Allah!

Foto-foto berikut menunjukkan bagaimana mereka berlatih menggunakan sepatu skating di atas ais yang keras macam ketulan air batu dalam peti sejuk atau air batu potong yang disalut habuk kayu bergergaji yang dijual oleh pekedai runcit atau penjual air batu secara berbasikal keliling kampung setiap bulan Ramadhan, pada zaman kanak-kanak dulu, iaitu sebelum kami memiliki peti ais di rumah. Suhu dalam arena ice skating itu memang amat sejuk sekali. Semua pemain perlu berpakaian yang sesuai dengan keadaan suhu berkenaan, lengkap dengan sweater, gloves sarung tangan tebaldan skating boots. Bagi pemain amatur ( terutama  kanak-kanak ) ada disediakan kemudahan skating aids ( skirtle berbentuk penguin ) yang dipegang semasa berskating, seperti gambar di penjuru atas kanan dalam foto ketiga. Semua peralatan dinyatakan perlu disewa dengan kadar bayaran tertentu ( tak ingat pula harganya ).

Untuk pengetahuan yang bercadang membawa anak-anak berskating tidak perlu risau. Sambil anak-anak bermain skating, ibu bapa dan penjaga dewasa boleh bersantai menjalani aktiviti sendiri seperti membaca akhbar, majalah @ buku dan makan minum sambil mengawasi kegiatan anak-anak di teres yang disediakan lengkap dengan kerusi meja di sebelah tepi railing besi seperti gambaran dalam foto kedua dan ketiga ( sayang sekali tidak terakam gambar ruang teres itu ).


Cucu - cucu berlatih skating seperti
 kanak-kanak bertatih berjalan dengan 
berpegang pada railing besi 
tangan orang dewasa @ seperti latihan
 " physical therapy " pesakit hospital 
bermasalah sukar berjalan. 
Kelihatan juga pokok fir @ krismas buatan
manusia diselaputi salji  di tepi mereka
Cucu-cucu masih belum berkeyakinan berskating
melepaskan railing pegangan. Ada setengah 

peserta yang dipimpin ./ dipandu oleh rakan / 
ahli keluarga seperti mereka di penjuru atas 
sebelah kiri foto ini......

Tina nampaknya sudah  mendapat sedikit
keberanian dan kemahiran berskating secara
bebas. Alia dan Arisyah masih bertatih lagi.
Di penjuru atas kanan foto ini seorang pemain
berskating menggunakan " penguin aid. "

Berfoto di luar Arena Ice Skating di depan
kolam air pancut.
Kak Nah berdiri di tangga di luar Arena
Ice Skating sambil menunggu kemunculan 
cucu bertiga bersama mama mereka.
Sekian buat kali ini. Jumpa lagi.......

3 comments:

  1. Alhamdulillah, alangkah bertuahnya cucu-cucu cuja.

    ReplyDelete
  2. Syukur diberi rezeki dan cucu-cucu oleh Allah swt utk berkongsi kegembiraan & pengalaman ketika percutian sedemikian. Sambil itu kita dapat menikmati aktiviti riadhah / percutian yang tak pernah kita kecapi zaman kanak-kanak dulu. Bukan kesal hanya menyatakan perasaan....

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete