Showing posts with label Rekreasi. Show all posts
Showing posts with label Rekreasi. Show all posts

Wednesday, 4 September 2013

ICE SKATING....

Sudah sebulan tidak menulis disebabkan cuti Hari Raya Aidilfitri dan kesibukan sambutan perayaan berkenaan di rumah dan juga di kampung arwah ayah di Bangkinang - Pekanbaru Indonesia yang kami kunjungi pada 14 hingga 20 Ogos 2013 lalu. Terasa amat teringin untuk mencoretkan sesuatu kenangan indah tidak terlupakan dan membaca blog tulisan rakan-rakan bloggers yang lain. Apabila ada saja kesempatan saya akan buka dan baca blog tertentu dan komen seadanya terutama blog Sekilau1. Terfikir juga untuk menulis sambutan Hari Raya di seberang sana tetapi belum lengkap bahannya, jadi bersabar sajalah.

Bingung juga apa yang hendak ditulis. Lalu saya "browse" album foto yang ada dan terjumpa gambar-gambar percutian di Damansara Kuala Lumpur pada 13.12.2012. Saya putuskan untuk menulis mengenai ini sebagai perkongsian dan kenangan masa depan sambil berusaha menyudahkan rancangan pengkisahan kenangan aktiviti tahun lalu itu.

Seperti biasa percutian kami sekeluarga adalah peluang untuk cucu-cucu bertiga melalui pengalaman dan pendidikan informal kegiatan yang dilakukan. Kali ini mereka diberi peluang menunjukkan kemahiran dan kebolehan berskating di Arena Ice Skating Hotel Royale Bintang Damansara, Kuala Lumpur. Tujuannya ialah untuk memberi pendedahan dan kemahiran merasai pengalaman berskating di platform rekaan manusia yang inovatif. Hendak merasa pengalaman luncur skating dengan skating board / sledge di bukit salji nampaknya tak akan terwujud dalam jangka masa terdekat ini. Di jangka masa panjang pun entahlah, bertahun-tahun baru boleh direalisasikan rasanya. Kemungkinan kewujudan peluang itu memang ada dengan izin Allah swt. Insya'Allah!

Foto-foto berikut menunjukkan bagaimana mereka berlatih menggunakan sepatu skating di atas ais yang keras macam ketulan air batu dalam peti sejuk atau air batu potong yang disalut habuk kayu bergergaji yang dijual oleh pekedai runcit atau penjual air batu secara berbasikal keliling kampung setiap bulan Ramadhan, pada zaman kanak-kanak dulu, iaitu sebelum kami memiliki peti ais di rumah. Suhu dalam arena ice skating itu memang amat sejuk sekali. Semua pemain perlu berpakaian yang sesuai dengan keadaan suhu berkenaan, lengkap dengan sweater, gloves ( sarung tangan tebal ) dan skating boots. Bagi pemain amatur ( terutama  kanak-kanak ) ada disediakan kemudahan skating aids ( skirtle berbentuk penguin ) yang dipegang semasa berskating, seperti gambar di penjuru atas kanan dalam foto ketiga. Semua peralatan dinyatakan perlu disewa dengan kadar bayaran tertentu ( tak ingat pula harganya ).

Untuk pengetahuan yang bercadang membawa anak-anak berskating tidak perlu risau. Sambil anak-anak bermain skating, ibu bapa dan penjaga dewasa boleh bersantai menjalani aktiviti sendiri seperti membaca akhbar, majalah @ buku dan makan minum sambil mengawasi kegiatan anak-anak di teres yang disediakan lengkap dengan kerusi meja di sebelah tepi railing besi seperti gambaran dalam foto kedua dan ketiga ( sayang sekali tidak terakam gambar ruang teres itu ).


Cucu - cucu berlatih skating seperti
 kanak-kanak bertatih berjalan dengan 
berpegang pada railing besi @ 
tangan orang dewasa @ seperti latihan
 " physical therapy " pesakit hospital 
bermasalah sukar berjalan. 
Kelihatan juga pokok fir @ krismas buatan
manusia diselaputi salji  di tepi mereka
Cucu-cucu masih belum berkeyakinan berskating
melepaskan railing pegangan. Ada setengah 

peserta yang dipimpin ./ dipandu oleh rakan / 
ahli keluarga seperti mereka di penjuru atas 
sebelah kiri foto ini......

Tina nampaknya sudah  mendapat sedikit
keberanian dan kemahiran berskating secara
bebas. Alia dan Arisyah masih bertatih lagi.
Di penjuru atas kanan foto ini seorang pemain
berskating menggunakan " penguin aid. "

Berfoto di luar Arena Ice Skating di depan
kolam air pancut.
Kak Nah berdiri di tangga di luar Arena
Ice Skating sambil menunggu kemunculan 
cucu bertiga bersama mama mereka.
Sekian buat kali ini. Jumpa lagi.......

Wednesday, 31 July 2013

PENGHUJUNG SELATAN TANAH BESAR ASIA .......

Saya ingin menceritakan tentang program lawatan ke " Penghujung Selatan Tanah Besar Asia " di Tg Piai Johor anjuran Persatuan Guild Pandu Puteri Malaysia Cawangan Pahang yang saya dan Kak Nah sertai seperti berikut:

Aturcara : 
10.7.2012,12.00 malam : Bertolak dengan bas East Coast Holidays Sdn Bhd dari Kuantan
11.7.2012, 9.00 pagi : Boat ride di Kukup Island National Park
11.7.2012, tengahari : Bertolak ke Tg Piai Resort & check in. 11.7.2012, petang : Kembara ke southern most tip of Mainland Asia, dengan berjalan kaki di atas pelantar merentasi kawasan paya bakau dan tepi pantai.
11.7.2012, malam : Makan malam " seafood " di Tg Piai Resort.
12.7.2012, 11.00 pagi : Check out and Lunch and shopping di bazar berhampiran restoran........
12.7.2012, 2.30 petang : Bertolak balik ke Kuantan dan tiba selepas Isya'. Dalam perjalanan balik sempat singgah di Johor Factory Outlet Kulaijaya ( membeli belah bagi yang mampu....)

Gambar - gambar berikut menjelaskan antara aktiviti-aktiviti yang kami jalani.

Saya dan kak Nah di galeri pameran Pulau Kukup National Park
Datin Sinariah ( SU Persatuan )  berfoto dengan Kak Sabariah...
Saya berfoto bersama  Kak Sabariah depan papan tanda
Taman Negara Johor Pulau Kukup....

Pemandangan tepi sungai dari atas bot semasa
perjalanan ke Pulau Kukup

Jambatan gantung merentangi Sg. Ular di Pulau Kukup

Kak Nah di Balai Menunggu / Ketibaan Pulau Kukup

Bergambar di depan lanskap taman yang menarik.....

Kak Nah dan kawannya Uzt Rashidah

Gambaran tapak semaian anak pohon bakau dalam 2 foto di atas...
Di bawah antara kata-kata indah yang boleh dijadikan  renungan bersama ...
Pemandangan Paya Bakau ke-2 terbesar di dunia
 yang tidak berpenghuni.........

Kak Nah dan Kak Saba. di atas menara pemerhati
Pulau Kukup, yang tinggi dan agak memenatkan juga
untuk menaikinya. Satu cabaran yang berharga....

Kami berfoto atas menara pemerhati berlatarbelakangkan
bukit di Pulau Kukup.
Jika cuaca baik boleh nampak Pulau Singapura dan
Pulau Indonesia yang terhampir
Saya dan Pn Noresah.....


Pemandangan tangga naik ke atas pelantar
menara pemerhati di Pulau Kukup 
Boat ride semasa perjalanan balik ke balai menunggu.
Dah penat.. tak upaya berjalan kaki lagi melalui pelantar....
Teringin juga hendak merasa laluan yang berlainan
Teknik foto kurang baik. Gambar agak gelap....

Air sungai yang putih kelabu..berlumpur putih....
Tempat persembunyian ikan belanak ?

Akar Pokok Bakau sungguh nostalgik.
Terkenang pokok bakau di kiri kanan jalan di kawasan
Tanah Putih Feri, gelaran zaman dulu dan sekarang
kawasan perumahan Tanah Putih Baru,
ketika berulang alik ke sekolah tahun-tahun 1960an
dan ke tempat bertugas mulai pertengahan tahun
1970an hingga 1980an
Jambatan merentasi sungai berhampiran balai menunggu.
Inilah laluan yang digunakan untuk meninjau
 kawasan alam semula jadi di lembah paya bakau
hingga menara pemerhati lebih 600m perjalanan jalan kaki.....



Pemandangan bangunan Balai Menunggu / Ketibaan
dari depan

Gambar beramai ahli-ahli rombongan di depan batu tanda......
Sila baca tulisan terukir itu ya ....
Ada yang kenal ? 

Bergambar di depan anak panah menunjukkan
 jarak antara Tg Piai dengan kota-kota besar dunia....
Maaf gambarnya gelap kerana kekurangan cahaya.
Lagi pun posing membelakangkan cahaya........

Renungilah kata-kata di atas .......

Pemandangan glob besar di lokasi lawatan di selaputi kabus.
Gambar diambil dari pelantar beberapa meter sebelum tiba.
Foto kenangan semasa berada di sana
dirakamkan seperti di bawah......

Tg Piai Resort di kejauhan dari lokasi
Penghujung Selatan Benua Asia....
Berikut ialah pemandangan yang dirakamkan dalam perjalanan balik ke resort selepas lawatan kembara ke Penghujung Selatan Benua Asia.......
Akar Pokok Bakau tertinggi di Tg Piai....

Papan tanda yang menarik perhatian.......
Kata-kata yang merangsang pemikiran....
Peliharalah khazanah alam semulajadi....
Lihat gambar di atas dan di bawah berikutnya......




Gambar di tepi bangunan penginapan Tg Piai Resort
selepas lawatan ke lokasi penghujung selatan Benua Asia
Bersama sebahagian anggota rombongan di JPO Kulai Jaya.
Ketua rombongan Pn Hjh Ramlah duduk dua dari kanan.
Ulasan : Seronok mengembara melihat alam semula jadi dan kehijauan yang melata secara berkumpulan sebegini. Pengalaman yang tinggi nilainya. Sama-samalah kita sahut seruan untuk memelihara alam semula jadi bukan untuk diri kita sendiri sahaja tetapi juga untuk generasi akan datang. Khazanah alam yang sangat berharga perlulah dipeliharakan!!!!! 

Nota : Di mana pula penghujung dunia ??????
         Tolong jawab....... He... he...he....