Wednesday 31 July 2013

PENGHUJUNG SELATAN TANAH BESAR ASIA .......

Saya ingin menceritakan tentang program lawatan ke " Penghujung Selatan Tanah Besar Asia " di Tg Piai Johor anjuran Persatuan Guild Pandu Puteri Malaysia Cawangan Pahang yang saya dan Kak Nah sertai seperti berikut:

Aturcara : 
10.7.2012,12.00 malam : Bertolak dengan bas East Coast Holidays Sdn Bhd dari Kuantan
11.7.2012, 9.00 pagi : Boat ride di Kukup Island National Park
11.7.2012, tengahari : Bertolak ke Tg Piai Resort & check in. 11.7.2012, petang : Kembara ke southern most tip of Mainland Asia, dengan berjalan kaki di atas pelantar merentasi kawasan paya bakau dan tepi pantai.
11.7.2012, malam : Makan malam " seafood " di Tg Piai Resort.
12.7.2012, 11.00 pagi : Check out and Lunch and shopping di bazar berhampiran restoran........
12.7.2012, 2.30 petang : Bertolak balik ke Kuantan dan tiba selepas Isya'. Dalam perjalanan balik sempat singgah di Johor Factory Outlet Kulaijaya ( membeli belah bagi yang mampu....)

Gambar - gambar berikut menjelaskan antara aktiviti-aktiviti yang kami jalani.

Saya dan kak Nah di galeri pameran Pulau Kukup National Park
Datin Sinariah ( SU Persatuan )  berfoto dengan Kak Sabariah...
Saya berfoto bersama  Kak Sabariah depan papan tanda
Taman Negara Johor Pulau Kukup....

Pemandangan tepi sungai dari atas bot semasa
perjalanan ke Pulau Kukup

Jambatan gantung merentangi Sg. Ular di Pulau Kukup

Kak Nah di Balai Menunggu / Ketibaan Pulau Kukup

Bergambar di depan lanskap taman yang menarik.....

Kak Nah dan kawannya Uzt Rashidah

Gambaran tapak semaian anak pohon bakau dalam 2 foto di atas...
Di bawah antara kata-kata indah yang boleh dijadikan  renungan bersama ...
Pemandangan Paya Bakau ke-2 terbesar di dunia
 yang tidak berpenghuni.........

Kak Nah dan Kak Saba. di atas menara pemerhati
Pulau Kukup, yang tinggi dan agak memenatkan juga
untuk menaikinya. Satu cabaran yang berharga....

Kami berfoto atas menara pemerhati berlatarbelakangkan
bukit di Pulau Kukup.
Jika cuaca baik boleh nampak Pulau Singapura dan
Pulau Indonesia yang terhampir
Saya dan Pn Noresah.....


Pemandangan tangga naik ke atas pelantar
menara pemerhati di Pulau Kukup 
Boat ride semasa perjalanan balik ke balai menunggu.
Dah penat.. tak upaya berjalan kaki lagi melalui pelantar....
Teringin juga hendak merasa laluan yang berlainan
Teknik foto kurang baik. Gambar agak gelap....

Air sungai yang putih kelabu..berlumpur putih....
Tempat persembunyian ikan belanak ?

Akar Pokok Bakau sungguh nostalgik.
Terkenang pokok bakau di kiri kanan jalan di kawasan
Tanah Putih Feri, gelaran zaman dulu dan sekarang
kawasan perumahan Tanah Putih Baru,
ketika berulang alik ke sekolah tahun-tahun 1960an
dan ke tempat bertugas mulai pertengahan tahun
1970an hingga 1980an
Jambatan merentasi sungai berhampiran balai menunggu.
Inilah laluan yang digunakan untuk meninjau
 kawasan alam semula jadi di lembah paya bakau
hingga menara pemerhati lebih 600m perjalanan jalan kaki.....



Pemandangan bangunan Balai Menunggu / Ketibaan
dari depan

Gambar beramai ahli-ahli rombongan di depan batu tanda......
Sila baca tulisan terukir itu ya ....
Ada yang kenal ? 

Bergambar di depan anak panah menunjukkan
 jarak antara Tg Piai dengan kota-kota besar dunia....
Maaf gambarnya gelap kerana kekurangan cahaya.
Lagi pun posing membelakangkan cahaya........

Renungilah kata-kata di atas .......

Pemandangan glob besar di lokasi lawatan di selaputi kabus.
Gambar diambil dari pelantar beberapa meter sebelum tiba.
Foto kenangan semasa berada di sana
dirakamkan seperti di bawah......

Tg Piai Resort di kejauhan dari lokasi
Penghujung Selatan Benua Asia....
Berikut ialah pemandangan yang dirakamkan dalam perjalanan balik ke resort selepas lawatan kembara ke Penghujung Selatan Benua Asia.......
Akar Pokok Bakau tertinggi di Tg Piai....

Papan tanda yang menarik perhatian.......
Kata-kata yang merangsang pemikiran....
Peliharalah khazanah alam semulajadi....
Lihat gambar di atas dan di bawah berikutnya......




Gambar di tepi bangunan penginapan Tg Piai Resort
selepas lawatan ke lokasi penghujung selatan Benua Asia
Bersama sebahagian anggota rombongan di JPO Kulai Jaya.
Ketua rombongan Pn Hjh Ramlah duduk dua dari kanan.
Ulasan : Seronok mengembara melihat alam semula jadi dan kehijauan yang melata secara berkumpulan sebegini. Pengalaman yang tinggi nilainya. Sama-samalah kita sahut seruan untuk memelihara alam semula jadi bukan untuk diri kita sendiri sahaja tetapi juga untuk generasi akan datang. Khazanah alam yang sangat berharga perlulah dipeliharakan!!!!! 

Nota : Di mana pula penghujung dunia ??????
         Tolong jawab....... He... he...he....








6 comments:

  1. Wah adventure sakan. Tak jumpa je kera atau monyet sewaktu meneroka hutan bakau tu?

    ReplyDelete
  2. Nasib baik tak ada ..... Klu jumpa kera yg baik amanlah kita, risau juga klu jumpa sebaliknya. Sekali sekala meneroka spti itu seronok juga walaupun agak penat. Apa pun memang rasa tenang melihat kehijauan alam...

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Komen sama dgn yg di atas yg di delete tu...

      Delete
  4. Tempat lawatan yang terkenal. Siapakah yang berniaga secara besaran dan maju dengan pelangang dalam segi restaurant makanan laut? Orang kita atau tidak?

    ReplyDelete
  5. Klu tak silap makluman "orang kita". Maaf lambat jawab sbb bercuti di negara seberang...Baru ni berpeluang buka blog semula...

    ReplyDelete