Saturday 13 July 2013

KEINDAHAN I - CITY SHAH ALAM


Alhamdulillah setiap kali cuti sekolah kami sekeluarga kerapkali berpeluang bercuti bersama ke pusat pelancongan yang menarik dalam negara kita seperti paparan berikutnya dan posting sebelumnya. Semua ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada cucu-cucu yang masih muda tentang tempat-tempat menarik di negara kita. Selain daripada itu untuk tambahan ilmu pengetahuan dan bersantai melepaskan tekanan emosi selepas mengikuti pelajaran sepanjang sesi persekolahan. Bagi kami ( Wowo & Wocunya ) inilah kesempatan untuk merapatkan hubungan kekeluargaan di samping membuka minda mereka terhadap alam sekeliling.

Shah Alam adalah salah satu tempat yang menarik perhatian kami setelah wujudnya Taman Tema I-City, yang kami kunjungi pada 31.5.2012.

Masjid Sultan Sallahuddin Abd Aziz Shah tempat kami singgah
untuk menunaikan solat Zohor - Asar Jamak.
Kuda hiasan di Laman I-City

Antara aksi semasa mengikuti aktiviti "Snow Walk"
yang amat sejuk , seolah-olah berada di dalam peti sejuk.
Kami kena memakai baju tebal yang disediakan oleh
pihak pengurusan aktiviti Snow Walk itu.

Kereta kuda " Cinderella " yang putih bercahaya dan lampu hiasan berbentuk pokok di sekitar taman


Aktiviti luar " merry go round" yang berwarna warni 
Hiasan lampu berbentuk burung merak di laman I-City
Dalam buaian berpusing  seperti "Eye Of Malaysia "
di Tasik Titiwangsa Kuala Lumpur dan di Melaka.


2 comments:

  1. Merasa juga winter di Malaysia ye cuja!

    ReplyDelete
  2. Iye! Kira2 dptlah merasa pengalaman winter spti negara sejuk! Bagi yg tak mampu ke negara spti itu memadailah menikmati kemudahan yg disediakan dlm negara. Satu inspirasi bagi yg masih bersekolah utk memikirkan lanjutan pengajian ke negara sejuk sebegitu. Insya'Allah.......

    ReplyDelete