Friday 12 July 2013

BUKIT GAMBANG RESORT

Nama Bukit Gambang  Theme Park & Resort satu nama baru & tarikan popular bagi pengunjung yang ingin bersantai dan menikmati keindahan alam sekitar dan kemudahan permainan air yang menakjubkan di Pahang terutama Kuantan. Selain daripada pantai Telok Chempedak ini tarikan terbaru yang menarik perhatian ramai.

Saya di sini bukan untuk mengiklankan resort ini tetapi untuk memaparkan kegiatan yang disertai oleh ahli keluarga
semasa berkunjung pada 11.1.2010
Berpelampung di pantai buatan manusia

Menaiki pelampung getah menyusuri  alur air
di sekitar resort
Warga emas yang tidak menyertai aktiviti permainan air
boleh bersantai di bangku yang disediakan
 di bawah pondok di sekitar resort seperti foto di atas
atau berpayung di kawasan terbuka seperti foto di bawah




Berendam di kolam pelbagai saiz dan kedalaman
Kemudahan aktiviti papan gelongsor air yang lebih mencabar
daya ketahanan dan keberanian diri.


Bergambar di depan lokasi aktiviti shuttle air menggunakan
pelampung getah
Berendam dan berpelampung di Coco Beach,
satu lagi pantai buatan manusia yang menarik

No comments:

Post a Comment