Thursday 11 July 2013

IMBASAN KENANGAN TBR PD

Saya ingin memaparkan foto-foto imbasan kenangan semasa percutian keluarga berenam di TBR ( Tiara Beach Resort ) Port Dickson pada tahun 2007 ( Mac ). Usai saja meraikan majlis perkahwinan anak perempuan anak saudara di Kuala Linggi, Melaka kami meneruskan perjalanan ke PD dan menginap di TBR, memandangkan jarak kedua-dua tempat itu tidaklah begitu jauh. Dalam perjalanan ke sana semasa singgah makan di restoran........... ( tak ingat nama dan tempatnya ) kami bertemu dengan saudara sekampung yang juga sedang bercuti dengan keluarganya ( unsur kebetulan yang tidak disangka-sangka )

Berikut ialah paparan foto beberapa kemudahan dan aktiviti yang terdapat di TBR.

Atina dan Aliyah gembira main air di kolam renang resort

Untuk kanak-kanak lebih kecil  seperti Ica
papan gelongsor air ini selamat digunakan
Sesuai untuk kanak-kanak berendam
di bahagian kolam yang cetek airnya
Kakak di depan arca berbentuk sotong besar ( octopus )
menempatkan  papan gelongsor air yang menarik perhatian 

kanak-kanak bermain seperti 2 foto di atas
Cahaya lampu hiasan yang bergermelapan
pada waktu malam memang menawan hati pengunjung resort
Aktiviti riadhah berbasikal kayuhan seorang dan berdua
memang menarik perhatian seisi keluarga semua peringkat umur
kanak-kanak dan orang dewasa
Prasarana bilik resort famili yang luas dan dilengkapi
dengan perabot kayu bermutu tinggi
memang selesa untuk seisi keluarga
Itulah kenangan pertama berada di TBR dan sehingga kini tidak lagi berpeluang mengunjunginya. Kemungkinan sudah ada perubahan pada prasarana resort itu agaknya.

Sekian untuk renungan dan kenangan bersama.

2 comments:

  1. Kakak tak main ke papan gelongsor bentuk sotong tu? Macam kenangan zaman kanak- kanak. Berbasikal betul2 atau pose je?

    ReplyDelete
  2. Taklah sbb khas utk kanak-kanak saja. Berbasikal tu betul-betul. Ronda keliling resort lagi bukan posing je. Foto tu di awal aktiviti je. Memang kunjungan ke sana dapat mengingatkan aktviti zaman kanak-kanak masa mula-mula belajar berbasikal. Ambil masa juga sikit baru dapat kemahiran berbasikal tu....Pelik tapi benar...Seronok juga di sana air terjun menimpa badan dapat menghilangkan rasa lenguh belakang badan....

    ReplyDelete