Tuesday 16 July 2013

TIMES SQUARE

Apa itu? Satu lagi pusat pelancongan ( theme park ) yang menarik perhatian para pelawat dalam negeri mahu pun luar negara. Kami telah mengunjungi tempat ini 2 - 3 kali bagi membolehkan cucu-cucu memperolehi pembelajaran informal.  Tetapi yang lebih utama tujuannya ialah di samping bergembira, mereka kuat semangat menempuh cabaran dengan menjalani aktiviti-aktiviti yang disediakan. Kemudahan-kemudahan yang disediakan memang mencabar ketahanan fizikal dan perasaan seperti melawan rasa takut, gayat ketika berada di tempat tinggi dan menaiki kenderaan yang bergerak amat laju. 

Sekali lagi kami sekeluarga berenam orang berpeluang mengunjungi Times Square Kuala Lumpur pada 30.5.2012. Yang teruja menjalani aktiviti ialah remaja puteri bersama ibunya. Kami yang dah "senja" terpaksalah berpuashati menjadi penonton dan sekali sekala menyertai "train ride" sekitar taman sayuran, bas berhayun dan sepertinya yang agak-agak selamat dan tidak memusingkan kepala. Yang selain daripada itu ialah kemudahan yang sesuai untuk remaja dan orang-orang muda. Kanak-kanak pula ada ukuran ketinggian tertentu untuk menyertai acara mencabar seperti LRT laju. Suasana di dalam kawasan ini agak bingit / bising dengan bunyi train laju dan suara jeritan peserta yang mungkin gayat dan takut dsbnya. Tetapi selesai sahaja acara mereka kelihatan suka menyertainya. Agaknya seronok, tercabar, geli hati dengan aksi sendiri mengharungi ujian  dan puas berjaya melepasi cabaran......

Hei 1 Posing dengan Pak Belang yang lapar....
Oh!  Nak suapkan makanan ya........

Pandu kereta  keliling Taman Sayur? 

Naik apa ni ? Merry go round agaknya. Nostalgia zaman kecil
tak berpeluang sedemikian. Sebenarnya ibu turut serta
menemani anak-anak

Naik " Caterpillar  Train " bergerak laju yang menggerunkan .

Boat ( train )  ride yang berpusing dan berombak persis di laut
yang boleh menyebabkan kepala terasa pening / pusing/ kecut perut.....
Masa train ride di Taman Sayur-Sayuran.....
Masa bus ride kut.......
Bumping car .... Sesuai untuk kanak-kanak...

( Maaflah tak ingat pula  istilah  tepat semua aktiviti di atas !! )

2 comments:

  1. Ha'ah! Hilang kebosanan dan tekanan! Sambil tu tahu byk yg menarik di negara kita terutama bandaraya K.Lumpur. Tak cukup sehari dua kalau nak melawat semua tempat pelancongan di sana....

    ReplyDelete