Monday 22 July 2013

AKTIVITI MASJID.........

Cerita mengenai masjid yang dipaparkan di bawah adalah untuk menonjolkan aktiviti ahli-ahli Masjid Sultan Ahmad 1 Kuantan pada tahun 2010. Semasa saya terlibat sebagai salah seorang ahli jawatankuasa Sukarelawan Masjid pada tahun itu, kami berpeluang menyertai aktiviti-aktiviti berikut :                                  

Masjid Negeri Sultan Ahmad 1 Kuantan 

( MSA1 Kuantan )
 ( Foto yang discan dari majalah masjid )
Carta Organisasi Pengurusan MSA1 Kuantan
Aktiviti Kelas Pengajian :


Bekerjasama memasang meja di kelas KIFA
( Kelas Intensif Fardhu Ain - Dewasa )

Gotong royong mengemas kerusi meja bilik KIFA
 di Dewan Seminar 2 MSA1 Kuantan, 

sumbangan para pelajar sendiri
Aktiviti Sosial / Masyarakat :


Majlis berzanji cukur jambul yang diadakan
di masjid pada 20.3.2010

( 2 cucu SS mufti Pahang )
Aktiviti memasak bubur untuk jamuan Jemaah Solat Jumaat
Lawatan Masjid Luar :
Majlis sambutan meraikan rombongan lawatan
Masjid Ghufran Singapura ke MSA1 Kuantan
pada 27.3.2010, di Bilik Seminar 1.
Turut dilaksanakan majlis menandatangani Plak
Perjanjian Rakan Masjid pada majlis tersebut

Sesi taklimat cara bacaan Al-Quran di Makmal Al-Quran  
sempena meraikan rombongan lawatan Masjid Ghufran,
oleh Pengurusnya YH Dato' Hj Ahmad Faizol bin Ghazali Al-Hafiz, 
Johan Qari Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa 2003.
Turut serta YBhg Imam Besar, Tn Hj Sharafuddin Aisa bin Hj Osman.

Antara peserta rombongan dan ahli Sukarelawan Masjid 
yang hadir mendengar taklimat. 
Sambil itu sempat juga merakamkan foto sesama rakan yang hadir

Foto MSAI Kuantan yang asal di tapak yang sama
dengan masjid sekarang,

 dipamerkan di papan tegak di lobi masjid,
sempena lawatan jemaah Masjid Ghufran Singapura

Foto MSA1 Kuantan kini
Jamuan meraikan rombongan lawatan di teres masjid tingkat 1.

Foto Masjid Ghufran Singapura yang discan 
dari buku program lawatan

 Lawatan Keluar :
Sebahagian rombongan lawatan sukarelawan MSA1 Kuantan ke
Masjid Tengku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya pada 30.6.2010

Keindahan kubah di dewan solat Masjid 
Tengku Mizan Zainal Abidin, yang terpampang perkataan "Allah".
Keindahan mimbar dan dinding cermin masjid
( Nota : Ayat-ayat Al-Quran terukir di dinding cermin )
Sesi taklimat disampaikan oleh
YBhg Tuan Imam Besar Masjid Tengku Mizan

Zainal Abidin Putrajaya



Galeri pameran aktiviti masjid di Lobi Masjid Putrajaya
ketika lawatan pada 30.6.2010

Sebahagian rombongan lawatan MSA1 Kuantan, 
berjalan masuk ke dalam masjid untuk mendengar taklimat
yang disampaikan oleh Imam Besar Masjid Putrajaya
( Tuan Imam berjubah putih di depan sekali )
Aktiviti Ramadhan :


Aktiviti Tadarus Al-Quran sepanjang Ramadhan berlangsung di Dewan Solat MSA1 Kuantan. Para peserta terdiri daripada jemaah dan ahli-ahli wanita yang membaca Al-Quran secara bergilir-gilir dalam beberapa kumpulan, dengan setiap satu kumpulan terdiri daripada kira-kira 7 hingga 10 orang peserta. Setiap kumpulan diketuai oleh seorang yang mahir membaca Al-Quran yang bertindak sebagai pembimbing membetulkan apa-apa kesilapan tajwid , sebutan dan kelancaran membaca ayat-ayat suci oleh para peserta berkenaan.

Tadarus Al-Quran secara berkumpulan
di Dewan Solat MSA1 Kuantan
 Kak Maznah ( bertudung berbunga kelabu duduk tepi tiang
yang di atasnya dipasang rak Al-Quran )
mengetuai kumpulannya bertadarus

Faridah Khazi bertudung hijau kekuningan
menyertai kumpulan Kak Maznah bertadarus
Ahli-ahli kumpulan sedang khusyuk menyemak bacaan
 lain-lain peserta Tadarus
Salah seorang petugas masjid ( berovercoat ungu ) waktu rehatnya,
turut serta mendengar bacaan Al-Quran,
 salah seorang peserta Tadarus.
Gambar kumpulan Tadarus Al-Quran Kak Maznah
( berdiri di tengah bertudung coklat kehitaman )
sempena Majlis Khatam Al-Quran,
 di Dewan Solat MSA1 Kuantan pada 4.9.2010,
bersama-sama para Uztaz dan Imam Masjid.

Kakak selepas selesai Tadarus dan
Khatam Al-Quran Ramadhan 2010










2 comments:

  1. Salam cuja
    Semoga diberkatiNya segala amalan kebajikan sukarelawan AJK MAS1 Kuantan.

    ReplyDelete
  2. Didoakan begitu jualah hendaknya. Sekarang AJK sukarelawan mulai tak aktif terutama selepas Imam-Imam yang menjadi penasihat telah bertukar ke daerah lain, termasuk Imam Besar lama yang bertukar dikhabarkan ke JAIP dan diganti dengan Imam Besar baru. Urusan kelas pengajian dan kebajikan masih berterusan tetapi aktiviti pelancongan tiada dah........

    ReplyDelete