Cerita mengenai masjid yang dipaparkan di bawah adalah untuk menonjolkan aktiviti ahli-ahli Masjid Sultan Ahmad 1 Kuantan pada tahun 2010. Semasa saya terlibat sebagai salah seorang ahli jawatankuasa Sukarelawan Masjid pada tahun itu, kami berpeluang menyertai aktiviti-aktiviti berikut :
![]() |
Masjid Negeri Sultan Ahmad 1 Kuantan ( MSA1 Kuantan ) ( Foto yang discan dari majalah masjid ) |
![]() |
| Carta Organisasi Pengurusan MSA1 Kuantan |
Aktiviti Kelas Pengajian :
![]() |
| Bekerjasama memasang meja di kelas KIFA ( Kelas Intensif Fardhu Ain - Dewasa ) |
![]() |
| Gotong royong mengemas kerusi meja bilik KIFA di Dewan Seminar 2 MSA1 Kuantan, sumbangan para pelajar sendiri |
![]() |
| Majlis berzanji cukur jambul yang diadakan di masjid pada 20.3.2010 ( 2 cucu SS mufti Pahang ) |
![]() |
| Aktiviti memasak bubur untuk jamuan Jemaah Solat Jumaat |
![]() |
| Antara peserta rombongan dan ahli Sukarelawan Masjid yang hadir mendengar taklimat. Sambil itu sempat juga merakamkan foto sesama rakan yang hadir |
![]() |
| Foto MSAI Kuantan yang asal di tapak yang sama dengan masjid sekarang, dipamerkan di papan tegak di lobi masjid, sempena lawatan jemaah Masjid Ghufran Singapura |
![]() |
| Foto MSA1 Kuantan kini |
![]() |
| Jamuan meraikan rombongan lawatan di teres masjid tingkat 1. |
![]() |
| Foto Masjid Ghufran Singapura yang discan dari buku program lawatan |
![]() |
| Sebahagian rombongan lawatan sukarelawan MSA1 Kuantan ke Masjid Tengku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya pada 30.6.2010 |
![]() |
| Keindahan kubah di dewan solat Masjid Tengku Mizan Zainal Abidin, yang terpampang perkataan "Allah". |
![]() |
| Keindahan mimbar dan dinding cermin masjid ( Nota : Ayat-ayat Al-Quran terukir di dinding cermin ) |
![]() |
| Sesi taklimat disampaikan oleh YBhg Tuan Imam Besar Masjid Tengku Mizan Zainal Abidin Putrajaya |
![]() |
| Galeri pameran aktiviti masjid di Lobi Masjid Putrajaya ketika lawatan pada 30.6.2010 |
![]() |
| Sebahagian rombongan lawatan MSA1 Kuantan, berjalan masuk ke dalam masjid untuk mendengar taklimat yang disampaikan oleh Imam Besar Masjid Putrajaya ( Tuan Imam berjubah putih di depan sekali ) |
Aktiviti Tadarus Al-Quran sepanjang Ramadhan berlangsung di Dewan Solat MSA1 Kuantan. Para peserta terdiri daripada jemaah dan ahli-ahli wanita yang membaca Al-Quran secara bergilir-gilir dalam beberapa kumpulan, dengan setiap satu kumpulan terdiri daripada kira-kira 7 hingga 10 orang peserta. Setiap kumpulan diketuai oleh seorang yang mahir membaca Al-Quran yang bertindak sebagai pembimbing membetulkan apa-apa kesilapan tajwid , sebutan dan kelancaran membaca ayat-ayat suci oleh para peserta berkenaan.
![]() |
| Tadarus Al-Quran secara berkumpulan di Dewan Solat MSA1 Kuantan |
![]() |
| Kak Maznah ( bertudung berbunga kelabu duduk tepi tiang yang di atasnya dipasang rak Al-Quran ) mengetuai kumpulannya bertadarus |
![]() |
| Faridah Khazi bertudung hijau kekuningan menyertai kumpulan Kak Maznah bertadarus |
![]() |
| Ahli-ahli kumpulan sedang khusyuk menyemak bacaan lain-lain peserta Tadarus |
![]() |
| Salah seorang petugas masjid ( berovercoat ungu ) waktu rehatnya, turut serta mendengar bacaan Al-Quran, salah seorang peserta Tadarus. |
![]() |
| Kakak selepas selesai Tadarus dan Khatam Al-Quran Ramadhan 2010 |

























