Sunday 17 March 2013

BERSARA KE?


Aktiviti memasak bubur di Masjid Sultan Ahmad 1 Kuantan
Selepas bersara drp Perkhidmatan Kerajaan sebagai pesara pendidikan, rasa teramat lega kerana tidak perlu memikul bebantugas mendidik, mengurus  & mentadbir institusi pendidikan lagi dan rasa bebas boleh buat apa saja yg disukai. Tahun pertama bersara rasa amat seronok berada di rumah dan membuat rutin harian rumah yg dulunya tidak begitu sempurna dilakukan terutama menonton program TV yg digemari ( Saluran TV1, TV3, Astro Ria, Astro Oasis, TV9, TV Al Hijrah & beberapa program Astro berbayar ). Lama kelamaan timbul nostalgia pada pekerjaan lalu & rasa sunyi serta teringin mendengar riuh rendah suara guru-guru dan para pelajar dgn kerenah yg pelbagai. Mulalah mencari jalan untuk menghilangkan kebosanan itu dgn menyertai aktiviti-aktiviti pembelajaran dewasa. Mulalah menyertai kelas agama di masjid, di balai raya dan kelas-kelas diadakan bagi mendalami hal2 mengenai fardhu ain, bacaan & tafsir / terjemahan Al Quran secara lebih intensif serta ilmu Tajwidnya. Mulalah kerap mengunjungi Masjid Sultan Ahmad 1 dan masjid2 di sekitar Kuantan. Selain itu menyertai juga kumpulan membaca Yasin dan marhaban sempena majlis kesyukuran, doa selamat, kenduri kahwin, tahlil dsbnya ( sekali sekala ) bagi meluaskan lingkaran rakan2 sosial dan mendapat ilmu pengetahuan baru dgn berzanji dan bermarhaban sesama kumpulan wanita-wanita lain.

Aktiviti Tadarus Al-Quran berkumpulan
di Masjid Sultan Ahmad 1 Kuantan
di bulan Ramadhan


Rombongan Masjid Sultan Ahmad 1
ke Masjid Tengku Mizan Putrajaya 2010

Lepas itu mulalah menceburkan diri dalam aktiviti persatuan pula dgn pelawaan bekas rakan sejawatan seperti Hjh Rubiah Sidin ( kini Pengerusi Kop Guru2 Melayu Phg Timur) sehingga memegang jawatan sebagai Setiausaha Koperasi Pertiwi Melayu Pahang Berhad yg pada asasnya terdiri daripada para pendidik & bekas pendidik wanita Melayu. Tujuannya tidak lain hanya utk membantu wanita2 Melayu meningkatkan status ekonomi melalui perkhidmatan urusniaga kecil2an (jual beli) dan pembekalan produk kpd institusi tertentu (terutama pendidikan). Ada yg berminat menjadi anggota boleh hubungi kami bila-bila masa saja.








Gambar semasa Mesyuarat
Agung Koperasi Pertiwi Melayu Pahang Berhad 2012










Tidak berhenti setakat itu saja oleh kerana semasa berkhidmat giat juga dlm aktiviti kepanduan dijemput pula utk menyertai aktiviti2 Persatuan Guild Pandu Puteri Pahang. Mula-mula menyertai aktiviti utk mengeratkan tali silaturrahim tetapi kemudian terpilih pula sbg AJK. Maka sibuk semulalah dgn aktiviti2 seperti lawatan ke rumah anak-anak yatim, berkelah, rombongan lawatan ke Tg Piai (southernmost tip of Asia), mesyuarat Ajk dan Mesyuarat Agung Tahunan. Syukur dgn rezeki dan kesihatan yg dikurniakan Allah swt sehingga mampu menyertai aktiviti.








Kenangan ketika bertugas sbg Pesuruhjaya
Pandu Puteri Daerah Kuantan












Lawatan ke Tg Piai Johor anjuran bersama Persatuan Guild Pandu Puteri Pahang  2012














Kakak turut serta dlm lawatan Tg Piai













Bersama rakan semasa lawatan ke Tg Piai Johor










Oleh kerana masih setia dgn Perkhidmatan Pendidikan maka disertai pula aktiviti Persatuan Bekas Pendidik Daerah Kuantan. Pada mulanya menyertai jamuan Hari Raya sebagai langkah bertemu rakan-rakan lama dan  rombongan lawatan ke Brunei Darussalam dan Sarawak serta Singapura bersama-sama dengan ahli persatuan dan keluarga mereka ( Lawatan usahasama dgn Persatuan Guild Pandu Puteri). Akhirnya sempat juga dipilih memegang jawatan Juruaudit Dalaman 2 dan kini Penolong Setiausaha 2.(Pn Zuraida Abdullah selaku Setiausaha persatuan ini adalah juga salah seorang bekas pegawai JPNP). Bagi semua bekas pendidik dan bakal pesara pendidikan yang tinggal di daerah Kuantan amatlah dialu-alukan menyertai persatuan ini. Bagi yg berminat menyertai hubungi Setiausaha berkenaan ataupun saya.     ( Kempen pula nampaknya ni ya..... )







Rombongan lawatan ke Singapura Nov 2012












Ahli rombongan di atas Singapore Flyer






Semua aktiviti itu menyegarkan semula fikiran saya dgn ilmu-ilmu yg pernah dipelajari dan dipraktikkan serta rasa masih lagi berkhidmat. Benar juga kata pujangga  "Sekali jadi guru sepanjang hidup perlu berbakti" " Sekali guru sepanjang usia dipanggil cikgu" Inilah hebatnya seorang guru. Renunglah kata-kata ini bagi yg masih berkhidmat : "Berburu ke padang datar, dapat rusa belang kaki, berguru kepalang ajar, bagai bunga kembang tak jadi " Jadilah pendidik yg berdedikasi dan berjasa kpd bangsa, agama dan negara.







Ini foto Hjh Zuraida bt Abdullah Setiausaha Persatuan Bekas Pendidik Daerah Kuantan









2 comments:

  1. Wah..kagum dengan awak...masih aktif. Eloklah tu, cergas minda, awet muda.

    ReplyDelete
  2. Tk dgn pujian tu. Saya jlnkn amanah yg diterima je....

    ReplyDelete