Friday 19 April 2013

KENANGAN FERI OH FERI

Pada tahun 60an semua pengguna jalanraya Gambang - Kuantan / malahan Kuala Lumpur pun perlu menggunakan perkhidmatan feri yg merentangi Sg Kuantan, berhampiran jambatan Sg Kuantan di Tanah Putih kini, jika hendak ke Bandar berkenaan. Di tapak gerai-gerai makanan spti " calong " dll itulah landasan mula menaiki feri dr sebelah arah Gambang dan dekat surau Medan Warisan dari arah bdr Kuantan. Memakan masa juga menunggu kerana feri akan berjln apabila muatan sudah agak penuh ikut tempoh masa ( giliran kira-kira 1/2 - 1 jam sekali ). Sebenarnya ada 2 feri menghubungi bdr Kuantan. Di samping yg di atas satu lagi ialah Feri Ah Hong yg beroperasi di tapak perumahan Taman Tanah Putih Baru berhampiran SK Tanah Putih Baru ( jika tak silap ). Yg ini jarang digunakan sbb agak tersorok & laluannya agak jauh berbanding dgn feri di atas.

Yang hendak diceritakan di sini ialah semasa saya bersekolah menengah di bandar Kuantan ( di SABS ), saya terpaksa menunggang basikal ke sekolah. Pagi2 lagi kena bertolak dari rumah (kira2 5.30pg) spya dpt sampai ke sekolah seblm 7.15 pagi & balik selps tamat sekolah ( kira2 2ptg ) di panas tengahari terik. Setiap hari kena menggunakan khidmat feri berkenaan. 


Foto feri yang diambil pada tahun 1938 di bawah ini saya snap semula dari galeri gambar di dinding bangunan semasa berurusan di bangunan UTC Kuantan pada 22.4.2013. Alhamdulillah dapat juga menunjukkan feri zaman itu yang telah berjasa mengangkut saya dll menyeberangi Sg Kuantan ke sekolah di bandar Kuantan setiap hari selama hampir 5 tahun mulai tahun 1960. Foto sebegini memang tiada dalam simpanan saya dan sukar diperolehi lagi. Jadi sudah pasti saya amat teruja untuk memilikinya kerana ada cadangan untuk memuatkannya dalam tulisan blog saya. Saya merasa amat bertuah kerana gambar ini saya jumpa kebetulan serentak dengan usaha saya menulis blog ini. Terima kasih kepada pihak pengurusan UTC Kuantan yang kreatif memaparkan gambar-gambar sejarah bandar ini di galeri bangunannya. Diharap banyak lagi gambar sedemikian dipamerkan untuk tontonan orang awam. Pada masa yang sama, saya mohon maaf kepada pengurusan UTC kerana tidak meminta izin terlebih dahulu sebelum merakam semula gambar ini.


Feri seperti ini juga  yang saya naiki semasa bersekolah di bandar Kuantan
Kisah yg hendak disampaikan ini berkaitan dgn feri kerana bukan senang utk menyeberang dgnnya. Terpaksa mengheret basikal dgn bebanan beg sekolah yg sarat dgn buku-buku serta topi, overcoat & kadang2 payung ( untuk perlindungan drp panas matahari terik ) serta baju hujan ( untuk perlindungan daripada hujan musim tengkujuh ). Bukan itu shj sebelum naik feri kena tanggalkan stokin dan kasut sekolah jika tak mahu basah terutama jika air sungai pasang sbb feri tak boleh rapat sangat ke jalanraya di tebing. Di samping itu basikal kena angkat jika tak mahu rim tayar basikal basah dan berkarat sbb air sungai pasang bercampur dgn air laut yg masin boleh mempercepatkan besi berkarat.

Semasa menaiki feri di samping bimbang rantai feri putus ( ada pengalaman enjin feri rosak tengah sungai sbb rantainya terlekat ), tenggelam sbb muatan berlebihan ( bukan shj pejalan kaki , penunggang basikal, semua jenis kenderaan ringan & berat menggunakannya ) tapi juga lantai landasan yg licin dek basahan air sungai & berlumut di kedua-dua hujung. Pernah satu ketika semasa mengheret basikal keluar dari feri di hujung landasan sebelah bdr Kuantan saya hampir terjatuh sbb landasan "slippery". Jika saya jatuh tentulah saya, basikal & semua yg dibawa turut sama jatuh kemungkinan ke dalam Sg Kuantan sbb tiada penghadang di kiri kanan landasan itu.

Sebenarnya walaupun sukar, naik feri  itu ada byk juga keseronokannya. Semasa menaiki feri bolehlah berehat seketika drp mengayuh basikal sambil menikmati hembusan angin segar yg menyejukkan badan. Bayangkanlah semasa menaiki bot @ feri persiaran yg disediakan oleh Majlis Perbandaran Kuantan satu ketika dahulu bagi menyusuri Sg Kuantan ( bot persiaran beratap / feri 60an dulu tanpa atap seperti dalam gambar di atas ). Kalau masih beroperasi lagi akan diambil fotonya utk gambaran feri walaupun tidak seratus peratus sama dgn feri 60an itu. Bersabar ya... bagi pembaca yg blm berpengalaman menggunakan khidmat feri berkenaan.

Itulah ceritanya..... Saya amat bersyukur kerana selamat menempuhi semua rintangan sepanjang masa berbasikal ke sekolah & menggunakan khidmat feri Sg Kuantan berkenaan. Selepas jambatan Sg Kuantan fasa 1 siap ( yang sebelah kiri semasa menghala ke bdr Kuantan masa sekarang )  perkhidmatan feri berkenaan ditamatkan. Leganya sbb perjlnan semakin lancar & tidak perlu bimbang lagi mengharungi rutin yg diceritakan tadi. Tunggulah selepas ini cerita saya tentang jambatan pula. Ok.

2 comments: