Showing posts with label Haiwan peliharaan. Show all posts
Showing posts with label Haiwan peliharaan. Show all posts

Sunday, 3 November 2013

AKSI KUCING......


Satu pagi pada 12.10.2013, saya teruja untuk merakamkan foto-foto kucing yang masih menghuni di rumah kami. Ada 7 ekor semuanya iaitu 3 ekor kucing dewasa dan 4 ekor anak kucing. Lihatlah gelagat mereka semasa dan selepas makan sebagai panduan memahami tingkahlaku haiwan yang kerap mempengaruhi kita untuk berfikir dan merenung kejadian makhluk Allah di alam maya ini.
Geymuk menunggu makanannya dihidangkan.di window sill.
Ibu kucing makan sambil anak-anaknya menyusu.
Seekor kucing lagi sabar memerhati gelagat mereka
dan menunggu giliran untuk makan.
Siibu minum air sementara anak-anak berebut-rebut
 untuk menyusu seperti terlihat dalam gambar di atas dan di bawah.
Seekor kucing lagi ( jantan ) sedang makan.

Ibu kucing menyusukan anak-anaknya
Seekor anak kucing sedang minum air
sementara Geymuk masih sabar memerhati
dari atas window sill gelagat kucing-kucing lain
Dua ekor kucing sedang makan biskut Whiskas
( mungkin suami isteri ? )
Masih makan dan minum........
Membersihkan bulu masing-masing selepas makan
Geymuk dan aksinya di sisi pinggan biskut...........
  
Dua gambar terakhir menunjukkan aksi kucing-kucing
sedang berjemur dan membersihkan diri  ( menjilat muka,
kaki , bulu dengan lidah ) selepas makan
Demikian sajalah ceritanya.......
Sebenarnya bilangan kucing di rumah ini telah bertambah dengan kedatangan seekor anak kucing berbulu kuning kecoklatan. Tetapi malangnya bilangannya kekal 7 akibat seekor anak kucing berbulu putih yang sakit telah meninggal dunia untuk selamanya........


Thursday, 10 October 2013

KUCING DI RUMAHKU....

Kucing rumah antara binatang peliharaan yang disayangi oleh Nabi Muhammad Rasullullah saw. Itulah maklumat yang pernah didengar diucapkan oleh para ilmuan agama Islam.

Berkaitan dengan itu, saya ingin menceritakan tentang beberapa ekor kucing yang sedang dan pernah menghuni di rumah saya satu ketika dahulu.

Kucing  bernama Gemuk
( sebutannya Gey - muuk )
sedang berehat selepas sembuh
daripada demam dan sakit tekak
pada 18.7.2013

Foto Gemuk pada 15.9.2013.
Gemuk antara 8 ekor kucing 
yang masih ada di rumah sekarang.
Gemuk makan jagung rebus atas kerusi 
sebab tak sempat meletakkan dalam
 bekas makanannya. Sebenarnya kucing ini 
suka makan semua makanan manusia bukan
setakat ikan, daging ayam termasuk kuih-kuih 
seperti karipap, goreng keledek, biskut dll, 
di samping makanan khasnya berjenama
Friskies & Whiskas.

Gambar 2 ekor kucing sedang tidur
dirakam pada 5.11.2010.
Satu pemandangan yang
menunjukkan kasih sayang

Kucing-kucing di atas sudah tiada di rumah.
Sudah diambil orang @ telah
meninggal dunia

Antara kucing yang ada di rumah
pada 31.12.2011
Kucing - kucing sedang tidur dan mereka
pun sudah hilang 
( mungkin sesat ke tempat lain @ meninggal dunia )

Moto : Sayangilah binatang peliharaan sebagai ganjaran pahala untuk persediaan ke akhirat.