Showing posts with label Naik Bas. Show all posts
Showing posts with label Naik Bas. Show all posts

Thursday, 14 March 2013

JALAN-JALAN KE SINGAPURA

Ini foto Hjh Noralena rakan karib semasa berada di atas bas lawatan ke Singapura hujung tahun 2012 lalu. Melancong menaiki bas ni seronok juga sebab boleh lihat pemandangan kiri kanan jalan dgn lebih baik dan boleh merehatkan badan dan minda sambil melelapkan mata. Tengok Hjh tu santai je kan? Apabila tersedar daripada lena boleh berbual-bual dgn rakan berhampiran tempat duduk, makan minum, membaca, bergelak ketawa, menonton video yg disediakan oleh pengusaha pelancongan dsbnya. Apabila bas berhenti rehat di R & R boleh pula turun untuk meluruskan kaki & membuat senaman regangan ringan untuk kaki tangan yg tak dapat berlunjur disebabkan ruang yg terhad. Sebenarnya memang gembira melancong bersama-sama kumpulan besar terutama bersama-sama dgn rakan kenalan dan  handai taulan sekelian.