Pada ptg 4.10.2013 lalu, saya dan Kak Nah mengunjungi ekspo berkenaan untuk meninjau buku-buku dan lain-lain produk yang dijual. Mana tahu mungkin ada yang menarik untuk diperolehi sebagai tambahan kepada koleksi buku di rumah.
Kami tertarik untuk mengunjungi ekspo tersebut selepas melihat baner mengiklankan tentangnya sepanjang jalan ke bandar Kuantan dan melihat sendiri kewujudannya semasa membeli keperluan di kedai-kedai di kompleks berkenaan pada 1 Oktober 2013 tetapi tidak berkesempatan untuk melawatinya kerana kesuntukan waktu. Kami teruja semula ke sana selepas melayari blog Sekilau1.blogspot.com yang menulis posting tentangnya. Terima kasih.
Ikutilah paparan foto berikut yang saya rakamkan sewaktu di sana.
| Pintu gerbang ekspo..... |
| Al-Quran Muslimah ( Berbeg ) RM60.00 senaskhah, yang turut dibeli oleh Kak Nah untuk cucunya |
| Pemandangan di pentas ekspo.... |
| Seorang petugas sedang memberikan taklimat tentang Al-Quran Digital .... |
| Antara banner yang bermaklumat.... |
| Lagi galeri jualan |
Akhir kalam " Bacalah buku :sebagai peluasan khazanah ilmu dan cintailah ia yang boleh memandu kita ke jalan yang benar ". Jadikanlah sirah Rasullullah saw sebagai panduan untuk kita menanam semangat cintakan budaya membaca, terutama semasa Baginda diminta oleh Malaikat Jibril untuk membaca Al-Quran... Iqra'.......