Sunday 13 October 2013

EKSPO BUKU ISLAM PAHANG DI KUANTAN PARADE....

Pada ptg 4.10.2013 lalu, saya dan Kak Nah mengunjungi ekspo berkenaan untuk meninjau buku-buku dan lain-lain produk yang dijual. Mana tahu mungkin ada yang menarik untuk diperolehi sebagai tambahan kepada koleksi buku di rumah.

Kami tertarik untuk mengunjungi ekspo tersebut selepas melihat baner mengiklankan tentangnya sepanjang jalan ke bandar Kuantan dan melihat sendiri kewujudannya semasa membeli keperluan di kedai-kedai di kompleks berkenaan pada 1 Oktober 2013 tetapi tidak berkesempatan untuk melawatinya kerana kesuntukan waktu. Kami teruja semula ke sana selepas melayari blog Sekilau1.blogspot.com yang menulis posting tentangnya. Terima kasih.

Ikutilah paparan foto berikut yang saya rakamkan sewaktu di sana.

Pintu gerbang ekspo.....

Antara buku yang menarik perhatian dan
 telah dibeli dengan harga RM15.90.
Turut dibeli pakej teks berikut berharga RM38.00
Rinduku Pada Baitullah oleh Dr Ridzwan Bakar,
Baitullah Aku Datang oleh Hisham Ahmad &
Tuhan Terimalah Aku oleh Daio' Hj Mohd Daud Che' Ngah
Tajuk-tajuk buku di atas amat memberangsangkan
dan bertepatan dengan musim Haji 1434 Hijrah.
( Untuk pengetahuan saya belum baca teks tersebut
sekadar lihat sepintas lalu isi kandungannya )

Al-Quran Muslimah ( Berbeg ) RM60.00
senaskhah, yang turut dibeli oleh Kak Nah
 untuk cucunya

Pemandangan di pentas ekspo....

Seorang petugas sedang memberikan taklimat
tentang Al-Quran Digital ....
Iklan buku yang menarik perhatian..
Terus beli buku tersebut yang elok dimiliki
oleh setiap wanita terutama suri rumahtangga
sebagai panduan memilih menu masakan
untuk ahli-ahli keluarga. Harga pun
berpatutan RM28.80 sahaja.

Antara banner yang bermaklumat....
Lagi galeri jualan
Akhir kalam " Bacalah buku :sebagai peluasan khazanah ilmu dan cintailah ia yang boleh memandu kita  ke jalan yang benar ". Jadikanlah sirah Rasullullah saw sebagai panduan untuk kita menanam semangat cintakan budaya membaca, terutama semasa Baginda diminta oleh Malaikat Jibril untuk membaca Al-Quran... Iqra'.......

2 comments:

  1. Kalau Cuja tak baca (belum berkesempatan), berilah saya baca. Hi Hi.....Buku resepi i hari 1 resepi sangat memberi ilham kalau tak ada idea nak masak apa . Bagus juga bagi mereka yang tak berapa pandai masak! Selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha!

    ReplyDelete
  2. Ada kesempatan ke? Boleh aje asal jgn sampai bawa balik ke M'ka...hi...hi...hi..
    Itu sebab saya beli buku 1 hari 1 resepi tu utk membantu memasak dgn betul. Sebenarnya 4 tajuk buku lain tu jika dirangkaikan boleh jadi babak drama & doa sempena HR Qurban ni. Selamat Hari Raya Aidiladha....

    ReplyDelete