Friday 11 October 2013

MAJLIS MASUK RUMAH BARU.....

Sudah menjadi tradisi masyarakat Melayu semenjak nenek moyang dahulu kala mengadakan majlis doa selamat masuk rumah baru, dengan mengadakan upacara mengikut pilihan masing-masing seperti berikut iaitu, membaca surah Al-Quran, bacaan Yasin, doa selamat dan majlis tahlil mengenang arwah kaum keluarga dan saudara mara yang telah berpulang ke rahmatullah. Walaupun bukan wajib tetapi sudah menjadi adat untuk mengadakannya.

Sebenarnya tujuan majlis seperti itu diadakan adalah sebagai pemaparan kesyukuran memasuki rumah baru sambil berkongsi kegembiraan bersama-sama kaum keluarga, saudara mara dan handai taulan. Serentak dengan itu ia sebagai salah satu cara pemakluman mengenai berita berpindah ke rumah baru kepada sanak saudara dan handai taulan.

Pada 29.9.2013 lalu, sepupu saya Zarina telah mengadakan majlis tersebut dengan menjemput Kumpulan Marhaban Uzt Rashidah seramai 10 orang ke rumah barunya di Taman Tas Damai, Jalan Gambang, Kuantan mulai jam 10 pagi. Kumpulan Marhaban ini memang kerap mengadakan persembahan di rumah-rumah sekitar bandar ini
sehingga  kadang kala sampai ke Maran, Temerloh bahkan Kuala Lumpur, apabila mendapat jemputan daripada pihak-pihak tertentu.

Kumpulan ini memulakan acara dengan membaca Surah Al-Baqarah Juz 1, Surah Yasin, Tahlil arwah dan doa selamat diikuti dengan persembahan marhaban menyanyikan lagu-lagu nasyid pilihan seperti Lau Kana.., Hanana dan lain-lain lagi.

Acara membaca Al-Quran berkumpulan bermula
diketuai oleh Uzt. Rashidah

Antara peserta-peserta lain yang turut serta
membaca Al-Quran


Sesi bacaan Yasin

Rakan baik Hjh Noralena duduk membelakangi pintu
 turut hadir.Terima kasih.

Uzt sedang membaca doa dan diaminkan oleh
 semua ahli kumpulan dan hadirin lain

Kak Nah memegang mikrofon sedang mengalunkan
lagu marhabannya diapit oleh Hjh Noralena dan Nurul

Ahli lain mendengar persembahan nasyid.....

Antara ahli kumpulan yang menyertai acara
persembahan marhaban


Kak Saba salah seorang ahli kumpulan
marhaban sedang merakam  gambar
 semasa acara berlangsung untuk album
 peribadinya. Beliau bertalian keluarga juga
 dengan keluarga kami....

Ketua kumpulan ( memegang mikrofon ) sedang
membuat persembahannya ....
Persembahan masih berlangsung. Ahli-ahli lain
khusyuk mendengar / menyertai

Ahli Kumpulan Marhaban bergambar beramai
Turut serta saya di tepi kiri ( bertudung hijau ) dan
Hjh Noralena di tepi kanan ( bertudung merah hati )

Ahli kumpulan bersantai selepas acara berakhir.
Sedang merancang untuk berfoto dan
mengambil gambar .........

Uztazah di kanan sekali berfoto bersama
 3 ahli kumpulannya

Uztazah Rashidah ( dua dari kanan ) bergambar
 dengan keluarga saya ( Dari kiri Kak Nah,
Ibu dan saya di hujung kanan ) 

Sesi menjamu selera bermula......

Ahli kumpulan marhaban sedang mengambil
makanan dari meja hidangan bufet.
 Kelihatan Kak Saba sedang berjalan
 ke tempat duduk untuk menjamu selera

Ahli kumpulan duduk bersila menjamu selera..
Zarina tuan rumah berbaju merah dengan
rakan karibnya Kak Ba

Ibu tuan rumah ( makcik saya )
 turut membaca Surah Yasin
Shidah adik Zarina menyertai
 sesi bacaan Surah Yasin
Nurul anak saudara posing di dapur...
Majlis masuk rumah baru ini dibuat secara kecil-kecilan dihadiri oleh selain ahli kumpulan marhaban, kaum keluarga tuan rumah dan beberapa orang rakan karib sahaja kerana cadangannya ada majlis lain yang akan dikelolakan di rumah itu juga sempena majlis aqiqah anak saudara tuan rumah nanti. Insya'Allah ! 

Oleh kerana majlis tersebut secara kecilan sahaja, jamuan makanan ditempah daripada salah sebuah restoran nasi beriyani di bandar Kuantan. Lain-lain makanan seperti kuih muih, buah-buahan dan minuman disediakan sendiri oleh keluarga Zarina. Peralatan jamuan pun menggunakan tray bufet, pinggan mangkuk dan gelas minuman sendiri.

Peralatan jamuan di meja menunggu
 untuk diisi...

Kak Ba dan Nurul sedang memotong
buah tembikai di dapur...

Shidah sedang menyusun hidangan di meja...

Antara menu jamuan terhidang di meja,,,
Nasi beriyani ayam goreng, acar timun, kuah dalca,
popedom, karipap, kek, puding, buah tembikai dll.

Dua beradik warga emas berehat di kerusi
selepas selesai majlis marhaban.

Pelbagai aktiviti - ada yang sedang menjamu selera,
berbual dan berehat. Uzt Rashidah dan Kak Ba
berbual sambil berdiri. Rupanya mereka kenalan lama
yang pernah berjiran sebelah menyebelah rumah
beberapa tahun lalu. Kira-kira jejak kasihlah ni.....

Ahli keluarga menjamu selera sambil berbual
selepas usai majlis......
Demikianlah majlis yang selesai diadakan dengan lancar dan diharap memuaskan hati semua pihak. Bagi pihak tuan rumah saya mengucapkan terima kasih kepada tetamu-tetamu yang hadir dan berdoa semoga tali sillaturrahim erat terjalin antara semua yang hadir. Semoga Allah memberkati kita semua dan merahmati keluarga sepupu dengan kesejahteraan dan kebahagiaan semasa  mendiami rumah baru itu nanti. Aminn

Diharap pemaparan di atas dapat menjadi panduan bagi generasi keluarga kami yang masih muda jika berhadapan dengan keadaan sedemikian. Yang baik jadikan tauladan yang buruk jadikan sempadan. Insya'Allah.....


3 comments:

  1. Cuja. Wah banyaknya gambar utk tatapan followers. Kk Nah bersuara mas. Best suara dia. Nampak dia pegang mikrofonlah, cuja. Tentu majlis akan datang lebih hebat! Terima kasih belanja nasi beryani ye.

    ReplyDelete
  2. Ok. Sama-sama. Gambar2 tu utk kenangan masa akan datang....

    ReplyDelete