Saya ingin menarik pandangan pembaca sekelian kepada tumbuhan bunga raya yang terdapat di taman rumahku. Tumbuhan ini adalah hasil usaha ibu menanam, membaja dan menyiramnya semasa beliau masih bertenaga lagi untuk bercucuk tanam. Selepas kemampuannya untuk berkebun sudah berkurangan saya mengambilalih tugasnya pada awalnya dengan hanya menyiram dan membaja sahaja. Selepas itu, semasa mencantas daun-daun dan batang pokok berkenaan, keratannya saya cucuk di tempat lain yang sesuai. Hasilnya berkembanglah keturunan beberapa spesies bunga raya berkenaan seperti dalam paparan foto-foto di bawah.
Bunga raya di rumah saya ini bukanlah dari spesies yang begitu unik. Ianya seperti yang banyak terdapat di merata tempat seperti nurseri bunga, taman rekreasi, tepi lebuhraya dan pembahagi jalan. Benih bunga ini pun mudah diperolehi. Sebahagian besar daripada pemberian saudara mara dan rakan-rakan.
Dari segi penjagaan pun tidaklah begitu sukar atau remeh temeh, memadailah dengan menyiramkan air dan mengawal pertumbuhannya dengan kerap mencantas daun dan mengerat batang yang meliar mengikut reka bentuk yang diingini. Aktiviti ini bolehlah dianggap sebagai sumber rekreasi dan gerakerja mengisi masa lapang yang bermanfaat dari segi kesihatan tubuh badan dan minda. Warnanya yang menawan boleh juga menenangkan jiwa.
Untuk pengetahuan pembaca saya tidak ada maklumat mengenai nama saintifiknya. Jika rakan-rakan blogger sekelian dapat mengenali namanya, diharap kongsikanlah pengetahuan itu. Terima kasih. Untuk memudahkan pengenalan saya namakan bunga-bunga raya itu mengikut warna kelopak masing-masing.
Pokok bunga raya oren yang berbunga lebat |
Kuntum bunga raya oren |
Pokok bunga raya pink juga berbunga lebat |
Kuntum bunga raya pink sedang kembang mekar |
Pertumbuhan pokok bunga raya kuning ini agak lembab. Ia mengeluarkan 1 - 2 kuntum bunga sahaja setiap masa |
Kuntum bunga raya kuning semasa mekar |
Bunga raya pecahan merah bagai bunga musang |
Pokok ini menguntum 1 - 2 bunga raya setiap kali berbunga |
Pokoknya yang telah dibentuk seperti gelung rotan |
Kelopaknya seperti kelopak bunga raya merah, bunga kebangsaan negara Malaysia |
Pokok bunga raya putih agak subur juga |
Kuntum bunga raya merah dari pelbagai sudut yang menarik |
Deretan bunga raya merah ditanam di tepi pagar belakang rumah hasil keratan batang pokok bunga raya lain. Ini pemandangan selepas daunnya dicantas dan belum mengeluarkan bunga. |
Untuk makluman semua foto- foto di atas dirakam pada 3 September 2013 dan 5 Oktober 2013.
Akhirnya, seperti kebanyakan tumbuhan bunga lain, nasib si bunga raya ke tanah jua apabila layu, seperti gambaran dalam dua foto yang terakhir.....
P/s : Jika masih ingat Sekilau1 pun pernah memaparkan posting Bunga Rayanya. Anggap sajalah ini perluasan kepada blog berkenaan.......sekian....
Salah satu bunga kegemaran saya, bunga raya. Yang lambat gugur ialah yang local breed. Kalau yg kembang besar dan berlapis, mkn dri luar. Sy suka warna bunga raya. Terang. Hai, dah mcm karangan budak tahun 5. Boleh cuja beri sy keratan pokok bunga raya dri tmn cuja utk di import ke taman sy di Melaka?
ReplyDeleteItulah akibatnya apabila karangan blog hendak disesuaikan dgn semua kalangan pembaca termasuk murid tahun 5. Ya tak! Insya'Allah boleh! Sampai bila berada di Ktn? Dekat nak balik baru boleh htr @ singgah dlm perjalanan balik ke Melaka utk pilih sendiri bunga raya mana yg menarik hati.... ok....
ReplyDeleteCuja. Maksud saya cara penulisan komen saya mcm murid tahun lima. Bukannya cuja. Terima kasih. Keratan bunga raya next visitlah.
DeleteTk. Tapi memang kita perlu sesuaikan penulisan apa pun utk pelbagai golongan pembaca kan.....
ReplyDeleteSalam, adakah hanya pokok bunga raya kuning lembab pertumbuhannya? Yg warna lain tumbuh slow juga ke?
ReplyDelete