Lagu Dunia
Arah Kita Jelas Ke Depan, Bendera Berkibar
Tidak Berlipat Di Dunia, Harapan Abadi
Bersatu Untuk Kebenaran, Persahabatan Kukuh
Selagi Dunia Masih Ada
Akan Nyanyi, Lagu ini.
Yang Cintakan Kebenaran, Menetapkan Janji
Dengan Rela Berjasa, Setia Abadi
Kebenaran Kita Tepati
Bersedia Sama
Untuk Semua Miskin, Kaya
Kita Beri, Yang Terdaya.
( Lagu ini dipetik dari Buku Pelaporan Mesyuarat Agung Tahunan
Guild Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Pahang
Kali ke 14/2014 pada 4 Februari 2014, Selasa,
di Rest House Bentong Pahang )
Senikata lagu di atas memang sinonim dengan Pertubuhan Badan Bukan Kerajaan ( NGO )
Pandu Puteri kerana ia merupakan lagu rasmi persatuan tersebut yang mesti dinyanyikan setiap kali persatuan berkenaan mengadakan acara rasmi seperti Perasmian Program Mesyuarat Agung Tahunan, Persidangan Pesuruhjaya, Perkhemahan, Kursus dll.
Gambar-gambar berikut yang discan daripada album Pandu Puteri yang ada dalam simpanan, menimbulkan nostalgia yang mengusik jiwa semasa menghadiri program Persatuan Pandu Puteri Malaysia ketika berkhidmat sebagai Pesuruhjaya Daerah Kuantan 1999 hingga 2006. Minta maaflah gambarnya kurang jelas sebab sudah mulai pudar kerana sudah lama berlangsung. Begitu juga ada program yang kurang diingati lagi sekarang - tahun dan tempat ia dilangsungkan. Walaupun begitu tataplah gambar-gambar yang dikepilkan ini.
![]() |
| Gambar di Persidangan Kebangsaan Pesuruhjaya dan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Pandu Puteri Malaysia 2002 / 2003 di Kucing Sarawak |
![]() |
| Gambar Pemimpin Pandu Puteri sempena Persidangan Pesuruhjaya dan MAT Persatuan Pandu Puteri Malaysia pada 24 - 27 Julai 2003 di Kucing Sarawak |
![]() |
| Antara gelagat sebahagian Pemimpin Pandu Puteri semasa bersedia untuk posing atas pentas persidangan 2003 di Kucing Sarawak |
![]() |
| Aktiviti santai menaiki bot di Sungai Rajang Kucing Sarawak, bersama sebahagian Pemimpin Pandu Puteri Pahang ketika menghadiri Persidangan Kebangsaan 2003 |
![]() |
| Gambar lawatan dan riadhah di Kompleks Taman Mini Kucing Sarawak semasa Persidangan Kebangsaan Tahun 2003 |
![]() |
| Gambar yang diambil di salah satu Persidangan Tahunan Pesuruhjaya dan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Pandu Puteri Malaysia ( Kalau tidak silap di Melaka pada 30.5.2002? ) |
![]() |
| Gambar beramai Pemimpin Pandu Puteri Pahang bersama YABhg Datin Seri Junaini bt Kassim selepas Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Negeri Pahang di Dewan Majlis Daerah Maran pada 23.3.2003 |
![]() |
| Gambar bersama Remaja Puteri Pandu Puteri Malaysia Cawangan Pahang ketika Mesyuarat Agung Tahunan 2003 di Maran Pahang |
![]() |
| Aktiviti kelim kuih karipap semasa Perkhemahan Pandu Puteri pada 19.6.2001 (? ) di Taman Pertanian Kuantan dan Kursus di Wisma Pandu Puteri Lembah Pantai Kuala Lumpur |
![]() |
| Program Mesyuarat Agung Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Pahang Daerah Kuantan pada 15.2.2006 di SMK Paya Besar Kuantan |
![]() |
| Penyampaian Sijil ketika Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Pandu Puteri Daerah Kuantan disempurnakan oleh Pegawai Pelajaran Daerah Kuantan ketika itu |
Itulah secebis kenangan mengenai aktiviti Pandu Puteri yang berkesan di jiwa sehingga kini dan yang tidak akan terlupakan kerana peluang bergiat sedemikian hanya sekali dan tidak akan terulang lagi sedemikian. Syukur Alhamdulillah kepada Allah swt kerana nikmat tersebut...
Insya'Allah akan ditulis lagi posting lain yang lebih terperinci tentang penglibatan dalam badan sukarela ini di lain-lain masa. Sabarlah menunggu ya.....Terima kasih.......












