Sunday 23 February 2014

PANDU PUTERI.......

Lagu Dunia

Arah Kita Jelas Ke Depan, Bendera Berkibar
Tidak Berlipat Di Dunia, Harapan Abadi
Bersatu Untuk Kebenaran, Persahabatan Kukuh
Selagi Dunia Masih Ada
Akan Nyanyi, Lagu ini.

Yang Cintakan Kebenaran, Menetapkan Janji
Dengan Rela Berjasa, Setia Abadi
Kebenaran Kita Tepati
Bersedia Sama
Untuk Semua Miskin, Kaya
Kita Beri, Yang Terdaya.

( Lagu ini dipetik dari Buku Pelaporan Mesyuarat Agung Tahunan
 Guild Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Pahang
 Kali ke 14/2014 pada 4 Februari 2014, Selasa, 
di Rest House Bentong Pahang )

Senikata lagu di atas memang sinonim dengan Pertubuhan Badan Bukan Kerajaan ( NGO )
Pandu Puteri kerana ia merupakan lagu rasmi persatuan tersebut yang mesti dinyanyikan setiap kali persatuan berkenaan mengadakan acara rasmi seperti Perasmian Program Mesyuarat Agung Tahunan, Persidangan Pesuruhjaya, Perkhemahan, Kursus dll.

Gambar-gambar berikut yang discan daripada album Pandu Puteri yang ada dalam simpanan, menimbulkan nostalgia yang mengusik jiwa semasa menghadiri program Persatuan Pandu Puteri Malaysia ketika berkhidmat sebagai Pesuruhjaya Daerah Kuantan 1999 hingga 2006. Minta maaflah gambarnya kurang jelas sebab sudah mulai pudar kerana sudah lama berlangsung. Begitu juga ada program yang kurang diingati lagi sekarang - tahun dan tempat ia dilangsungkan. Walaupun begitu tataplah gambar-gambar yang dikepilkan ini.

Bergambar bersama KDYTM Tengku Mahkota Pahang semasa
jamuan meraikan peserta Pandu Puteri Asia Pasifik Region

di Istana Aziz Kuantan pada 17.8.2005
Bergambar bersama sebahagian pemimpin Pandu Puteri Kuantan 
di Dewan Konvensyen Kuantan ketika Program Pemasyhuran 
KDYTM Tengku Puan Pahang sebagai Penaung Di Raja 
Friends Of Asia Pacific Region pada 17.8.2005
Gambar di Persidangan Kebangsaan Pesuruhjaya dan
Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Pandu Puteri Malaysia
2002 / 2003 di Kucing Sarawak
Gambar Pemimpin Pandu Puteri sempena Persidangan Pesuruhjaya dan MAT
Persatuan Pandu Puteri Malaysia pada 24 - 27 Julai 2003 di Kucing Sarawak

Antara gelagat sebahagian Pemimpin Pandu Puteri semasa bersedia
 untuk posing atas pentas persidangan 2003 di Kucing Sarawak

Aktiviti santai menaiki bot di Sungai Rajang Kucing Sarawak, 
bersama sebahagian Pemimpin Pandu Puteri Pahang
ketika menghadiri Persidangan Kebangsaan 2003

Gambar lawatan dan riadhah di Kompleks Taman Mini Kucing Sarawak
 semasa Persidangan Kebangsaan Tahun 2003

Gambar yang diambil di salah satu Persidangan Tahunan Pesuruhjaya 
dan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Pandu Puteri Malaysia
( Kalau tidak silap di Melaka pada 30.5.2002? )

Gambar beramai Pemimpin Pandu Puteri Pahang bersama 
YABhg Datin Seri Junaini bt Kassim selepas Mesyuarat Agung Tahunan  
Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Negeri Pahang 
di Dewan Majlis Daerah Maran pada 23.3.2003
Gambar bersama Remaja Puteri Pandu Puteri Malaysia
  Cawangan Pahang ketika Mesyuarat Agung Tahunan 2003 di Maran Pahang

Aktiviti kelim kuih karipap semasa Perkhemahan Pandu Puteri
 pada 19.6.2001 (? ) di Taman Pertanian Kuantan  dan
Kursus di Wisma Pandu Puteri Lembah Pantai Kuala Lumpur

Program Mesyuarat Agung Persatuan Pandu Puteri Malaysia 
Cawangan Pahang Daerah Kuantan pada 15.2.2006 
di SMK Paya Besar Kuantan

Penyampaian Sijil ketika Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan
Pandu Puteri Daerah Kuantan disempurnakan oleh
Pegawai Pelajaran Daerah Kuantan ketika itu
Itulah secebis kenangan mengenai aktiviti Pandu Puteri yang berkesan di jiwa sehingga kini dan yang tidak akan terlupakan kerana peluang bergiat sedemikian hanya sekali dan tidak akan terulang lagi sedemikian. Syukur Alhamdulillah kepada Allah swt kerana nikmat tersebut...

Insya'Allah akan ditulis lagi posting lain yang lebih terperinci tentang penglibatan dalam badan sukarela ini di lain-lain masa. Sabarlah menunggu ya.....Terima kasih.......









4 comments:

  1. Dulu kecik2 teringin nak jadi ahli pengakap.. tapi lepas masuk mahaad terus hilang sebab di mahaad tiada persatuan unit beruniform huhuu.. mesti seronokan buat aktiviti luar :D

    ReplyDelete
  2. Aktiviti luar mmg menarik!! Klu masa bersekolah tidak berpeluang bergiat dlm aktiviti unit beruniform sbb fokus kpd akademik, ambil kesempatan semasa dah bekerja pun jadi juga. Macam sekarang aktiviti kembara & panjat gunung yg Afif laksanakan pasti berbaloi bagi mengatasi masalah kempunan masa kecil2 dahulu. Betul tak? Peluang sentiasa terbuka luas selagi kita bersemangat nak mencuba....Ok...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu.. semangat dan minat yang ada kita jangan tolak ketepi macam tu jer.. alhamdulillah sekarang ni baru la dapat nak buat pelbagai aktiviti.. syukur sangat.. insyallah minggu depan akan naik Gunung Irau.. doakan yer :D

      Nanti bagi email pada saya yer afif_4ht@hotmail.com Terima Kasih :D

      Delete
  3. dulu sekolah masuk puteri islam. hehe. sy pendiam org nye.

    salam singgah dr http://afasz.blogspot.com

    follow sini, kalau sudi follow sy k
    tq

    ReplyDelete