Tuesday, 2 July 2013

3D2N KOTA BARU KELANTAN!

Susunan settee di lobi Crown Garden Hotel

Hiasan lampu siling di lobi CGH 
Kerusi unik (?) di depan pintu lift menghala bilik hotel

Hiasan dinding bilik Tune Hotel ( Gambar atas dan bawah )


Kemudahan menonton televisyen

Side table bilik TH

Menaiki tangga sisi ke tingkat 1 Cafe Hayaki TH

KB Mall di seberang jalan depan TH
Itulah paparan beberapa foto gambaran pemandangan semasa menginap di Crown Garden Hotel (CGH) Kota Baru pada 31.5.2013 dan Tune Hotel (TH) pada 1.6.2013, untuk tatapan bersama. Walaupun lawatan ini agak singkat tetapi mengesankan kerana sempat juga meninjau kemudahan-kemudahan di bandar tersebut. Sayang saya tak sempat merakamkan pemandangan alam sekitar bandar tersebut.

Dengan menaiki bas Executive Coach Perdana 2 tingkat jam 9.30 pagi kami sampai ke Kota Baru kira-kira jam 6 petang ( tidaklah begitu memenatkan sebab kerusi duduknya selesa, bertali pinggang keselamatan, jarak luas kira-kira boleh melunjur kakilah ). Malam hari pertama sampai, saya dan sepupu "Nor" sempat meninjau makanan dan minuman  di Medan Selera yang penuh dengan masakan mengenyangkan  seperti nasi kerabu, nasi kuning, nasi putih, nasi lemak, nasi dagang, nasi ayam, nasi beriani, sate, kuih muih dll. Untuk ke sana kami berjalan kaki sahaja kerana tidak berapa jauh daripada CGH.

Hari kedua selepas bersarapan nasi lemak dan kopi di Cafe CGH kami ke Pasar Siti Khatijah dengan berjalan kaki juga ( di sini banyak pengayuh beca menunggu penumpang ), untuk membeli kuih muih dan makanan di tingkat bawah pasar itu, sebagai ole-ole untuk dibawa pulang. Seperti di Pasar Besar Payang Kuala Terengganu, serunding, dodol, kuih neram, kuih rokok, putu pulut, sagun, depang, keropok dsbnya menarik perhatian kami. Tengaharinya kami ke Taman Uda Murni menaiki teksi En Din ( teksi yang sama kami naiki dari stesen bas ke CGH hari pertama lalu ), untuk meraikan perkahwinan anak perempuan bongsu sahabat ( Hjh Mariam Samah ) semasa berkhidmat di Kuantan dulu ( cerita ini kemudian ya ). Waktu petang dalam perjalanan balik ke TH dihantar oleh Hjh Mariam ( terima kasih ), kami singgah di Bazar Tok Guru shopping kain pasang, telekung, tudung dll dan balik ke TH dengan berjalan kaki sebab jaraknya tidak begitu jauh. 

Raudah anak Hjh Mariam di depan pelaminnya yang indah
Hari ketiga sebelum balik ke Kuantan kami sempat singgah sekali lagi di Pasar Siti Khatijah. Kali ini kami ke tingkat atas pasar untuk meninjau jualan kain baju, kain pasang, tudung, kain batik, kain songket, perkakas rumah tangga, barangan tembaga dll. Sempat jugalah menabur RM untuk kain pasang dan tudung. Kami ke sana menaiki teksi En Din juga ( kira-kira tempahlah teksi ini sepanjang masa di KB - terima kasih atas pertolongan En Din ) sebab jarak dengan TH agak jauh. 

Semasa berkenderaan ke Taman Uda Murni dan sekeliling bandaraya Islam itu sempatlah menoleh ke kiri kanan melihat pembangunan di bandar berkenaan. Berbanding dengan kunjungan lebih sedekad lalu banyak juga  perubahan di bandar tersebut.

Dengan menaiki bas Perdana Executive Coach 2 tingkat itu juga, jam 2 petang kami berangkat pulang ke Kuantan yang memakan masa lebih kurang 8 jam merentasi bandar - bandar utama negeri Che Siti Wan Kembang dan Terengganu Darul Iman bandaraya pesisir pantai dan kawasan pantai Pahang seperti Cherating - Sg Ular - Balok - Sg Karang - Beserah sehingga sampai ke Kuantan jam 10.30 malam. Dalam perjalanan bas kerapkali berhenti untuk mengambil & menurunkan penumpang di bandar - bandar seperti Pasir Putih, Jerteh, Kerteh, Dungun, Paka, Kemaman ( beberapa bandar yang diingat ) & lokasi pusat pengajian di laluannya seperti Politeknik Teknologi Petronas, Universiti Islam Sultan Zainal Abidin, Maktab Perguruan Dato' Razali, MRSM dll sambil melihat pemandangan tepi jalan yang dipenuhi dengan bangunan kediaman & kedai, rumah-rumah kampung, sawah padi, kebun getah dan lautan China Selatan yang terbentang luas. Amat menawan dan mendamaikan jiwa. Kebetulan pada hujung minggu itu sebahagian besar penumpang bas terdiri daripada pelajar sekolah / IPT.

Beberapa mercu tanda baru di KB seperti Bazar Tok Guru, Hotel-Hotel, Stesen Bas baru TESCO, shopping mall seperti KB Mall & Parkson menarik perhatian ramai pengunjung. Tidak ketinggalan juga bangunan lama seperti Pasar Siti Khatijah yang nampaknya masih disenangi ramai walaupun susunaturnya masih sama seperti beberapa tahun dulu. 

Setakat inilah nukilanku selepas lebih sebulan tidak menulis kerana bercuti ke KB, KL, HCMC & persiapan peperiksaan Tajwid Al - Quran pada 18, 21, 25.6.2013 & 2.7.2013 lalu.... 
Jumpa lagi di lain posting.....Insya'Allah.......















4 comments:

  1. Memang begitulah kalau ke KB, banyak 'pelaboran' akan dibuat. TK kerana cerita pengalaman di KB. Ada juga cadangan nak ke sana satu hari nanti. Atau kita pergi sama-sama nak? Boleh cari perkhidmatan Pak Din Teksi lagi.

    ReplyDelete
  2. Insya'Allah....Larat ke lagi nak naik bas? Apatah lagi memandu kereta sendiri! Sedang fikirkan hal inilah la ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Naik bas Executive coach lah. Nampak macam selesa aje.

      Delete
  3. Insya'Allah, mmg selesa. Harap2 tak byk kali berhenti wpun sekejap je...He..he...he...

    ReplyDelete