Saya ingin memaparkan foto-foto imbasan kenangan semasa percutian keluarga berenam di TBR ( Tiara Beach Resort ) Port Dickson pada tahun 2007 ( Mac ). Usai saja meraikan majlis perkahwinan anak perempuan anak saudara di Kuala Linggi, Melaka kami meneruskan perjalanan ke PD dan menginap di TBR, memandangkan jarak kedua-dua tempat itu tidaklah begitu jauh. Dalam perjalanan ke sana semasa singgah makan di restoran........... ( tak ingat nama dan tempatnya ) kami bertemu dengan saudara sekampung yang juga sedang bercuti dengan keluarganya ( unsur kebetulan yang tidak disangka-sangka )
Berikut ialah paparan foto beberapa kemudahan dan aktiviti yang terdapat di TBR.
Atina dan Aliyah gembira main air di kolam renang resort |
Untuk kanak-kanak lebih kecil seperti Ica papan gelongsor air ini selamat digunakan |
Sesuai untuk kanak-kanak berendam di bahagian kolam yang cetek airnya |
Kakak di depan arca berbentuk sotong besar ( octopus ) menempatkan papan gelongsor air yang menarik perhatian kanak-kanak bermain seperti 2 foto di atas |
Cahaya lampu hiasan yang bergermelapan pada waktu malam memang menawan hati pengunjung resort |
Aktiviti riadhah berbasikal kayuhan seorang dan berdua memang menarik perhatian seisi keluarga semua peringkat umur kanak-kanak dan orang dewasa |
Prasarana bilik resort famili yang luas dan dilengkapi dengan perabot kayu bermutu tinggi memang selesa untuk seisi keluarga |
Sekian untuk renungan dan kenangan bersama.
Kakak tak main ke papan gelongsor bentuk sotong tu? Macam kenangan zaman kanak- kanak. Berbasikal betul2 atau pose je?
ReplyDeleteTaklah sbb khas utk kanak-kanak saja. Berbasikal tu betul-betul. Ronda keliling resort lagi bukan posing je. Foto tu di awal aktiviti je. Memang kunjungan ke sana dapat mengingatkan aktviti zaman kanak-kanak masa mula-mula belajar berbasikal. Ambil masa juga sikit baru dapat kemahiran berbasikal tu....Pelik tapi benar...Seronok juga di sana air terjun menimpa badan dapat menghilangkan rasa lenguh belakang badan....
ReplyDelete