Cerita mengenai masjid yang dipaparkan di bawah adalah untuk menonjolkan aktiviti ahli-ahli Masjid Sultan Ahmad 1 Kuantan pada tahun 2010. Semasa saya terlibat sebagai salah seorang ahli jawatankuasa Sukarelawan Masjid pada tahun itu, kami berpeluang menyertai aktiviti-aktiviti berikut :
Masjid Negeri Sultan Ahmad 1 Kuantan ( MSA1 Kuantan ) ( Foto yang discan dari majalah masjid ) |
Carta Organisasi Pengurusan MSA1 Kuantan |
Aktiviti Kelas Pengajian :
Bekerjasama memasang meja di kelas KIFA ( Kelas Intensif Fardhu Ain - Dewasa ) |
Gotong royong mengemas kerusi meja bilik KIFA di Dewan Seminar 2 MSA1 Kuantan, sumbangan para pelajar sendiri |
Majlis berzanji cukur jambul yang diadakan di masjid pada 20.3.2010 ( 2 cucu SS mufti Pahang ) |
Aktiviti memasak bubur untuk jamuan Jemaah Solat Jumaat |
Antara peserta rombongan dan ahli Sukarelawan Masjid yang hadir mendengar taklimat. Sambil itu sempat juga merakamkan foto sesama rakan yang hadir |
Foto MSAI Kuantan yang asal di tapak yang sama dengan masjid sekarang, dipamerkan di papan tegak di lobi masjid, sempena lawatan jemaah Masjid Ghufran Singapura |
Foto MSA1 Kuantan kini |
Jamuan meraikan rombongan lawatan di teres masjid tingkat 1. |
Foto Masjid Ghufran Singapura yang discan dari buku program lawatan |
Sebahagian rombongan lawatan sukarelawan MSA1 Kuantan ke Masjid Tengku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya pada 30.6.2010 |
Keindahan kubah di dewan solat Masjid Tengku Mizan Zainal Abidin, yang terpampang perkataan "Allah". |
Keindahan mimbar dan dinding cermin masjid ( Nota : Ayat-ayat Al-Quran terukir di dinding cermin ) |
Sesi taklimat disampaikan oleh YBhg Tuan Imam Besar Masjid Tengku Mizan Zainal Abidin Putrajaya |
Galeri pameran aktiviti masjid di Lobi Masjid Putrajaya ketika lawatan pada 30.6.2010 |
Sebahagian rombongan lawatan MSA1 Kuantan, berjalan masuk ke dalam masjid untuk mendengar taklimat yang disampaikan oleh Imam Besar Masjid Putrajaya ( Tuan Imam berjubah putih di depan sekali ) |
Aktiviti Tadarus Al-Quran sepanjang Ramadhan berlangsung di Dewan Solat MSA1 Kuantan. Para peserta terdiri daripada jemaah dan ahli-ahli wanita yang membaca Al-Quran secara bergilir-gilir dalam beberapa kumpulan, dengan setiap satu kumpulan terdiri daripada kira-kira 7 hingga 10 orang peserta. Setiap kumpulan diketuai oleh seorang yang mahir membaca Al-Quran yang bertindak sebagai pembimbing membetulkan apa-apa kesilapan tajwid , sebutan dan kelancaran membaca ayat-ayat suci oleh para peserta berkenaan.
Tadarus Al-Quran secara berkumpulan di Dewan Solat MSA1 Kuantan |
Kak Maznah ( bertudung berbunga kelabu duduk tepi tiang yang di atasnya dipasang rak Al-Quran ) mengetuai kumpulannya bertadarus |
Faridah Khazi bertudung hijau kekuningan menyertai kumpulan Kak Maznah bertadarus |
Ahli-ahli kumpulan sedang khusyuk menyemak bacaan lain-lain peserta Tadarus |
Salah seorang petugas masjid ( berovercoat ungu ) waktu rehatnya, turut serta mendengar bacaan Al-Quran, salah seorang peserta Tadarus. |
Kakak selepas selesai Tadarus dan Khatam Al-Quran Ramadhan 2010 |
Salam cuja
ReplyDeleteSemoga diberkatiNya segala amalan kebajikan sukarelawan AJK MAS1 Kuantan.
Didoakan begitu jualah hendaknya. Sekarang AJK sukarelawan mulai tak aktif terutama selepas Imam-Imam yang menjadi penasihat telah bertukar ke daerah lain, termasuk Imam Besar lama yang bertukar dikhabarkan ke JAIP dan diganti dengan Imam Besar baru. Urusan kelas pengajian dan kebajikan masih berterusan tetapi aktiviti pelancongan tiada dah........
ReplyDelete