Destinasi : Kuala Lumpur
Rombongan : 8 orang ahli keluarga
Misi :
1. Menziarahi dan meraikan kelahiran bayi dua orang sepupu yang bertugas di KL.
Kedua-duanya dianugerahkan Allah anak perempuan yang sebaya dan dinamakan
kebetulan dengan nama awal yang sama... Zara.... (tiada perbincangan pun... )
2. Lawatan melihat alam sekitar Putrajaya : Masjid-masjid, tasek, bangunan kediaman,
kompleks bangunan pentadbiran dll
3. Meninjau tempat pengajian IIUC cucu (Tina) di Taman Batu Muda, Gombak, KL
Penginapan : 2 bilik Swiss International Hotel Jalan Sultan KL
Perjalanan dengan kereta kesayanganku Proton Exora Bold
Jadual perjalanan : Berangkat 8 pagi 6.6.2013. Balik selepas Maghrib 7.6.2013
Sarapan pagi di Cafe Hotel yang dihias indah dengan lukisan China Town zaman lampau |
Laluan bertangga di koridor menuju lift di aras 2 dari lift menuju aras atas yang agak menyulitkan perjalanan warga emas yang sakit lutut |
Menunggu lift di aras 2 turun ke lobi hotel. Tangga pusing di tepi itu boleh digunakan bagi yang mampu |
Jambatan merentangi tasik Putrajaya |
Pemandangan taman di jalan menuju kediaman rasmi YAB Perdana Menteri Malaysia di Putrajaya |
Tong sampah indah di tepi Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin Putrajaya |
Di Restoren Ogy Greenwood Gombak |
Anak saudaraku... sayang ...menangis masa dirakam fotonya |
Bila lah saya boleh merasa makan angin dengan Proton Exora Gold itu ye?
ReplyDeleteEntahlah! Sentiasa di Melaka je macamana nak bawa makan angin. Tunggulah kami sampai sekali lagi ke Melaka atau bila u balik ke Kuantan......he..he..he...
ReplyDelete