Wednesday, 10 July 2013

RAMADHAN TIBA LAGI...

Alhamdulillah! Allah yang maha penyayang dan maha mengasihi masih memberi saya peluang untuk menikmati keindahan ibadah di bulan mulia ini. Malam tadi Solat Tarawikh berjemaah di Masjid KIPSAS. (Ada cadangan untuk bertarawikh di beberapa masjid berlainan berhampiran rumah kediaman secara bergilir-gilir jika mampu. Insya'Allah!) Hikmahnya solat Isya' berlangsung di awal waktu tanpa gangguan hal-hal duniawi jika solat di rumah. Awal pagi tadi diberi kesempatan pula bersahur. Syukur tidak terlepas waktu Imsak walaupun afdal melambatkan sahur. Selepas Solat Subuh sempatlah membaca Al-Quran. Semoga sepanjang bulan ini amalan ibadah semakin kukuh dan mantap dan boleh khatam seluruh Al-Quran. Selain daripada itu jemputan untuk bersedekah dan beramal jariah pun sudah tiba. Terpulanglah pada kita untuk memenuhinya atau tidak. Tepuk dada tanya selera ( juga hati dan akal ).

Sebenarnya aktiviti di atas merupakan misi sepanjang Ramadhan semua umat Islam seperti yang dianjurkan oleh para alim ulama. Di samping usaha itu boleh menyucikan rohani dan meningkatkan amal ibadat, kita sebenarnya melabur untuk bekalan menuju alam akhirat. Subhanallah! 

Marilah sama-sama kita bekerjasama untuk mencapai misi tersebut.

"Selamat menyambut bulan Ramadhan dan berpuasa. Semoga amalan diterima dan diberkati Allah swt hendaknya" 


























5 comments:

  1. Sebenarnya posting ini saya tulis dan hantar pada pagi 10.7.2013, tidak seperti yang tertulis dalam post list ini. Hairan juga mengapa jadi begitu! Kerap juga terjadi seperti ini. Sampai sekarang saya belum bertemu jawapannya. HNA mungkin boleh bantu menjelaskannya ya....

    ReplyDelete
  2. Cujafw,
    Set time semula di control panel. Kita di timur, waktu dan tarikh +++++ dari di barat.

    ReplyDelete
  3. Ok tk. Check time tepat utk hari ini 10 Julai 2013, 19.06 tanpa perlu apa-apa perubahan lagi. Komen HNA hantar pun ikut tarikh asal blog 9.7.2013, 21.06. Harap-harap lps ni ia berubah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pe, saya tak ambil pusing tentang tarikh. Tau blog je. Hi hi...

      Delete
  4. Bagi saya penting juga tarikh & masa terutama jika cerita tentang Ramadhan ni tak selari dgn tarikh mulai puasa iaitu 10.7.2013. Jika masa publish tetap 9.7.2013 kita belum berpuasa lagi pada tarikh itu. Gali punya gali saya discover ilmu baru. Masa edit semula posting ni di ruangan sebelah kanan ada catatan tarikh & masa publish yg boleh diedit rupanya. Bila HNA cadang check control panel komputer saya dapati bukan itu puncanya sebab date & timenya selari dgn masa kini. Sekarang masa & tarikh publish posting ini telah dipinda. Sesuaikan!!! Mudah rupanya... hanya tadi tak nyata sebab sedang beremosi...... Sungguhlah "discovery method learning" rupanya ini.

    ReplyDelete